Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Thursday, July 31, 2008

sdr rahim bidas sikap najib!


sdr rahim membidas laporan sdr najib dalam blog uNiLLy's. katanya trip ini adalah untuk memastikan para pemain tidak tertekan dan bercuti sehari sebelum perlawanan tidak salah pun! "
kalau setakat latihan kat sana pun boleh buat ..kat tepi pantai lagi lasak... lagi bagus" tambahnya lagi beliau kecewa kerana sdr najib sengaja menakut-nakutkan para pemain yang mahu mengikuti trip ini dengan hukuman berat! "ramai pemain menghubungi saya menyatakan kekesalan..mereka terhadap najib" katanya lagi.

kami setia!


sdr bukhari sebentar tadi melaungkan akan memastikan para pemainnya akan berada dikem latihan jumaat ini. Katanya kami mahu tumpukan perhatian yang lebih kali ini kerana bagi kami ini perlawanan yang penting bagi kami bagi membuktikan kepada yang masih belum mengenali kami. kami mahu pemilihan kami mewakili unilly's prostar tidak dipandang ringan oleh sesiapa sahaja! InsyaAllah kami janji aksi terbaik... kami bakal juara..! hidup unilly's!

beri surat tunjuk sebab!



sdr yakob berdepan dengan tekanan terbaru apabila diminta surat tunjuk sebab oleh biro disiplin unilly. kenyataan terbaru ini dikeluarkan sebentar tadi oleh setiausaha futsal unilly sdr zalil.
menurut beliau keputusan ini diambil bagi mengelakkan kejadian begini tidak diulangi pemain lain!
sdr yakob pula ketika dihubungi enggan mengulas lanjut bagaimanapun katanya beliau selesaikan "salah faham" ini secepat mungkin. untuk rekod biro disiplin unilly ini dijawat oleh mama batu caves, mama bandar baru, dan mama selayang!

kami utamakan pasukan kami...


sdr zahir ketika ditanya apakah dia tidak berminat untuk bersama menyertai trip ke pulau tioman katanya" siapa tak minat... cuma tanggungjawab kami lebih besar ketika ini.. kami lebih mementingkan kejayaan pasukan kami dari trip kali ini!" tambahnya lagi " saya merayu agar rakan sepasukan tidak menyertai trip kali ini.. apa kata kalau kita juara kita tuntut trip ke pulau tioman untuk team unilly's? hahaha.... " katanya lagi.sdr zahir mahu menukar jersi no 10 kepada jersi no 9 pada kejohanan kali ini....selain itu katanya "saya berjanji akan cuba sedaya upaya saya untuk mengharumkan nama uniily di peringkat yang lebih tinggi...saya juga mohon kepada semua rakan sepasukan agar besatu padu dalam mencari kemenangan.saya juga mengharapkan doa dan restu semua ahli keluarga uniily..."

Amaran kepada team futsal uNiLLy's


sdr Najib selaku ketua pasukan uNiLLy's memberi amaran keras kepada semua pemain uNiLLy's agar tidak menyertai trip ke pulau tioman malam ini! kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas sdr rahim mengumumkan penukaran tarikh trip ke pulau tioman. menurut sdr Najib " kita dalam pasukan mempunyai undang undang yang mesti dipatuhi setiap pemain ini penting bagi mengelakkan hilangnya konsentrasi dikalangan pemain" tambahnya lagi " kami akan mengadakan persiapan terakhir kami sebelum kejohanan itu pada hari jumaat dgn mengadakan perlawanan persahabatan diantara kedua dua pasukan kami tidak mahu situasi ketiadaan pemain akan mengganggu latihan kami!" ditanya apakah tindakkan akan dikenakan bagi pemain yang mengingkari arahan ini katanya" ya! bagi mana mana pemain yang melanggari arahan ini akan digantung setahun dari menyertai pasukan unilly's!" di tanya apakah sdr najib akan berubah hati pada saat akhir.. jawab nya.. " naa ore vati mudivu pannitenna yen pechey naane kekaa maaten!! katanya dengan begitu tegas..

TERKINI mengenai trip ke pulau tioman!!!!!!!


terkini mengenai trip warga unilly ke pulau tioman.. sebentar tadi sdr rahim membuat satu lagi kejutan dgn mengesahkan tarikh ke pulau tioman ditukar atas desakkan beberapa rakan sejawatnya yang mahu trip itu diadakan hari ini juga !! iaitu 31 julai 2008 dan akan pulang balik dari pulau tioman pada hari sabtu seterusnya akan menghadiri futsal piala kimma untuk menyokong pasukan futsal kita!

tarikh ditukar kepada 31 julai 2008
bertolak pukul 8:00 malam dari restoran de maju batu caves

kepada sesiapa yang berminat sila war-warkan kepada yang lain yang ingin serta bersama sama kami!

Sekitar majlis hantar tanda sdr yahya












(sumber: Blog sdr ibrahim (http://baim783.blogspot.com/)

Ahad lepas diadakan majlis merisik serta hantar tanda adikku yahya yg terpikat dgn gadis alor staq. semalamnya slps htr juju, kami sekeluarga terus ke perlis menginap di rumah rozita. ahad pagi sebelum berlepas ke alor star, kami pegi ke padang besar. antara yg ikut serta selain keluarga kami, osmanlapa & family, amai cheras & ali elapa. Dlm perbincangan, dijangka majlis nikah & kenduri kahwin akan diadakan thn dpn bln june. tarikh akn dibincangkan kemudian.

Wednesday, July 30, 2008

5 TEKATEKI IMAM GHAZALI

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:


PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179


KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.


KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.



SALAM ISRAK MIKRAJ.......... dari Blog uNiLLy's pada semua...

Janji Najib!

kpd sdr yaakob..kami bukannya star lagi tapi "we will be a star"..saya berkeras akan memastikan bekas rakan sepasukan saya ini akan kecewa pada piala kimma ini!!..

Tuesday, July 29, 2008

Penganjur trip ke tioman akur!



penganjur trip ke pulau tioman akur desakkan semua pihak agar menukar tarikh trip ke pulau tioman yang di katakan sama dengan tarikh hari kejohanan futsal kimma. menurut ketua penganjur sdr rahim.." kami mahu pasukan unilly menjuarai piala kimma... oleh kerana itu kami sanggup berkorban percutian kami ke pulau tioman demi uNiLLy's prostar dan uNiLLy's starf.c.. kami berjanji akan turun ramai ramai untuk memberi sokongan pada pasukan pasukan kita! kepada team futsal... sekarang ni kami sudah pun akur pada permintaan anda... apa yang kami mahu ialah anda menjuarai piala kimma ini! ini tuntutan kami!" kata sdr rahim dgn nada tegas... ditanya mengenai imbuhan pada para pemain sekiranya menjuarai piala kimma ini... katanya "buktikan dulu!" jawabnya ringkas.

saya tak tahu pun.......


"bila? kat mana ? siapa penganjur? siapa siapa main untuk team kita... ???" itu lah persoalan sdr nizam yang jelas kebingungan tidak tahu menahu mengenai kejohanan ini... apa pun saya doakan selamat maju jaya pada pasukan unilly's. saya sedikit kecewa tidak dapat menyertai kem unilly kali ini. mungkin kerana sibuk saya kurang mengikuti berita di blog ini... " katanya lagi

pengurus uNiLLy's star f.c nafi!

sdr asraf selaku pengurus menafikan sekeras kerasnya dakwaan sdr yaakob yang menyatakan tidak diberitahu mengenai pemilihan. kata sdr asraf beliau diberitahu oleh pemain lain yang sdr yaakob ini sering memberi alasan setiap kali dipanggil untuk latihan. bukan kami tak panggil... ada sekali bila tanya anak dia... kata, bapak gi main futsal... so kami pun pelik kenapa masa kami panggil beliau tidak mahu... "katanya lagi tiba tiba sekarang saya dengar dia menyertai myteam dalam kejohanan itu.. apa semua ini???

"adebayor" unilly's tak sangka...


sdr razak atau lebih dikenali dengan jolokkan adebayor unilly's langsung tidak menyangka akan tersingkir pada saat akhir! "saya telah melakukan yang terbaik.. lebih dari pada yang saya lakukan sebelum ini.. tapi apakan daya.. dah takde rezeki nak bantu team nak buat cemana?"
tambahnya lagi beliau harap pasukan unillys akan menjadi juara pada kejohanan itu.

harap adik mampu hasilkan yang terbaik!


sdr jaafar yang ditemui pula berkata " saya gembira kerana 2 ahli keluarga saya terpilih mewakili pasukan unilly's apa yang diharapkannya ialah pasukan yang terpilih ini dapat melakukan sesuatu bagi menutup mulut pengkritik! ianya penting demi menaikkan nama pasukan unilly diperingkat yang lebih tinggi.. !" ditanya kenapa beliau tidak menyertai pemilihan tempoh hari.. katanya " sebenarnya saya kurang berminat nak main bola pun then lutut saya pun masih sakit selepas jatuh semasa piala unilly dulu"tambahnya lagi.

saya sedar siapa saya....


sdr ikbal pula jelas sedih dan hanya berkata "saya sedar siapa diri saya.. saya dipinggirkan... habis madu sepah dibuang... dulu saya hero.. sekarang saya zero... takpe... saya sedar kepada yang perasan 'star' tu... jangan nak gaya je lebih.. buat sesuatu untuk unilly's" katanya lagi.

nizam terkilan!!


sdr Nizam pada sebelah pagi tadi melahirkan rasa terkejutnya dan terkilan kerana tidak langsung dipanggil atau diberitahu mengenai piala futsal unilly ini... katanya" saya berasa sungguh sedih kerana tidak diajak untuk bersama sama pasukan unilly's persoalannya bila training dan pemilihan diadakan..?? kenapa pengurus tidak mengumumkan pemilihan kepada semua??" katanya dgn nada yang agak sedih...

Monday, July 28, 2008

Saya bukan Pembelot!


(kemaskini 2:50pm 28/1/2008)



sdr Yaakob yang selama ini dituduh belot kepada pasukan unillys hari ini tampil memberikan kenyataan yang menggemparkan...!
"memang benar saya menolak pelawaan mereka sebelum ini kerana kaki saya cedera dan baru sekarang saya pulih dari kecederaan... kebetulan futsal anjuran KIMMA ini pula adalah asalnya anjuran persatuan money changer disebabkan kurang sambutan mereka telah buka penyertaan kepada semua. dan saya adalah pemain berdaftar untuk majikan saya di money changer tempat saya bekerja! pun begitu saya sebenarnya lebih selesa sekiranya dapat bermain dengan team Futsal uNiLLy's.. tetapi apa yang mengecewakan saya selepas terkeluarnya 'senarai nama pemain dah bocor awal awal' bila saya tengok nama saya tiada dalam senarai.... mungkin mereka rasa saya kurang mantap dan 'mereka' ni pula hebat.... so... saya kecewa! sikap sesetengah 'orang kuat' team unilly yang sudah pun menganggap mereka 'star'... ! tidak membuat pemilihan secara teratur.. tidak mewar warkan tarikh latihan dan pemilihan takut mereka takterpilih kot.. so saya kecewa... adik ipar saya sdr ikbal pun tak dipilih tak dijemput....! kenapa?? apa pun sokongan saya tetap kuat pada pasukan uNiLLy's! harapan saya ialah kepada 'orang kuat futsal unilly ialah' JANGAN MEMPOLITIKKAN FUTSAL UNILLY!" katanya dengan tegas!

hapiz mahu jadi spiderman!



sdr hapiz yang ditemui berkata cukup yakin untuk menjaga gawang uNiLLy's prostar dari dibolosi... "saya akan bertindak menjadi 'spiderman' ketika kejohanan nanti!" Katanya yang cukup mengagumi bekas penjaga Gawang selangor dan Malaysia mendiang arumugam (spiderman malaysia) Saya sangat menghormati beliau dan beliau menjadi idola saya sejak kecil... nama samaran saya pun spider... hahaha" katanya lagi!

Pasukan uNiLLy's di undi bersama pasukan terkuat w.persekutuan!


pasukan uNiLLy's star dijangka mengalami tentangan hebat apabila senarai pasukan kumpulan mereka dihuni oleh pasukan pasukan hebat! apa pun menurut ketua pasukan sdr najib, "kami tidak akan mengaku kalah walau sekuat mana pun pasukan lawan kami..." begitulah semangatnya laungan anak muda uNiLLy's itu!
sementara pasukan uNiLLy's prostar pula berkata dengan selamba bahawa mereka akan akhir sekurang kurangnya... "itu janji kami!" kata sdr Ali.. selaku wakil pasukan uNiLLy's prostar!

berikut senarai pasukan dan kumpulan.

Kumpulan A :

* My Team B (money Changer)
* MHZ junior (madrasah)
* Play 4 fun
* Sutra A (saujana)

Kumpulan B :

* MBS F.C 2 (ampang)
* uNiLLy's prostar
* My team c (money Changer)
* Anak mamu (penang)

Kumpulan c:

* JAF-RAJ F.C
* Craft
* Ali Maju Boys
* Sutra B (saujana)

Kumpulan D:

* MBS F.C 1 (ampang)
* MHZ Pro
* My Team A
* uNiLLy's Star


*

siapa belot?


sebentar tadi saya cuba mendapatkan penjelasan dari pemain berkenaan yang dituduh belot oleh pasukan futsal uNiLLy's.. namun tiada sebarang jawapan... namun ketika ini saya masih berusaha untuk mendapat pengesahan dari orang berkenaan mengenai kes ini... apa pun persoalan siapakah pemain itu masih menjadi rahsia sehingga dapat disahkan secara rasmi! so...tunggu esok!

senarai pemain uNiLLy's prostar






Teka teki senarai pemain pasukan uNiLLy's prostar terjawab selepas diumumkan secara rasminya sebentar tadi! senarai pemain yang dipilih ini adalah yang terbaik selepas beberapa pemilihan dilakukan sebelum ini... antara pemain pemain ialah...

  1. mohd farhan bin hussainar (farhan)
  2. Mohd ariffin ismail bin ismail (ismail)
  3. Bukhari bin ismail (bukhari)
  4. Abdul sattar bin abdul kadir (satar)
  5. Syed mohammad bin hassainar (ali)
  6. Mohammad hafiz bin soopi (hafis spider)
  7. Yusoof bin nazurullah (yusof)
  8. Mohd shafiq bin abdullah (shafiq)
demikian senarai pemain yang terpilih.. jadi kepada sesiapa yang menaruh harapan untuk terpilih sebelum ini diharap faham dan dapat menerima keputusan ini dan terus menyokong pasukan uNiLLy's. cuba lagi .......

Sunday, July 27, 2008

uNiLLy's prostar yakin!


ketua pasukan uNiLLy's prostar f.c sdr Bukhari berkata, beliau yakin pasukannya mampu pergi lebih jauh sekiranya segala perancangan berjalan seperti dirangcang! katanya " setakat ini senarai pemain kami sudah pun berada dalam tangan... cuma kami mahu mengumumkan secara rasminya selepas undian pasukan..!'' Kami telah pun mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan... termasuk pasukan uNiLLy's star f.c... saya juga yakin dengan pasukan uNiLLy's star f.c yang rata rata pemain memiliki skill tersendiri! apa pun kita tunggu sehingga senarai pemain diumumkan nanti....!" Katanya lagi.

kami gembira....



sdr fadil dan sdr ashik ternyata orang yang paling gembira apabila diserapkan semula dalam pasukan utama selepas sebelum ini dihantui masalah kecederaan. menurut sdr Fadil "pada mulanya saya memang tidak yakin dipilih selepas kemunculan ramai pemain baru... namun selepas latihan pada jumaat lepas saya mendapat keyakinan semula selepas menunjukkan aksi yang mantap!" sdr Ashik pula berkata "saya dipanggil untuk menyertai pasukan uNiLLy's semula selepas saya berjaya memikat hati pihak pengurusan semasa perlawanan persahabatan sebelum ini! apa pun saya mengucapkan terimakasih kerana memberi kepercayaan kepada saya!... insyaAllah jepercayaan yang diberikan ini tidak akan kami persiakan demi mengharumkan nama uNiLLy's di peringkat lebih jauh!"

belot!

seorang warga uNiLLy's dikatakan belot dan tidak bersetuju untuk menyertai apabila dipanggil untuk bersama sama pasukan uNiLL's star f.c....atas alasan cedera dan tidak cergas... namun ada khabar angin mengatakan bahawa pemain ini telah menyertai pasukan lain ... apa kah pemain ini sanggup untuk memalukan pasukan kita???? kenapa pemain ini bertindak begini??? kenapa perlu berahsia?? siapakan pemain itu...???? tunggu kisah selanjutnya malam esok!

Senarai pemain uNiLLy'S star f.c











  • Najib dayan ali (najib)
  • Muhammad zahiruddin (jair)
  • Muhammad nasiruddin (nasir)
  • Muhammad ismail (man)
  • Al-mughni shah jabran (jabran)
  • Mohammad ashik (ashik)
  • Syarafuddin (pudin)
  • Abdullah fadhil (fadil)

Demikian senarai pemain futsal Piala KIMMA w.persekutuan. pada 3 Ogos 2008 ini! Sepak mula dijangka akan bermula tepat jam 8:30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 4:00 petang.

undian pasukan pula akan dilakukan pada 4:00 petang ini (27 julai 2008)

bertempat di indoor football centre setapak jln genting kelang ,kuala lumpur! kepada seluruh warga uNiLLy's dijemput hadir memberi sokongan padu kepada pasukan kita...

sementara itu pasukan uNiLLy's prostar (pasukan kedua uNiLLy's) pula dijangka akan mengumumkan senarai pemain mereka pada malam ini!

dua pasukan yang pastinya akan berhempas pulas mengharumkan nama uNiLLy's ialah

  1. uNiLLy's star f.c
  2. uNiLLy's prostar f.c

kita doakan kejayaan mereka!

Saturday, July 26, 2008

semoga cepat sembuh...


bersama sama lah kita mendoakan keihatan 'abdu musliar' yang di serang oleh sekumpulan pemuda ketika beliau sedang bertugas di kedai abdullah ka tempoh hari... beliau ketika ini masih dirawat di hospital sungai buloh.. dan ketika ini keadaan nya stabil...bersamalah kita mendoakan supaya beliau yang banyak berjasa kepada warga unillys cepat sembuh

futsal atau perkemahan????











vs


(kemaskini 2:50am 26 julai 2008)

jelas persoalan ini memeningkan banyak pihak terutamanya team futsal unilly's yang ingin turut serta dalam perkemahan tetapi terpaksa melupakan hasrat tersebut selepas tempat perkemahan sudah ditukar dari janda baik ke pulau tioman...... ini menyebabkan ramai yang mengeluh kerana mahu mengikuti kedua dua program! huh... pening pening.... pihak penganjur perkemahan pula tidak mahu berganjak dengan tarikh yang di tetapkan ... begitu juga dgn pasukan futsal unilly... kerana mereka juga suda mendaftarkan pasukan mereka! so ...siapa nak mengalah nie?? hehehehe


apa pun dari tinjauan saya saya jangkakan perkemahan ke tioman setakat ini kurang mendapat sambutan... tak tau la kalau last minit semua ok...
perkemahan ini dirancang selama 3 hari 2 malam... memang clash dengan futsal kimma la.. apa pun setakat ini keputusan masih kekal... masih belum ada perubahan... team futsal buat la rayuan tuk tangguhkan! hehehe,.... penganjur perkemahan...??? macamana? boleh ker?

uNiLLy's giat jalani latihan...

(kemaskini 2:00am 26 julai 2008)

pasukan futsal uNiLLy's 1 & 2 giat menjalani latihan bagi menghadapi kejohanan piala kimma di setapak minggu depan.. senarai pemain masih dalam pemerhatian akan diumumkan secara rasminya dalam sehari dua lagi..... tunggu.....


Friday, July 25, 2008

Malam kebudayaan uNiLLy's....

(Kemaskini 8:45pm 25/07/08)

satu program dikenali sebagai Malam Kebudayaan uNiLLy's dijangka akan diadakan dalam satu tarikh yang akan dibincangkan kelak... menurut sdr Rahim program itu memerlukan barisan ajk yang mantap untuk memastikan majlis kali ini akan menjadi yang terbaik diantara yang terbaik! antara cadangan program ialah nyanyian minus one , drama atau sketsa dan banyak lagi... kepada sesiapa yang punyai idea dan pendapat yang bernas di harap agar berkongsi bersama demi menjamin satu program yang hebat! adalah digalakkan sekiranya setiap wakil dari 7 keluarga iaitu keluarga hj HUSSIN (jinjang)keluarga KUTTY AMOO (selayang baru)FATIMAH (batu caves)AHMAD KUTTY (selayang lama) ESSAH VEE (sungai buloh) NABISAH (bandar baru) dan ITACHU (segambut) dapat bersama membentuk satu ahli jawatan kuasa. sebarang pertanyaan sila hubungi:

sdr rahim +6012 5063369

link sudah di update!

salam.. pada semua warga unilly... saya sudahpun updatekan semua link untuk tatapan semua.. seperti latar belakang unillys.. gambar unillys.. video unillys..cuma sedikit masalah di bahagian hubungi... insyaAllah saya akan perbaiki dalam masa terdekat!

sekiranya ada sesiapa yang mempunyai video dan gambar yang menarik sila send ke email saya unilly_2008@yahoo.com

terima kasih!

Thursday, July 24, 2008

majlis pertunangan

Pn Aminah bt Veerankutty dan suami Abd kadir dari Bukit Rahman Putra, SG Buloh.. ingin memaklumkan dan menjemput warga uNiLLy ke majlis pertunangan puteri sulung mereka Hashimah bt abd kadir (generasi ke 5 uNiLLy's!)

pada : 10 ogos 2008
tempat : kediaman mereka di bukit rahman putera
Masa: T/hari

Harap maklum....

Wednesday, July 23, 2008

link boleh digunakan

salam...alhamdulillah atas bantuan dan tunjuk ajar semua link yang tidak berfungsi sudah mula boleh digunakan
buat masa sekarang saya masih sedang memuat turunkan video dan gambar di setiap link.. harap warga unilly bersabar.. dalam masa terdekat link tersebut boleh digunakan sepenuhnya! terima kasih di atas sokongan anda selama ini.-razali

Monday, July 21, 2008

uNiLLy's di perantauan....

















roslan rindu masakan ibu...

(Kemaskini 2:22am 21 julai 2008)

sdr roslan yang kini sedang menuntut di syria berkata sangat merindui masakan kari ayam ibunya .. lebih lebih lagi mee kari masakan ibunya yang sememangnya special... katanya semasa di malaysia dalam seminggu ada la dalam 3 kali dapat merasa kari ayam ibunya... tapi kini......takpe.. sabar.. katanya lagi ketika ini makanan kegemaran disyria ketika ini ialah roti arab... nama di syria ialah 'shahurma' dan 'falafil'. selain itu katanya " nasi briyani juga boleh didapati disana dan nama disana ialah nasi 'bukhari' berharga rm 15.00 sepinggan tapi kalau kat malaysia boleh dimakan oleh 2 orang.. apapun kalau najib mungkin boleh abiskan sorang! hahaha!"katanya makanan nasi semuanya mahal.. yang murah hanyalah pelbagai jenis roti.

selain itu katanya rindu untuk bertemu sanak saudara terutamanya 'mama batu cave' dan team futsal uNiLLy.... katanya" ketika ini saya dalam seisi pembelajaran bahasa arab dan dalam bulan september ini akan meneruskan pembelajaran dengan ta'hili, alquran dan hadis." katanya lagi.
katanya tempoh pembelajaran ini adalah untuk tempoh 4 tahun.. jadi mungkin katanya akan pulang pada tahun 2012 insyaAllah!
akhir kata " terima kasih diatas sokongan semua dan diharap agar keluarga ku terus mendoakan kejayaan saya sehingga saya dapat mencapai cita cita saya.... sampaikan salam pada semua yang mengenali saya... dan kepada pasukan futsal uNiLLy teruskan berjuang! sokongan saya tetap kuat pada anda... majulah futsal untuk uNiLLy's!

apa pun kita berharap agar sdr roslan tabah dalam menghadapi situasi disana dan berharap akan pulang dengan kejayaan!
Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."