mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Monday, September 14, 2009

Program Takbir Raya Dan BBQ uNiLLy's

Seperti tahun tahun sebelum ini Program BBQ uNiLLy's akan diadakan seperti biasa pada malam Aidilfitri. Pada Tahun ini Jawatankuasa Program Blog uNiLLy's Mendapat jemputan Dari Sdr Razak dari Taman Jasa untuk mengadakan Program ini di kediamannya.

Tahun Lalu Program ini diadakan dengan jayanya dirumah Hj Abdullah di Kg Laksamana.
Pihak penganjur telah merangka beberapa program program menarik pada malam tersebut.Antaranya Takbir Raya yang buat kali pertama dicadangkan.

InsyaAllah Program ini akan diadakan setiap tahun dirumah wakil uNiLLy's yang menjemput kami.

Semua warga uNiLLy's dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program kami.
kepada yang ingin menyumbang dari segi tenaga, makanan dan wang ringgit adalah amat dialu alu kan!

tarikh program adalah seperti berikut:

tarikh: 19 september 2009
Hari : sabtu
tempat:Kediaman Sdr Razak di Taman Jasa, batu caves

Masa: selepas solat isyak

Terima kasih kepada Sdr Razak kerana sudi menjemput kami untuk mengadakan program takbir perdana dan BBQ uNiLLy's 2009 ini.

3 comments:

Anonymous said...

wow!!!.... nk join la

Anonymous said...

bagi alamat

blogger said...

call je najib atau razali.. wat per nak iklankan alamat umah sume kat sini...huhu

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."