Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Tuesday, June 30, 2009

anak kembar buat sdr Jaafar dan rozimah

Blog uNiLLy's mengucapkan tahniah buat sdr jaafar dan pasangannya ditas pengurniaan anak kembar lelaki yang dilahirkan pada jam 4:05 pm dan 4:30 pm di hospital sungai buloh
Alhamdulillah menurut sdr jaafar kedua anaknya yang dilahirkan sebagai kembar tidak seiras dan isterinya berada dalam keadaan sihat

laporan penuh dan gambar menyusul

selamat hari lahir

BLOG uNiLLy's mengucapkan.....selamat hari lahir kepada adik Nurul Afrina Binti Ibrahim (29 june 2009) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia disamping keluarga tercinta..


Thursday, June 25, 2009

takziah buat nurul dan hafiz

Blog uNiLLy's mengucapkan takziah kepada pasangan nurul neeza dan pasangannya diatas kembalinya kerahmatullah bayi mereka yang baru lahir pada petang ini. jenazah bayi tersebut akan dikebumikan di tanah perkuburan islam sungai tua selepas ish'a malam ini.

semoga tabah menghadapi ujian dan dugaan Allah s.w.t ...moga Allah sentiasa merahmati anda sekeluarga.... amin!

Wednesday, June 24, 2009

program tahlil arwah...

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa YAUMUL WAALIDAIN (tahlil untuk yang telah kembali ke rahmatullah) akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 02 Rejab 1430H bersamaan 25 jun 2009

hari : Khamis

Masa : 7:30 malam

Tempat : surau malabar hidayatul islam, Taman Wilayah, Kuala Lumpur

Muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi menjayakan majlis tersebut. kerjasama yang diberikan adalah amat dihargai dan berdoa agar usaha murni ini diberkati Allah S.W.T..amin...

-HARAP MAKLUM-

kedatangan bulan rejab.....


wahai rakan rakan uNiLLy's ku.....Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini..........

Kebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara

1.. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

sila berikan tarikh lahir anda...

kepada warga unilly's yang di hormati.. sila nyatakan tarikh lahir anda dan keluarga anda bagi memudahkan kami di blog ini menyiarkan berita mengenai anda...

kami masih sedang berusaha untuk mengumpul maklumat mengenai tarikh lahir warga unilly untuk bulan jun dan julai.. diharap anda dapat membantu kami..

sila tinggalkan tarikh lahir menerusi ruangan komen anda...

kejohanan badminton uNiLLy's

salam....Kepada Warga Unilly’s

Saya ingin mencadangkan 1 PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP KELUARGA UNILLY'S.

Antara sebab-sebab perlu adakan pertandingan ini adalah:-

1. Mengeratkan silaturrahim antara keluarga kita.
2. Menncari bakat pemain badminton untuk kejohanan luar.
3. Unilly wanita juga berpeluang untuk terliba secara lanngsung tidak seperti kejohanan Futsal sebelum ini.
4. Menjadi 1 acara penutup sebelum Ramadhan yang melibatkan semua warga Unilly.
kita boleh adakan pertandingan ini mengikut pecahan iaitu

-lelaki veteran.
-perempuan veteran.
-lelaki terbuka.
-perempuan terbuka.
-U-15 (L)(P.

SILA KEMUKAKAN PENDAPAT ANDA SEMUA..TERIMA KASIH...

Tuesday, June 23, 2009

PEREMPUAN SATU ANUGERAH

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

selamat hari lahir..


BLOG uNiLLy's mengucapkan.....selamat hari lahir kepada adik Nur Nadiya Syazanah binti abdul razak (23 june 2009) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia disamping keluarga tercinta..

Sunday, June 21, 2009

Air Ajaib


اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْكِتَابَ

Maksudnya: “Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran).(Riwayat al-Bukhari).

Ibn ‘Abbas benar-benar muncul sebagai tokoh ilmu pengetahuan, penafsir al-Quran dan sahabi yang alim yang menjadi rujukan umat. Namun Ibn ‘Abbas bukanlah seorang yang hanya menunggu hasilnya doa baginda datang bergolek seperti mana sesetengah pihak menunggu kesan bahan jampi. Sebaliknya sejarah mencatatkan kesungguhan beliau dalam berusaha memperolehi ilmu. Selain daripada berkesempatan mengambil ilmu secara langsung daripada baginda s.a.w selama tiga puluh bulan. Kemudian baginda wafat ketika umur Ibn ‘Abbas tiga belas tahun. Beliau terus mengambil hadith daripada para sahabah seperti ‘Umar ibn Khattab, ‘Ali, Mu’az, bapanya sendiri iaitu ‘Abbas, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, dan ramai yang lain. (lihat: al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 3/332-337, Beirut: Maktabah al-Risalah).

Maksudnya, doa Nabi s.a.w. memang dimakbulkan Allah melalui proses keilmuan yang sepatutnya. Sebaliknya, keadaan sesetengah masyarakat muslim seakan cuba digula-gula dengan meminum atau memakan bahan jampi orang agama, maka akan berlaku keajaiban dalam kehidupan. Sepatutnya yang ditekankan adalah soal kesungguhan menuntut ilmu seperti yang difardukan oleh Islam.

Malangnya dalam masyarakat muslim, kesungguhan membaca, memilki buku, memenuhi perpustakaan, menulis bahan ilmiah tidak digembar-gemburkan, bahkan ‘orang lain’ mendahului kita. Tiba-tiba jampi menjadi cerdik pula yang mendapat publisiti dan dijual secara komersial.

Tidakkah kita merendahkan Islam apabila orang bukan Islam melihat anak orang kita yang minum air jampi ‘ustaz’ tidak lebih cemerlang atau jauh ketinggalan dibandingkan anak ‘orang lain’ yang berbekalkan air mineral?. Janganlah kita lelongkan agama kerana bisnes kita.

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Selamat hari Bapa...

Hari Ibu disambut meriah setiap tahun. Tidak ramai yang menyedari hari kewujudan bapa atau bila tarikh sebenar hari yang tidak kurang pentingnya ini. Tiada tokoh Bapa Mithali atau Bapa Soleh sepertimana anugerah yang diterima oleh kaum ibu setiap tahun. Tidak dinafikan pengorbanan bapa sememangnya besar. Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Hal ini meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara keluarga, dan mempertahankan maruah. Justeru pengorbanan bapa tidak ternilai harganya.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23) Hari Bapa yang hadir pada bulan Jun setiap tahun tidak harus dibiarkan tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak kita sememangnya dituntut untuk menghargai jasa dan pengorbanan bapa yang membesarkan kita selaras dengan firman Allah:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)”. (S. Al-Ahqaaf: 15)

Tanpa Ayah tiadalah kita di dunia ini ”KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA,KASIHNYA AYAH SANGGUP BERKORBAN”. Sempena Hari Bapa, hadiahkanlah sesuatu untuk ayah. Beraksilah dipentas kehidupan dengan aksi-aksi yang tidak mengecewakan ayah dan ibu kita.

gambar sekitar majlis perkahwinan razak & syarifah

Saturday, June 20, 2009

selamat hari lahir..

BLOG uNiLLy's mengucapkan.....selamat hari lahir kepada adik Syafiq Irfan Bin Muhammad Raffi (20 june 2009) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia disamping keluarga tercinta..

Thursday, June 18, 2009

Terimah Kasih...


Salam...

terima kepada blogger kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi salah sorang ahli blogger yang baru..

InsyAllah saya akan menjadi blogger yang baik dan menulis
berita2 yang menarik...

sekian... Wasalam...

TQVM


Salam

Terima kasih kepada saudara Razali yang memberi ruang untuk saya menyumbang sama di dalam blog uNiLLy's. Semoga Lebih meriah dengan kewujudan blogger-blogger baru..TQVM

Terima kasih


Terima kasih kepada saudara Razali kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menulis di dalam blog unilly. Sekian.

daripada...


Huzaifah Azman Mohamad

TERIMA KASIH...


salam buat semua .. ribuan terimakasih diucapkan kepada blogger terhadap kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk turut serta bersama mengendalikan blog ini.
insyaallah saya akan membalas balik kepercayaan dengan sebaik mungkin...

tahniah buat pasangan ibrahim & sajitha


blog uNiLLy's mengucapkan tahniah buat pasangan ibrahim v.k(sg buloh) dan pasangan nya sajitha yang dikurniakan bayi perempuan pada 7 jun 2009 di hospital selayang pada jam 4:25pm seberat 3.36kg.. semoga pasangan ini terus bahagia sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati Allah s.w.t ...amin!

Wednesday, June 17, 2009

selamat hari lahir


BLOG uNiLLy's mengucapkan.....selamat hari lahir kepada Aidaros bin Ahmad Kutty (17 june 1957) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia disamping keluarga tercinta..

Monday, June 15, 2009

Tresure Hunt uNiLLy's @ cherating

Blog uNiLLy's dengan sukacitanya ingin mengumumkan satu program Tresure Hunt uNILLy's @ Cherating akan diadakan pada bulan julai ini.

program yang akan dikendalikan oleh sdr Tasrif , jaafar dan rakan rakan ketika ini dalam perancangan dan akan diumumkan mengenai tentetif program tersebut dalam masa terdekat melalui blog uNiLLy's ini!

info terkini mengenai program ini ialah...
  • setiap kereta akan diwakili 4 peserta
  • perjalanan dari batu caves ke Cherating
  • tempoh program 2 hari 1 malam
  • anggaran kos setiap peserta dijangka RM85.00 setiap peserta termasuk makan dan penginapan serta program program yang akan dijalankan di resort tersebut
  • kos RM85.00 bukan kos muktamat.. pihak penganjur akan berusaha mendapatkan 'sponsor' dari beberapa pihak yang ketika ini menyatakan hasrat untuk membantu kami melalui program ini.

kepada wara uNiLLy's anda dialu alukan untuk memberikan sebarang pendapat @ komen bernas melalui blog ini bagi memastikan program berjaya dan berjalan lancar... kepada yang berminat.. sila pastikan rakan sepasukan anda....

p/s belum dapat dipastikan program ini untuk lelaki sahaja atau terbuka kepada semua... harap maklum

peluang sertai unit blog uNiLLy's!

kepada sesiapa yang ingin menawarkan diri untuk bersama sama kami menjadi blogger untuk blog uNiLLy's ini adalah amat dialu alukan... mungkin saya terlepas pandang anda yang berkebolehan... diharap anda dapat membantu saya dalam memastikan blog uNiLLy's ini lebih kreatif dan mantap!

blogger wanita dan lelaki yang berminat harap dapat menghubungi saya melalui e-mail @ sms secepat mungkin.. khidmat anda amat diperlukan!!!

kepada sesiapa yang berminat tetapi tidak mempunyai pengalaman juga dialu alukan... anda akan dilatih... insyaallah unit it Blog uNiLLy's tidak kedekut ilmu... kami sentiasa bersedia membantu anda.....

Saturday, June 13, 2009

selamat hari lahir



BLOG uNiLLy's mengucapkan.....selamat hari lahir kepada Najib Dayan Ali bin Aidaros (13 Jun 1988) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia disamping keluarga tercinta..

Friday, June 12, 2009

selamat hari lahir


BLOG uNiLLy's mengucapkan.....selamat hari lahir kepada Izzah Fazirah binti Zaianuddin (12 june 1994) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia disamping keluarga tercinta..

Thursday, June 11, 2009

selamat hari lahir..


BLOG uNiLLy's mengucapkan.....selamat hari lahir kepada Mohd Yahya Bin Abdullah (11 june 2009) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia disamping keluarga tercinta..

Sunday, June 7, 2009

Terima kasih pada semua

Blog uNiLLy's mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat semua insan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Futsal uNiLLy's kali ini.

sebagai rakan penganjur Blog uNiLLy's amat menghargai sumbangan dari para dermawan yang bermurah hati untuk meringankan beban kami dalam menjalankan program yang cukup berjaya ini... semoga Allah terus memurahkan rezeki anda sekluarga...amin.

kepada kru penganjur... hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi anda semua.. terima kasih kerana membantu kami dalam menjayakan program ini.tidak lupa juga kepada pembantu pembantu blog unilly's yang bertungkus lumus dalam mengemaskini kan perkembangan terbaru dari sport planet..

akhir sekali tahniah buat sdr najib dan rakan rakan diatas penganjuran program yang cukup gemilang dan berjaya.. semoga kita dapat mengadakan lagi lebih banyak program selepas ini .....

kami juga ingin memohan ribuan ampun dan maaf sekiranya ada kekurangan dan kesilapan dalam kami mengendalikan program ini
sekian...

p/s blog unilly's akan bercuti sehingga 10 jun 2009... harap maklum!

kami bangga!!!




juara uNiLLy's champion cup pasukan arsenal melahirkan rasa bangga mereka kerana menjadi pasukan pertama yang mengucup piala pusingan uNiLLy's ini...

dalam pada itu pihak penganjur mengesahkan nama nama para pemain ini juga bakal diukir pada piala tersebut sebagai tanda hormat dan sejarah yang tidak mungkin di lupakan untuk generasi akan datang...

menurut pemain terbaik perlawanan sdr asyik.. " kami berpuas hati walaupun pasukan barcelona merupakan musuh ketat kami dari awal saingan"



sementara itu sdr zul yang dianugerahkan rasa syukur kerana berjaya menjuarai piala berprestij buat warga unilly's ini...
"walaupun kami tewas kepada pasukan barca pada saingan kumpulan ini tidak sedikit pun menjatuhkan semangat kami untuk mengejar kejuaraan"

pemain yang menjaringkan dua gol pada saingan akhir berkata.. ini merupakan kejayaan yang cukup indah buat kami.. kejayaan ini milik kami sepasukan hasil kerjasama setiap pemain... terima kasih pada rakan rakan saya yang cukup bersemangat untuk bergelar juara!!

pemenang uNiLLy's futsal 2009

tempat ke empat inter milan
tempat ke tiga ac milan
tempat ke dua - barcelona
juara unilly's champion cup..... arsenal

amukkan arsenal!!!!!

TAHNIAH ARSENAL JUARA FUTSAL UNILLY'S 2009




2:30pm : pasukan arsenal yang menjadi pilihan blog uNiLLy's ternyata tepat apabila menjuarai kejohanan piala uNiLLy's kali ke-3

pasukan arsenal memenangi perlawanan tersebut dengan membelasah pasukan barcelona dengan jaringan 5-3 tiga gol pasukan arsenal dijaringkan oleh sdr asyik dan dua gol dijaringkan oleh sdr asraf. manakala gol pasukan barcelona pula dijaringkan oleh sdr ali ,azmi dan halim.

pasukan arsenal juga telah mengondol dua lagi anugerah apabila pemain terbaik perlawanan ditabalkan kepada sdr asyik dan penjaga gol terbaik dianugrahkan kepada sdr Zulkifli

2:05pm perlawanan akhir sedang berlangsung diantara pasukan arsenal bertemu barcelona

2:00pm
pasukan ac milan mendapat tempat ketiga selepas menang dengan sepakkan penalti 3-2

1:55pm : penentuan tempat ketiga dan keempat sedang ditentukan dengan sepakan penalti diantara pasukan intermilan dan ac milan



1:45pm pasukan arsenal seperti dijangka beriaya mara ke final selepas menang 1-0 bertemu dengan pasukan intermilan gol dijaringkan oleh sdr asyik.




1:30 pm : pasukan barcelona seperti dijangka melayakkan diri final piala uNiLLy's dengan menewaskan pasukan ac milan 2- 0
gol gol dijaringkan oleh sdr Halim dan sdr Ali

1:20pm
: perlawanan separuh akhir sedang berlangsung diantara barcelona bertemu ac milan



1:15pm : pasukan pilihan sdr kassim bertemu pasukan pilihan aidaros menyaksikan pasukan pilihan sdr kassim menang 5-1 dengan 4 jaringan dari sdr bapu dan sdr asraf manakala gol pasukan lawan menerusi sdr abas








sdr bapu ditabalkan pemain terbaik veteran


1:00pm permainan sepakan penalti bagi wanita sedang berlangsung

12:56pm sementara perlawanan separuh akhir.. perlawanan klasik antara

veteran akan diadakan sebentar lagi!


pasukan barcelona , arsenal , inter milan dan ac milan layak ke separuh akhir kejohanan piala uNiLLy's... perlawanan berehat sebentar...
12.55pm Lyon vs
Bayern Munich 0-1

12.50pm Inter Milan vs Chealsea 4-0

12.48pm Arsenal vs Juventus 3-0

12.47pm Liverpool vs AC Milan 1-0

12.45pm Inter Milan Bayern Munich 3-1

12.43 pm MU vs Barcelona 0-4

12.40pm Real Madrid vs FC Porto 4-1

12.36pm
MU vs Juventus 0-2

12.30 pm Lyon vs AC Milan 0-1

12.15 pm Liverpool vs Chealsea 1-2

12.00 pm Arsenal vs FC Porto 4-1

11.53 am Real Madrid vs Barcelona 0-4

11.52 am
Bayern Munich vs AC Milan 0-4

11.50 am Juventus vs FC Porto 2-2

11.47 am Liverpool vs Inter Milan 1-1

11.45 am
Real Madrid vs Barcelona 2-2

11:40am Chelsea vs Lyon 0-3

11:38am Barcelona vs Arsenal 2-1

Perlawanan paling menjadi tumpuan diantara pasukan arsenal dan barca!!!


11:30 am AMUKKAN BARCA:pasukan barcelona ketika ini sedang membelasah setiap pasukan lawannya... dengan gol gol yang besar...

11.25 am AC Milan 2-2 Inter Milan


11.20 am Porto 0-4 MU

11.15 am Real Madrid 1- 3 Arsenal

11.10 am Liverpool 1-0 Lyon

11.02am Juventus 0- 7 Barcelona

11.00 am Bayern Munich 1-0 Chelsea

10.55am Inter Milan 3- 0 Lyon

10.50am
MU 0-4 Arsenal

10:22am Liverpool 1 - 1 Bayern Munich




Perlawanan pertama kumpulan A dan B akan dimulakan pada bila- bila masa kumpulan A Real Madrid vs Juventus kumpulan B Liverpool vs Bayern Munich

Pasukan pilihan Najib menang dengan keputusan 1-0

10:05am : Kedudukan separuh masa pertama pilihan Najib sedang mendahului 1-0 hasil jaringan adik syafiq




10:00 am Sepak mula piala uNiLLy's sedang berlangsung ketika ini. perlawanan dimulakan dengan perlawanan persahabatan diantara pasaukan pilihan najib bertemu pasukan pilihan Zaahir sedang berlangsung ketika ini.

Saturday, June 6, 2009

zahir cabar tasrif....


sdr zahir yang sebelum ini telah ditegur oleh sdr tasrif telah memberikan maklum balas dengan menyatakan akan bermain bersungguh sungguh dan tidak sedikitpun gentar dengan pandangan pandangan sinis sesetengah pihak yang tidak senang dengan kelibatnya..

sdr zahir pula kini mencabar sdr tasrif agar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan menasihati sdr tasrif agar menumpukan perhatian sepenuhnya pada pasukan Lyon agar tidak menjadi mangsa ratahan pasukannya apabila bertemu

katanya " saya ingin menasihati sdr tasrif supaya menjaga pasukannya dengan baik tanpa memikirkan mengenai pasukan lain... terima kasih diatas nasihat... "katanya lagi... " sebagai pemain profesional.. saya akan bermain futsal... dan saya juga berharap agar sdr tasrif bermain futsal...dan bukan berdendam... fair play please..." tambahnya lagi.

chelsea & liverpool pilihan pembaca

  • Chelsea 22% (11 votes)
  • Liverpool 18% (9 votes)
  • Barcelona 12% (6 votes)
  • Arsenal 12% (6 votes)
  • Real Madrid 12% (6 votes)
  • Man utd 10% (5 votes)
  • Ac Milan 6% (3 votes)
  • Inter Milan 4% (2 votes)
  • Porto 4% (2 votes)
  • Bayen Munich 2% (1 votes)
  • Lyon 0% (0 votes)
  • Juventus 0% (0 votes)
dalam satu undian yang dijalankan selama lebih 5 hari sebanyak 51 undian telah diperolehi
dan pasukan chelsea dan liverpool mendapat undian tertinggi... apapun ini hanya sekadar pandangan pembaca sahaja.

bagi Blog uNiLLy's pula pasukan pilihan yang akan ke Final piala uNiLLy's pada tahun ini ialah
Arsenal yang dijangka akan bertemu pasukan liverpool

pasukan pilihan final Blog uNiLLy's

arsenal vs liverpool


bagaimana pula anda?? apa pendapat anda??? manakah pasukan yang akan menjejakkan kaki ke final??? cuba teka........................................

selamat hari lahir..


BLOG uNiLLy's mengucapkan.....selamat hari lahir kepada sulaiman bin mohd (06 june 2009) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia disamping keluarga tercinta..
Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."