Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."
Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?
Wednesday, September 30, 2009
selamat hari lahir..
selamat hari lahir..
Tuesday, September 29, 2009
selamat hari lahir..
Sunday, September 27, 2009
Chelsial dimalukan sambil dibelasah,Liverfool membelasah,Arsengal mendapat tiga mata dan MANCHESTER UNITED gah dipersada liga..
dan memgenakan stroke kepada semua pencabarnya.....Ancelotti sudah mengemudi Chelsial untuk enam kemenangan liga berturut-turut, selain dua kejayaan pada Piala Liga dan Liga Juara-Juara tetapi rekod sempurna itu berakhir dalam aksi yang menyaksikan penjaga gol, Petr Cech, dibuang padang.
Chelsial sebelumnya ketinggalan pada minit ke-16 kepada gol Titus Bramble tetapi Didier Drogba menyamakan kedudukan pada minit ke-48. Hugo Rodallega dan Paul Scharner menjaringkan dua lagi gol untuk kemenangan Wigan.
United mudah mengatasi tentangan kental Stoke di Stadium Britannia apabila Ryan Giggs,
masuk sebagai pemain gantian, mengumpan untuk Dimitar Berbatov menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-62. Bek United, John O’Shea memastikan Stoke tidak mampu bangkit apabila menanduk masuk bola sepakan percuma Giggs untuk gol kedua pada minit ke-77...kini MAN UTD telah menepati ramalan apabila mengungguli liga seperti biasa yang dilakukan mereka..hahaha
Liverpool mencatat kemenangan besar 6-1 Hull City hasil jaringan hatrik Fernando Torres pada minit ke-11, 27, 46 sebelum Ryan Babel melengkapkan kemenangan The Reds hasil jaringan dua gol minit ke-87 dan 90. Satu lagi gol tunggal pasukan bimbingan Rafael Benitez disumbangkan oleh ketua pasukan, Steven Gerrad, manakala jaringan tunggal Hull diperolehi melalaui Geovanni pada minit ke-14.
cabaran pasukan Fulham apabila mengatasi mereka dengan kelebihan satu gol sahaja..hasil jaringan daripada pemain beragama islam iaitu Robin van persie Arsengal merapatkan jurangnya bersama pasukan Liverfool dan Spurs sahaja..heheThursday, September 24, 2009
Tahniah Buat Aqilah dan pasangan
Mohammad Yusof dan pasangan yang menerima kelahiran putera sulung mereka hari ini tepat jam 6:47 petang tadi (23 sept 2009)Baby seberat 2.86kg itu dilahirkan diHospital KPJ seremban. Kini Ibu dan baby tersebut berada dalam keadaan yang sihat.
semoga bersempena Kelahiran di bulan yang mulia ini diharap pasangan ini akan terus dimurahkan rezeki dan diberkati Allah s.w.t dan menjadi anak yang soleh dan berjaya di Dunia dan Akhirat... Amin!
Rumah terbuka hari ini
Wednesday, September 23, 2009
man utd terus dibantu pengadil..
perlawanan menentang musuh tradisinya dengan bantuan pengadil yang menarik masa kecederaan permainan hampir ke minit ke-7 bagi memastikan kejuaraan mereka berkekalan.sungguh memalukan yang mana kejayaan yang mereka perolehi setakat ini jika diimbas kembali mempunyai rekod rekod memalukan apabila bertemu pasukan pasukan ternama epl. juga dimalukan pasukan belasahan epl sebelum ini.
perlawanan yang sepatutnya tamat dengan keputusan 3-3 tamat selepas gol ihsan red saitan. semuanya bagai dirancang.. ini lah taktik kotor pasukan yang memenangi kejuaraan ini tahun lalu.
apabila pengadil ditanya mengapa tidak menamatkan perlawanan pada masa sebenar yang diberikan.. pengadil tersebut memberikan alasan bodoh iaitu menyatakan pemain pemain man city meraikan gol ketiga mereka lebih dari 1 minit.. logik ke??????
kita amat hargai sekirnya kemenangan yang diperolehi dari usaha sendiri bukan dari bantuan pihak ketiga!!
man utd pasukan paling penipu!!!
kalo tak caya tengok video kat bawah ni.... kah kah kah...
Rumah terbuka hari ini
(hari raya ke-4)
Masa: 6:00ptg -11:00 mlm
Tempat: Pinggiran Batu Caves
Semua Dijemput Hadir
Saturday, September 19, 2009
selamat hari lahir..
Friday, September 18, 2009
program Gotong royong uNiLLy's berjaya!
sejurus selepas solat jumaat warga uNiLLy's mula berkumpul di Tanah Perkuburan Islam Selayang Lama. Dianggarkan 15 orang telah hadir dan memberikan komitmen yang cukup baik dalam memastikan program berjalan lancar
pujian harus diberikan pada anak muda ini yang bertungkus lumus walaupun terpaksa meredah hujan lebat sehingga ke lewat petang. Sumber air juga amat sukar diperolehi... namun diatas semangat yang mereka miliki mereka
InsyaAllah esok pada sebelah pagi ada sedikit lagi urusan yang perlu diselesaikan iaitu mengecat beberapa kubur kubur lama yang tidak dapat dilakukan hari ini kerana hujan yang turun begitu lebat patang tadi.
kepada sesiapa yang berhajat mahu turut membantu adalah dialu alukan.. program mengecat akan bermula jam 11 pagi esok (sabtu)
terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. begitu juga kepada para penderma dan semua kakitanganBlog uNiLLy's yang menjayakan program ini. Semoga Allah membalas usaha murni anda! amin...
(video akan menyusul)
Gotong Royong Hari ini....
program tersebut akan dimulakan selepas solat jumaat. semua diminta supaya terus berkumpul ditanah perkuburan sejurus selepas solat jumaat.
sementara itu Ajk program gotong royong ini sdr Najib dan beberapa yang lain telah melawat sekali lagi tanah perkuburan itu bagi memastikan secara terperinci segala kerja kerja yang perlu diselesaikan.
mereka juga telah memulakan tugas mereka sejak semalam dengan menyediakan pelbagai peralatan bagi memudahkan semua urusan disamping membuat pesanan Batu Bata dan lain lain lagi untuk digunakan hari ini.
Diharap anda tidak keberatan untuk bersama sama kami disamping beramal di bulan yang penuh barakah ini.
semoga Allah membalas niat ikhlas anda semua... amin!
Wednesday, September 16, 2009
resepi terbaru uNiLLy's
malbari di malaysia- rakaman siaran TV2
khas buat para pembaca setia blog uNiLLy's.. petang semalam jam 5:00 petang RTM 2 ada menyiarkan sebuah program mengenai masyarakat malbari di malaysia ketika menyambut ramadhan dan aidil fitri. agak menarik dan rasa bangga juga dengan pengenalan mengenai tradisi masyarakat malbari menerusi TV ni.
oleh yang demikian saya juga menerima banyak permintaan untuk merakamkan program ini dan disiarkan diblog ini berikutan ramai yang tidak sempat untuk menonton program ini. maklumlah mana ada program malbari kat tv malaysia ni. so bila ada semua taknak lepaskan peluang...
bagi yang tak sempat menonton... saksikan lah ....
p/s KOMEN AKU: program ni mmg bagus dan amat menarik sekali dari segi pengenalan tradisi malbari , makanan, pakaian dan banyak lagi.
tapi yang aku tengok agak lebih lebih ialah cara pemakaian diorang.. huhu.. mana ada lagi malbari kat malaysia pakai pakaian macam ni. semuanya okey... tapi pakaian je buat kaco. walaupun tu pakaian rasmi malbari. tapi aku rasa cukup setakat perkenalkan sekali je.. huhuhu takperlu sampai abis rancangan ngan pakaian mcm tu...
apa pulak komen korang sebagai seorang malbari kat malaysia ni????
Arsenal dimalukan,Chelsea bernasib,Liverpool gah dan Man utd hebat....
Arsenal telah dimalukan oleh bekas pemainnya sendiri iaitu Emmanuel Adebayor apabila membantu pasukan barunya Manchester City untuk memenangi perlawanan yang bole dikira agak memalukan bagi penyokong Arsenal..Man City agak kuat berbanding Arsenal yang dilihat tidak bermaya mengalahkan orang yang sedang berpuasa apabila diratah 4-2....penyokong Arsenal dilihat agak kecewa dan malu apabila penyokong di stadium dMaju membakar mercun dan membuat ombak...hahahahaha.....
Florent Mauloda menjaringkan gol penyamaan pada masa kasihan yang diberi pengadil bagi memberi ruang kepada Chelsea menerajui taktha liga EPL untuk lagi 1minggu...hehehehehe
Anfield....tetapi agak memgecewakan pemain yahudi iaitu Yossi Benayoun telah menjaringkan hatrik membuatkan penyokong Liverpool tidak dapat bergembira bagi menghormati umat islam yang lain...(jangan harapkn pemain YAHUDI!!!!)hahahaha
MAN UTD!!....walaupun bermain dengan 10pemain mereka tetap berjaya menghasilkan jaringan sambil memastikan gawang tidak dibolosi..Tottenham Hotspurs adalah pasukan yang mengalahkan Liverpool dengan mudah dan mereka adalah antara pasukan yang mengekalkan rekod bersih 4perlawanan tanpa tewas tetapi telah dimalukan oleh pasukan gergasi yang terlalu hebat....walaupun Spurs telah mengejutkan Man Utd pada minit pertama perlawanan,Man Utd telah membuat "coMe back" hasil jaringan hebat Giggs,Anderson dan Rooney... SYABAS MAN UTD....Man City mangsa seterusnyeeeeeeeeeee..hahahaTuesday, September 15, 2009
uNiLLy's di perantauan
Bersama sdr Mohd RaFFi Bin Abd Kadir yang kini sedang melanjutkan pelajarannya untuk tahun kelima di sebuah universiti di Jepun... selama Empat tahun beliau telah beraya di Jepun ....ikuti luahan dan ucapan Aidilfitri beliau.. khas buat anda semua...
Open House uNiLLy's
Diharap dengan berpandukan pada informasi yang kami berikan dapat memudahkan lagi untuk anda merancang perjalanan anda.
Raya Pertama:
- Mohideen Hanifah ( Batu Caves)
- Abdullah Bin Ahmad Kutty (Kg Laksamana)
- Ismail Bin Kutty Ammo ( Kg Nakhoda)
- Yusof Bin Koya ( Taman Selayang)
- Yusof Bin K.Mohammad (Bandar Baru Sg Buloh)
- Veeran Kutty bin Koya (Kg Baru Sg Buloh)
- Abbas Bin Koya ( Kg Laksamana)
- Hassainar Bin Syed Ali (Kg Melayu Sg Buloh)
- Sulaiman Bin Meerah (Bukit Rahman Putra)
Raya Kedua:
- Kassim Bin Koya (Desa Jaya)
- Abu Bakar Bin Koya (Desa Jaya)
- Abu Bakar Bin Kutty Ammo (Tmn Selasih)
- Jamilah Binti Hussin (sek 6 Shah Alam)
- Abdul Kadir Bin Hussin (Sek 8 Shah Alam)
- Halimah (subang)
- Jamilah (Subang)
- Idris Bin Hussin (Taman Ehsan)
Raya Kelima:
- Ibrahim bin Abdullah (bandar baru Bangi)(rumah baru.... sila hubungi sdr Ibrahim 019-360 7768 untuk mendapatkan lokasi rumah )
- Mohammad Bin Koya (Pinggiran Batu Caves) (6:00ptg-11:00mlm)
- Omar Bin Beeran ( Kuang) (rumah baru sila hubungi sdr Tasrif 012-9128795 untuk mendapat lokasi rumah)
- Aidaros Bin Ahmad Kutty (Kuang) rumah terbuka dan juga majlis Aqiqah buat anak sdr Jaafar bermula selepas maghrib.
- sdr najib - 017 207 5298
- sdr Razali- 012-690 8244
Monday, September 14, 2009
Program Takbir Raya Dan BBQ uNiLLy's
malam Aidilfitri. Pada Tahun ini Jawatankuasa Program Blog uNiLLy's Mendapat jemputan Dari Sdr Razak dari Taman Jasa untuk mengadakan
Program ini di kediamannya.Tahun Lalu Program ini diadakan dengan jayanya dirumah Hj Abdullah di Kg Laksamana.
Pihak penganjur telah merangka beberapa program program menarik pada malam tersebut.Antaranya Takbir Raya yang buat kali pertama dicadangkan.
InsyaAllah Program ini akan diadakan setiap tahun dirumah wakil uNiLLy's yang menjemput kami.
Semua warga uNiLLy's dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program kami.
kepada yang ingin menyumbang dari segi tenaga, makanan dan wang ringgit adalah amat dialu alu kan!
tarikh program adalah seperti berikut:

Hari : sabtu
tempat:Kediaman Sdr Razak di Taman Jasa, batu caves
Masa: selepas solat isyak
Terima kasih kepada Sdr Razak kerana sudi menjemput kami untuk mengadakan program takbir perdana dan BBQ uNiLLy's 2009 ini.
Sunday, September 13, 2009
majlis berbuka puasa belia uNiLLy's meriah!
sebentar tadi majlis berbuka puasa Belia uNiLLy's anjuran Blog uNiLLy's telah berlangsung dengan jayanya dengan mendapat sambutan dari warga uNiLLy's. Alhamdulillah anggaran pihak
bayaran untuk program ini juga akan digunakan sebagai dana untuk memperbaiki kubur-kubur warga uNiLLy's di tanah perkuburan islam selayang lama.
terrima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong program kami ini. semoga sumbangan anda bagi meringankan beban kami untuk bergotong royong ini akan di berkati Allah S.W.T
ucapan Aidil Fitri oleh mama
ucapan Aidilfitri oleh mama Batu caves dan Mama Bandar baru...
ucapan istimewa oleh mama batu caves Hjh Fatimah yang merupakan ahli uNiLLy's paling tua yang kini usianya melebihi 90 tahun.
ucapan kedua dari mama Bandar baru Hjh Nabisah Yang merupakan adik kepada mama batu caves.
p/s ucapan mama selayang belum diperolehi.. kami akan cuba mendapatkannya secepat mungkin. insyaAllah!
uNiLLy's di perantauan
bersama Sdr Jabir Bin Aidaros Dari kota kinabalu Sabah.
Beliau kini sedang bertugas selaku pegawai polis di sana.
dan hanya akan pulang berhari raya pada tahun hadapan itu pun sekiranya cutinya diluluskan...
bersama kita mendoakan kejayaannya dalam kerjayanya dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T
dalam melalui detik detik kehidupan di perantauan... amin!!
Maaf Zahir Dan Batin....!!"
majlis berbuka puasa belia uNiLLy's
pada: 13 september 2009
hari : Ahad
Masa: 6:oo petang
Tempat: Restoran De Tomyam, Damansara Perdana, selangor
Bayaran : RM15:00 sahaja
sebahagian bayaran akan disumbangkan kepada aktiviti pembersihan Kubur anjuran Blog uNiLLY's bersama Belia uNiLLy's
Pembayaran Boleh Dibuat kepada wakil kami
Anda dijemput beramai ramai kemajlis amal ini. semoga sumbangan anda akan mendapat berkat dibulan yang mulia ini.
sebarang pertanyaan sila hubungi wakil pengelola program :
sdr Nasir :012-6037466
sdr Roslan: 017 3336557
Beberapa Info Berguna Berkenaan Malam Al-Qadar

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :-
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Thursday, September 10, 2009
jejak kasih uNiLLy's.... hehe.. jangan marah!!
di harap bersempena dengan kehadiran Aidilfitri marilah kita bermaaf maafan begini bagi mengukuhkan lagi pertalian diantara kita...
ucapan Aidilfitri uNiLLy's
Crew Blog uNiLLy's juga ketika ini sedang melakukan rondaan dan kunjungan kebeberapa tempat.
InsyaAllah kami akan cuba ketempat anda. sekiranya tidak berkesempatan.. kami memohon ribuan ampun dan maaf.. kami lakukan setakat yang kami mampu.
adalah amat diharapkan sekiranya anda mampu untuk merakamkan ucapan aidilfitri anda atau keluarga anda atau sesiapa sahaja warga uNILLy's melalui video camera atau handphone anda dan di emailkan terus kepada saya... bagi meringankan lagi kerja kami! kesudian anda dalam membantu kami amatlah dihargai!
Crew Blog uNiLLy's Yang sedang melakukan rondaan ketika ini ialah:
- Razali
- Najib
- Nasir
- Zahir
- Roslan
contoh video kami sertakan dibawah ini. anda boleh menghantar video serius, lawak, sedih, sebak,kejutan, nyanyian atau apa jua yang anda fikirkan sesuai dengan cara anda untuk menyampaikan ucapan anda.
selamat hari lahir..
selamat hari lahir..
selamat hari lahir..
Wednesday, September 9, 2009
Qiamulail @ uNiLLy's bersama ustaz Badrul Amin
Program ini dibuka kepada semua tidak kira lelaki mahupun wanita bermula 09.09.09
berikut adalah jadual program mengikut kawasan yang ditetapkan.
09 - Bkt Antarabangsa. Kuliah Iftar KAFA.
09 - Ampang. Trawih & Tazkirah Masjid Bkt Indah.
10 - Bkt Bruntung. Kuliah Asar Kilang Ingress.
10 - Rawang. Taraweh & tazkirah Masjid Sg Buaya. Qiyamullail.
11 - Qiyamullail. 3.30 pg Masjid Sg Buaya.
11 - S Alam. Trawih & Tazkirah & Qiyamullail Masjid Nahdah Seksyen 18.
12 - Qiyamullail. 3.30 pg Msjd Nahdah Seksyen 18 S.Alam.
12 - Kepong. Masjid alfaizin Tmn Desa Jaya. Buka puasa trawih, tazkirah & Qiyamullail (sahur disiapkan jam 5.15 pagi).
13 - Qiyamullail. 3.30 pg masjid Faizin Tmn Desa Jaya Kepong (sahur disiapkan jam 5.15 pg).
13 - Kajang. Kuliah Duha 10 pagi Surau Tmn Sutera.
13 - Petaling Jaya. Trawih & Tazkirah Msjd Dato Hj Kamaruddin Jalan 222 Petaling Jaya.
14 - Qiyamullail. 3.30 pg Masjid TTDI Jaya.
14 - Bt Caves. Trawih & Tazkirah Msjd Amaniah & Qiamulail.
15 - Qiyamullail. 3.30 pg Msjd Amaniah Bt caves.
15 - Sri Qombak. trawih & tazkirah Msjd Sri Gombak & Qiamulail.
16 - Qiyamullail. 3.30 Msjd Seri Gombak.
semua dijemput hadir beramai ramai. harap tiada perempuan yang kecewa kerana program ini kami anjurkan termasuk untuk perempuan. jadi tidak timbullah soal program untuk lelaki sahaja seperti sebelum ini kan??
p/s : kami nak tengok kehadiran wanita wanita.. terutama yang banyak bunyi sebelum ni... haha
Monday, September 7, 2009
Dana diperlukan !!
Oleh yang demikian Kami bercadang untuk membeli Batu bata, cat dan beberapa barang keperluan yang lain bagi memperbaiki lagi keadaan kubur tersebut.
Anggaran bagi memperbaiki kubur tersebut dianggarkan diantara RM500.00 manakala baki dari perbelanjaan ini akan kami gunakan untuk membeli surah yasin (arwah uNiLLy's) untuk disedekahkan pada masjid / surau
segala sumbangan bolehlah disalurkan kepada sdr Najib dan sdr Zahir.
untuk keterangan lanjut sila hubungi :012-9786 077 / 017-2075 298
tahniah buat sdr Majid dan pasangan
Blog uNiLLy's mengucapkan tahniah buat pasangan Majid bin Veerankutty dan pasangannya yang dikurniakan anak perempuan hari ini pada jam 11:30 pagi di hospital bersalin Ampang yang dilahirkan secara normal.bayi yang diberikan nama Khadijah wafa 'ishi Bersempena tarikh lahir yang sama dengan arwah ibu sdr majid iaitu Khadijah binti Hussin yang juga lahir pada tarikh hari ini.
semoga kelahiran putri sulung mereka ini akan menambahkan lagi rezeki dan keberkatan buat mereka semua. amin!
Saturday, September 5, 2009
selamat berjaya buat para pelajar UPSR!

Pada hari selasa ini peperiksaan penting buat pelajar tahun 6 akan bermula. Blog uNiLLy's mengucapkan selamat berjaya buat anak anak uNiLLy's yang bakal menduduki peperiksaan ini bermula selasa ini.
semoga berjaya.. Marilah kita bersama sama mendoakan kejayaan yang cemerlang buat mereka. semoga mereka dapat menjawab segala soalan soalan dengan tenang dan mudah.amin!
Friday, September 4, 2009
selamat hari lahir..
BLOG uNiLLy's mengucapkan.....selamat hari lahir kepada Noor Nadiah binti Asraf pada 4 september 2009 (19) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia disamping keluarga tercinta.ucapan dari warga uNiLLy's
selamat hari jadi kepada noor nadiah binti asraf yang ke-19 pada 4 september...semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dirahmati allah sentiasa.
dari pada: fazeelah farok (ipoh)
fazeelahfarok@yahoo.com
Wednesday, September 2, 2009
program kacau dodol atau halwa??

Pada tahun ini mula kedengaran suara suara yang inginkan perubahan. ramai berpendapat program kacau dodol yang diadakan setiap tahun kali ini ditukar kepada program kacau Halwa.
Program Gotong Royong Membersihkan Kubur
Seperti setiap tahun program membersihkan kubur dirancang untuk diadakan secara besar-besaran.Kali ini kami bercadang untuk mengecat,membina semula serta mencantikan lagi kawasan kubur dan persekitarannya.
Tuesday, September 1, 2009
man utd cemerlang!!!!....arsengal sengsar!!!....liverfool berpeluh!!...chelsial berbulan madu.....


Bulan madu Carlo Ancelotti dalam Liga Perdana England (EPL) berterusan selepas pasukan bimbingannya, Chelsea mencatat kemenangan 3-0 ke atas Burnley di Stamford Bridge, semalam.....
Pasukan dari barat London itu mengekalkan rekod bersih tanpa kalah atau seri semalam dengan memperoleh gol menerusi Anelka, Ballack dan Cole....(bergembira lah sehingga krismas!!....happy new year tok man utd je)....hahaha
Sementara itu, Liverfool bangkit secara mati-matian daripada permulaan hambar awal musim dengan menewaskan Bolton Wanderer 3-2 di Stadium Reebok.....
Biar pun dua kali ketinggalan, pasukan bimbingan Rafa Benitez itu berjaya menyamakan kedudukan menerusi Johnson dan Torres sebelum Gerrard menjaringkan gol kemenangan di penghujung permainan...
kemenangan ini adalah disebabkan sorang pemain bolton dikenakan perintah keluar padang.....jika tidakmesti sudah kalah....hahaha


Sementara itu, pada perlawanan dua gergasi EPL antara Manchester United dan Arsengal, menyaksikan Arsenal tunduk malu kepada The Red Devils 2-1...Gol sendiri pemain Arsengal,
Diaby pada m-63 membolehkan United menang selepas menambah jaringan awal Wayne Rooney pada m-58 walaupun Gunners mendapat gol awal daripada Andrey Ashavin,,,,
"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."


