Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Friday, September 18, 2009

Gotong Royong Hari ini....

Diminta kepada semua warga uNiLLy's yang berkenaan meluangkan sedikit masa bersama kami untuk bergotong royong membersihkan dan memperbaiki beberapa kubur yang semakin uzur di tanah perkuburan islam selayang lama hari ini

program tersebut akan dimulakan selepas solat jumaat. semua diminta supaya terus berkumpul ditanah perkuburan sejurus selepas solat jumaat.
sementara itu Ajk program gotong royong ini sdr Najib dan beberapa yang lain telah melawat sekali lagi tanah perkuburan itu bagi memastikan secara terperinci segala kerja kerja yang perlu diselesaikan.

mereka juga telah memulakan tugas mereka sejak semalam dengan menyediakan pelbagai peralatan bagi memudahkan semua urusan disamping membuat pesanan Batu Bata dan lain lain lagi untuk digunakan hari ini.

Diharap anda tidak keberatan untuk bersama sama kami disamping beramal di bulan yang penuh barakah ini.

semoga Allah membalas niat ikhlas anda semua... amin!

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."