mutiara kata uNiLLy's...
Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."
Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."
Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?
Sunday, August 31, 2008
merdeka! merdeka! merdeka!
selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 kepada seluruh warga unilly's... semoga kemerdekaan kali akan membawa harapan baru bagi seluruh rakyat malaysia khususnya buat warga unilly's! bersama kita mendoakaan kesejahteraan kemajuan dan keamanan yang kita harapkan berkekalan dinegara kita yang tercinta... amin!
Saturday, August 30, 2008
pertandingan cipta baju unillys... 1 hari lagi
kepada sesiapa yang masih berminat untuk menghantar hasil baju t unilly's ciptaan mereka..anda masih punyai 1 hari sahaja lagi untuk bertindak! ketika ini ada beberapa penyertaan diterima.. dan masih dibuka sehingga 31 ogos ini (esok)! diharap anda bersama sama kami dalam peraduan ini!
- anda digalakkan mencipta logo sahaja
- anda digalakkan mencipta design sahaja..
- pastikan ada perkataan unillys dalam ciptaan anda
- pastikan ada link www.unilly.blogspot.com di satu sudut atau ruangan.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!
Setelah setahun meninggalkan kita kini Bulan yang penuh berkat ini kembali semula. sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh umat islam diseluruh dunia... Alhamdulillah kita berpeluang melalui satu lagi bulan yang berkat ini.. semoga kehadiran bulan ramadan yang mulia ini akan mendekatkan lagi iman dan takwa kita terhadap Allah s.w.t
Diharap bulan yang mulia ini diisi sepenuhnya oleh kita semua kerana kita tidak pasti lagi sama ada akan bertemu ramadan seterusnya lagi selepas ini...
bersamalah kita penuhkan Rumah rumah Allah untuk bertarawikh, tadarus dan beribadah sepanjang bulan ini.
Bagi warga unilly's tempat solat yang popular dan menjadi pilihan kebiasaannya ialah surau malabar hidayatul islam di selayang... satu satunya surau malbari di lembah kelang ini.
diharap seluruh warga unilly dapat hadir ke surau malabar hidayatul islam setiap hari untuk bertarawikh dan seterusnya merapatkan silaturahim diantara satu sama lain...
kepada sesiapa yang ada salah faham dan tidak sehaluan... inilah masa yang sesuai untuk melupakan segala permasalahan bersatu dan kembali menjalin hubungan bagi memastikan ramadan tahun ini dilalui dengan penuh keberkatan!

program bulan puasa dan hari raya aidilfitri!
Kami bercadang untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan juga sambutan aidilfitri bersama untuk seluruh warga uNiLLy's pada satu masa yang belum ditetapkan lagi. anda dijemput untuk memberi pandangan dan cadangan mengenai program ini berserta tarikh sesuai bagi menyempurnakan 2 program raksaksa ini! sila tinggalkan komen anda diruangan disediakan dibawah ini! komen dan cadangan anda amat diperlukan dan dialu alukan
kembali bersatu!
segala kekeliruan dan ketidak puaS hati yang berlaku sepanjang minggu ini diantara unilly f.c dan unillys junior f.c telah berakhir dan mereka kembali bersatu dan bertekat untuk menjadikan pasukan mereka diantara yang terbaik. kesemua pemain unillys f.c dan unillys junior termasuk sdr tasrif, ikbal, jabran dan yaakob yang tidak berpuas hati sebelum ini hadir dan menjalani latihan dan perlawanan persahabatan seperti biasa diantara para pemain yang hadir..
lebih kurang 25 pemain hadir dan membentuk 5 pasukan. dan banyak perlawanan diadakan diantara kesemua pemain yang hadir.. alhamdulillah kesepakatan dikalangan pemain nampakknya begitu baik sekali dan mereka bersama sama tidak kira sama ada dari unilly f.c atau unilly junior!
syabas pada semua.. ini lah sebenarnya semangat yang diimpikan selama ini. mungkin ramai yang melihat blog ini merasakan pertelingkahan dikalangan mereka sangat serius... walaupun yang sebenarnya semuanya adalah sekadar gurauan semata mata. bagi yang terguris dengan sebarangan kenyataan dalam blog ini ...saya mewakili semua yang terlibat memohon maaf dan berharap kita tidak menganggap ianya sebagai satu perkara yang serius!

Friday, August 29, 2008
jemaah unillys selamat pulang!
pagi tadi tepat jam 4:00pagi kumpulan umrah unilly's selamat tiba di KLIA dan lebih kurang jam 5:00pagi semua jemaah tiba dipintu utama ketika ramai dikalangan warga unilly's yang hadir untuk menjemput keluarga masing masing. alhamdulillah.. semuanya selesai dengan baik..syukur pada Allah s.w.t. semua jemaah dalam keadaan sihat walafiat!
unilly f.c setuju...
Thursday, August 28, 2008
jemaah unilly's dalam perjalanan pulang !
setelah 2 minggu kini jemaah unilly's yang pergi mengerjakan umrah kini dalam perjalanan pulang... mereka dijangka akan tiba di KLIA jam 4:30 pagi ini. sdr rahim mengesahkannya dar transit lapangan terbang Dhaka (bangladesh) pada jam 10:00 malam tadi. bersama kita doakan mereka selamat tiba ke tanah air....
bersediakah unilly fc??
sdr yaakob masih menantikan kenyataan rasmi pemain unilly's f.c untuk mengadakan perlawanan persahabatan.katanya "saya sedang menanti keputusan dari pihak unilly's f.c untuk perlawanan persahabatan... anda perlu ingat..niat saya bukan nak tayang siapa hebat..tapi saya mahu kita dapat membentuk satu atau beberapa pasukan mantap selepas ini hasil perbincangan antara kita... jangan ingat cabaran ini kerana kami berdendam dengan anda...tiada apa yang kami perlu berdendam dengan anda! saya rasa pendapat saya ini untuk kebaikan semua... jadi saya masih menunggu keputusan dari anda sama ada sdr najib, sdr zahir atau sesiapa sahaja boleh memaklumkan pada saya secepat mungkin!" katanya yang kecewa kerana tiada sebarang tindakbalas dari pihak unilly f.c untuk memaklumkan mengenai perlawanan persahabatan ini!
kutuk ... kutuk ..kutuk... teruskan.............
sdr zahir melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku... berikut kenyataaya pada saya melalui email
saya kecewa dengan segelintir pemain junior yang mahu menunding jari ke arah senior kerana gagal menbuat dua atau lebih pasukan mantap.... saya ingin membidas beberapa pemain yang xpuas hati ketika hari jumaat lalu terlebih dahulu saya mohon maaf dulu...pada hari itu memang latihan djlnkan selama 1 jam bkn beberapa minit seperti yang di dakwa beberapa pemain..
bagi kami di unilly f.c perlawanan persahabatan itu penting bagi mementapkan pasukan kami sblm kejohanan ahad lepas..jadi tidak timbul soalan kami abaikan latihan..selain itu saya juga sokong dengan pendapat saudara najib bukan 2 jam jer kita bleh main 10 jam pon bleh tapi spe nak bayar..saya juga kecian melihat saudara najib yang tiap2 minggu terpaksa mengeluarkan wang nya sendiri untuk menampung kekurangan bayaran kos padang....
bagi saya sikap kutuk2 dalam blog ini tiada faedah dan hanya akan memusnahkan team lagi adalah.....di sini saya nak tanyakan mana peranan pengurus dan penolong pengurus! spatutnya mereka harus tampil menyelesaikan masalah ini...tapi mereka pon dalam diam-diam terus mengutuk jugak...kami lihat pasukan lain mereka diurus dengan baik..oleh itu mereka dapat mencapai keputusan yang baik dalam kejohanan itu..
saya sedikit kecewa dengan tindakan saudara jabran yang membuat pengumuman keluar dari unilly f.c keputusan yang dia buat ingat bagus sangat ker..??
tidak...spatutnya kita kene duduk 1 meja and berbincang baru boleh buat keputusan...
sebenarnya saya dan pihak managment sudah ada perangcangan yang baik sepanjang 2 bulan nie untuk pasukan kita tapi.... bila saya lihat lakonan kutuk mengutuk nie berlaku saya rasa baik kuburkan jer pasukan kita nie...
takde sefahaman langsung...yang mereka tahu kutuk dan terus kutuk...takde guna nya la wahai saudara2 ku....kita dalam satu team mesti bersatu takpayah gaduh-gaduh
..akhir sekali saya ingin mohon maaf jika komen saya ini telampau atau ada yang terasa bagi saya siapa makan cili dia yang terasa pedasnya bukannya orang lain.wasalam

Tuesday, August 26, 2008
hentikanlah...........
sdr fadil pula sebentar tadi melalui unilly's yahoo group meminta semua pihak berhenti menuding jari diantara satu sama lain dan kembali bersatu untuk kebaikan semua... berikut petikan dari sdr fadil:
assalamualaikum. ..
apesal lah korang bergaduh mcm budak tadika... bende yg dah lepas jadikan pengajaran.. . so jgn di ulang kesalahan lepas... aper pun untuk latihan akan datang.... maklumat yg tepat dan betul perlu diberitahu.. ... dan lagi satu... pada pandangan saye lebih baik hari latihan tidak bercampur dengan hari perlawanan persahabatan. ... jadi takkan timbul salah faham di masa hadapan kelak.... insyaAllah..
ni hanya cadangan dari saye insan yg lemah... jika nak terime cadangan ini sila lah bermusyawarah antara anda semua untuk mencapai kata sepakat dan merapatkan silaturahim antara kite sekeluarga..
sekian...
pertandingan cipta baju unillys... 5 hari lagi
kepada sesiapa yang masih berminat untuk menghantar hasil baju t unilly's ciptaan mereka..anda masih punyai 5 hari lagi untuk bertindak! ketika ini ada beberapa penyertaan diterima.. dan masih dibuka sehingga 31 ogos ini! diharap anda bersama sama kami dalam peraduan ini!
- anda digalakkan mencipta logo sahaja
- anda digalakkan mencipta design sahaja..
- pastikan ada perkataan unillys dalam ciptaan anda
- pastikan ada link www.unilly.blogspot.com di satu sudut atau ruangan.
yaakob umum perlawanan persahabatan!
sdr yaakob khabarnya yang kecewa dengan pemain unilly's f.c mengajak mereka untuk mengadakan perlawanan persahabatan jumaat ini. katanya " saya mahu mengadakan perlawanan persahabatan dengan mereka jumaat ini... harap mereka setuju... dan saya juga dengan ini secara rasminya mahu mengendalikan unilly's junior f.c sekiranya mana mana pemain yang mahu menyertai kami di kem unilly's junior f.c.. sila hubungi saya atau sms saya di talian 012-6786 203"
saya harap cabaran ini diterima oleh pemain pasukan unilly f.c.. insyaAllah sebarang pengesahan bolehlah hubungi saya atau terus emailkan pada bolg unilly sahaja!
jabran umum keluar unilly f.c!
sdr jabran mengumumkan untuk keluar dari pasukan unilly's f. dan kemungkinan akan menyertai unilly's junior! sdr jabran dalam satu kenyataan ringkasnya menyatakan ketidak puas hatinya dengan pasukannya sekarang " saya kecewa dengan pasukan unilly f.c..terima kasih pada yang memangil saya menyertai pasukan ini sebelum ini....dan dengan ini saya ingin mengumumkan untuk menyertai unilly's junior.. walaupun ketika ini unilly junior tidak 'sehebat' mereka namun saya yakin pasukan ini mampu menyinar sekiranya usaha lebih digiatkan lagi.."
ditanya sebab sebab mengapa tindakkan ini diambil .. katanya " biaralah masalah dalaman kami antara kami sahaja"!
yaakob pula ....
(kemaskini 12:30am 26 /08/08)
sdr yaakob yang kali pertama hadir setelah sekian lama tidak menyertai latihan pasukan unilly's juga menyatakan rasa kecewanya terhadap unilly's f.c kerana sikap tidak profesional mereka!
katanya " setelah sekian lama saya tidak berlatih bersama merek.. saya terpanggil untuk bersama sama mereka malam itu.. tapi saya sungguh kecewa kerana kami bagai dianak tirikan... apa salahnya sekiranya anak muda kita diberi peluang sama rata tanpa meminggirkan mana mana pihak?.. bagi saya cara mereka salah..dan saya kecewa.. memang patut sdr tasrif, nasir,jabran,ikbal kecewa dengan kejadian malam itu... itu yang saya perasan.. tak tau lah siapa siapa lagi yang panas dengan mereka ini! saya harap kejadian sebegini jangan diulangi... berilah peluang pada semua... kita semua sebagai satu keluarga perlu yakin dan percaya dengan kebolehan setiap yang hadir pada malam itu! mungkin mereka hadir dengan seribu harapan malam itu...!

najib berang disalahkan!
(kemaskini 12:15am 26/08/08)
sdr najib ternyata berang berang dengan kenyataan yang diberikan oleh beberapa warga unilly's yang tidak puas hati dengan cara 'layanan' terhadap mereka.! menurutnya "saya dalam sms pada semua telah pun nyatakan pada mereka semua latihan hanya 1 jam dan jam berikutnya kami ada perlawanan persahabatan memandangkan kami punyai kejohanan untuk disertai ahad lalu... cuba anda semua baca semula sms yang anda terima sebelum membuat tuduhan melulu..." tambahnya lagi saya boleh booking untuk 3 jam pun.. saya takde masalah... tapi yang masalahnya bila nak buat pembayaran tak cukup pulak... tapi kalau ada yang boleh mengambilalih tugas nak booking dan arrange semua ni... saya sanggup lepaskan pada mereka...cuba buat dulu..baru tau..macamana situasi saya....! apapun saya nak minta maaf kalau ada yang tersiggung dengan kenyataan saya"

Monday, August 25, 2008
wakil unilly f.c mohon maaf!
(kemaskini 25/08/08 11:59pm)
Assalamualaikum w.b.t.
Saya mewakili team futsal Unilly's f.c memohon maaf di atas apa yang berlaku pada malam itu. Sememangnya tidak wajar kita mengadakan perlawanan persahabatan semasa mengadakan latihan futsal untuk warga Unilly's. Saya bersama-sama rakan-rakan yang lain hanya menyedari perkara itu sejurus selepas mengadakan perlawanan persahabatan. Saya akan memastikan perkara sebegitu tidak akan berulang lagi dalam kem Unilly's kita. Sekali lagi saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Saya dan rakan-rakan Unilly's memohon kepada mana-mana pihak yang keluar dan tidak mahu menyertai lagi kem futsal Unilly's kembali menyertai kami demi kemakmuran Unilly's kita......
"SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI"
"MAJULAH FUTSAL UNTUK UNILLY'S"
ikbal 'bantai' unilly's f.c
sdr ikbal dalam kenyataannya menerusi unilly's yahoo group sebentar tadi memaklumkan ketidakpuas hatinya dengan layanan para pemain unilly's f.c terhadap mereka ketika mereka menghadiri latihan minggu lalu. tambahnya lagi itu adalah punca sebenar tasrif menarik diri dari menyertai mana mana pasukan unilly's. tambahnya lagi pemain selain unilly's f.c yang hadir hanya dibenarkan bermain seketika sahaja dan seterusnya mereka kemudiannya bermain perlawanan persahabatan dengan pasukan lain.walaupun sebelum ini unilly's f.c sepatutnya bermain perlawanan persahabatan dengan para pemain yang hadir malam itu! kenyataan ini turut disokong sdr tasrif yang memberitahu saya punca sebenar penarikkan dirinya semalam!
berikut teks kenyataan sdr ikbal menerusi unillys yahoo group!
Ni ade pesanan untuk unilly f.c....
klau nak buat friendly match dengan team lain.. jangan la buat hari latihan futsal unilly diadakan...
kiteorg datang nak main... bukannya datang nak tengok korng main....
ramai yang bukan team unilly f.c yg datang tempoh ari.. tidak puas hati dengan tindakkan korng..
baru main kejap.. dah di suruh keluar, sebab korng ade match dgn team lain.. ....siapa yang tak marah... bukan tasrif sorng jer....semua komplen.. tak puas!!!
akhir kata..lu pikir la sendiri..
yang Benar
IKBAL THE BOSS
sekitar majlis pertunangan rohailah
majlis pertunangan rohailah dan fadzli berjalan dengan lancar semalam dihadiri ramai sanak saudara.program dimulakan dengan majlis doa selamat selepas solat asar manakala rombongan pihak lelaki telah tiba lebih kurang jam 6:00petang dan seterusnya majlis pertunangan dimulakan.
tarikh majlis perkahwinan akan diumum kelak.
Sunday, August 24, 2008
nordin ikut jejak tasrif!
sdr nordin pula membuat kejutan pagi ini apabila mengumumkan mahu bersara terus dari arena futsal selepas kecewa di bolos dengan begitu banyak gol pada kejohanan piala GEPIMA . semalam sdr tasrif mengumumkan untuk berundur dari menyertai mana mana pasukan. menurut sdr nordin beliau tidak pernah dalam keriernya dibolosi sebanyak begini... " saya mahu melupakan eposid hitam ini dengan bersara terus dari arena ini.." ditanya apakah dia akan menyertai piala unilly yang diadakan setiap tahun.. katanya.." itu kena tunggu masa dan situasi waktu itu.. tapi apa pun buat masa sekarang inilah keputusan saya yang kecewa!" ditanya adakah dia akan kembali sekiranya dipanggil semula menyertai pasukan utama. katanya" itupun terpulang pada pihak pengurusan dan saya akan memikirkannya itu pun sekiranya saya tidak terikat dengan mana mana tugas!
pasukan futsal uNiLLy's kecewa lagi....
(terkini!!!)
pasukan futsal unilly's yang menyertai futsal kejohanan merdeka di sports planet anjuran biro sukan adun hulu kelang kecewa lagi selepas mara kepusingan kedua
pasukan uNiLLy's yang beraksi dengan baik menjadi naib juara kumpulan dan seterusnya mara ke pusingan ke2 namun kecewa apabila dikejutkan dengan 3 jaringan diseparuh masa kedua menyaksikan peluang mara kepusingan seterusnya berkecai.
apa pun pujian hrus diberikan kepada pasukan kita yang bermain bersungguh-sungguh dalam menghadapi pasukan pasukan yang tidak kurang hebatnya!
untuk rekod sebanyak 64 pasukan menyertai kejohanan piala merdeka kali ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Mutiara Kata uNiLLy's
"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."
"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."