Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Saturday, May 31, 2008

latihan badminton!


kepada semua warga unilly... kepada sesiapa yang berminat untuk bersama sama kami pada malam ini untuk latihan badminton adalah dialu alukan.

masa 9:00 -11:00 malam ini
tempat: tingkat 5 selayang mall

gambar dalam kaabah!

wallahuaalam..... ni mail yang saya terima.... mungkin ada yang edit gambar ni ke atau memang gambar betul wallahuaalam... saya hanya sampaikan.. kalau betul.. beruntung lah kita!

rahsia solat yang mungkin anda tidak tahu!



Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.


· Untuk menghilangkan stress,Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.

· Untuk pelembab,agar awet muda,gunakanlah senyuman. Tidak hanya dibibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah
memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku). (HR Ahmad).- DOA
TENGOK CERMIN


· Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan,dan air putih.

· Untuk mengembangkan diri,sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua'laikum wr wb......... ..


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......


1 -Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 -Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 -Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 -Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 -Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 -I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 -Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 -Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 -Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 -Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.

11 -Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 -Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 -Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :


"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!"


Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sebaik-baik manusia itu adalah
mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

mesyuarat tertangguh!

kami memohon maaf pada yang hadir pada malam tadi kerana perbincangan mengenai liga futsal unilly tidak dijalankan diatas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan! sdr nizam pula tidak dapat
menghadirkan diri kerana menyambut kalehiran cahaya mata ! apa pun kehadiran malam tadi diluar jangkaan! tahniah dan terima kasih pada yang hadir... insyaAllah pada jumaat depan kita harap dapat menjalankan mesyuarat ini ! walaubagaimanapun latihan tatap berlangsung seperti biasa.. kepada yang hadir malam tadi sudi sudi lah hadir setiap minggu!

nizam bersyukur....


Semalam lebih kurang 11.10 pm isteriku telah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan berat 2.7 kg. First time kat dalam labour room nak sambut bayi rase cam takut gak..tapi aku kuatkan gak semangat n akhirnya dalam 11.10 pm lahirlah bayiku..Syukur kepada Allah segalanya lancar.. Thanks-
ihsan daripada: (http://amirulnizam.blogspot.com/)

Friday, May 30, 2008

foto baby boy pasangan ibrahim (kajang)


inilah foto terkini anak pasangan ibrahim dan isteri yang saya perolehi sebentar tadi. menurut sdr ibrahim isterinya akan berpantang di rumah mentuanya di rinching.

mesyuarat futsal malam ini

kepada semua kaki bola harap tidak ketinggalan untuk bersama kami di sports planet pada pukul 9:45 mlm ini untuk mesyuarat liga futsal seterusnya selepas itu seperti biasa latihan futsal akan diadakan. terima kasih!

tahniah buat nizam dan pasangan

keluarga unilly menerima satu lagi ahli baru malam tadi apabila pasangan nizam(sg buloh) dan isteri mendapat baby gurl pada jam 11:00 mlm. tahniah diucapkan buat mereka .. semoga terus dimurahkan rezeki buat pasangan bahagia ini... amin!
(gambar menyusul)

Tuesday, May 27, 2008

tahniah sdr ibrahim & farah!


keluarga unillys menerima satu lagi kehadiran ahli baru apabila pasangan sdr ibrahim.. pn farah selamat melahirkan baby boy yang comel seberat 3.7kg pada pukul 3:45 pagi tadi. semoga dengan kelahiran ini ahli baru dalam keluarga sdr ibrahim ini akan menambahkan lagi keberkatan dan kegembiraan serta dimurahkan lagi rezeki buat mereka.. amin!

sayangi gigi kita........


sayangi gigi anda... jaga betul betul gigi tu... kalau tak... inilah nasib....heheheh

LIGA FUTSAL UNILLY


Berita baik untuk semua kaki bola... dalam survey yang diadakan majoriti warga unilly nampaknya bersetuju dan bersemangat liga futsal unilly diadakan! jadi sebagai langkah pertama mesyuarat pertama penubuhan liga futsal akan diadakan pada hari jumaat ini di sports planet sungai buloh pada jam 9:45 malam... anda dijemput untuk bersama sama kami pada mesyuarat itu dan seperti biasa pada hari jumaat para pemuda unilly akan mengadakan latihan futsal disana. so pada sesiapa yang nak join pun boleh setiap jumaat game start tepat pukul 10:00 malam... setiap jumaat!
untuk maklumat lanjut sila hubungi :

sdr nizam 012-6584403
sdr najib 017-2075298
sdr nasir 012 -6037466
sdr zahir 012-9786077

p/s buat sdr bukhari... tolong war warkan pada konco-konco anda....heeheh datang ek!

Monday, May 26, 2008

unilly ke umrah


sdr abd rahim selaku penganjur ingin menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah umrah pada 16 ogos ini.
anggaran kos ialah lebih kurang RM5000.00
kepada sesiapa yang berminat diminta sms kan nama dan no ic / pasport ke no sdr rahim 012-5063369
beliau juga berharap agar warga unilly dapat bersama sama menyertai program ini sambil meminta agar mewar-warkan kepada seluruh warga unilly yang lain!

futsal unilly di sinar harian




futsal unilly yang telah berlalu masih mendapat liputan dari akhbar tempatan. terkini akhbar no1 popular masakini sinar harian memaparkan gambar finalis unillys futsal dalam satu ruangan berita mereka. untuk rekod finalis futsal ialah porto vs stuttgurt yang berkesudahan porto menjuarai kejohanan kali ini! tahniah!

Sunday, May 25, 2008

selamat pengantin baru!


selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan pengantin Hasmidah Binti Mohamad dengan Nausad Bin Mohideen yang melangsungkan perkahwinan pada hari Sabtu, 24 Mei 2008 bersamaan dengan 19 JamadilAwal 1429H di No. 28, Jalan 5/11, Bandar Tasik Kesuma,43700 Beranang Selangor D.E. semoga berbahagia hingga keanak cucu! amin...

personaliti minggu ini


salam hormat buat semua.. setelah hampir 2-3 minggu saya kurang aktif disebabkan masalah kesihatan. minggu ini saya ingin memperkenalkan segmen baru dalam blog ini iaitu 'personaliti minggu ini'. di mana saya akan cuba mendapatkan serba sedikit mengenai tokoh tokoh atau personaliti dalam keluarga unniammu...

Untuk minggu permulaan ini saya mulakan dengan memperkenalkan personaliti pertama saya iaitu Fatimah bt unniammu yang juga puteri sulung kepada papa unniammu dan mama kaujoo. mama fatimah atau lebih mesra dengan dengan panggilan 'batu caves mama' dilahirkan pada 1919 yang kini usianya mencecah 89 tahun juga antara insan yang paling tua dalam keluarga uniammu ketika ini.
mama batu caves telah mendirikan rumah tangga pada usia 13 tahun bersamaan 1932 dengan jejaka malbari yang bernama koya.(gambar) hasil perkongsian hidup mama dengan papa koya telah dikurniakan 9 putera dan 2 puteri.

  1. veerankutty (1936)
  2. abu bakar (1941)
  3. kassim (1944)
  4. yusof (1946)
  5. zainab (1948)
  6. mohammed (1949)
  7. abdul kadir (1954)
  8. musa (1956)
  9. hamzah(1959)
  10. mohd abbas (1961)
  11. kathijah (1963)
mama adalah seorang yang sangat penyabar dan amat perihatin terhadap perkembangan semasa keluarganya.. hasilnya kesemua anak anak beliau terlibat dalam perniagaan restoran dan kedai runcit dan rata ratanya berjaya dalam perniagaan mereka... tradisi ini masih diwarisi oleh cucu cucunya yang meneruskan perniagaan hingga ke hari ini! tidak kurang hebat juga apabila ada diantara cucunya yang berjaya dalam bidang pelajaran sehingga ke tahap 'master' dan dalam persediaan keperingkat PHD!

mama juga terkenal dengan keupayaanya mengubati kanak kanak dan orang sakit sejak dahulu lagi.. setelah papa kembali ke rahmatullah ... mama meneruskan kehidupan dengan anak anak... sehingga kini mama masih gagah mengharungi hari tua beliau..

ketika ditemuramah dirumah anaknya ... kata mama" apa yang saya mahukan sekarang ialah seluruh warga unilly ini perlu bersatu... jangan lah kita bermasam muka diantara satu sama lain kerana hidup ini adalah singkat wang dan harta hanya mimpi indah dunia.... perhubungan yang baik sahaja akan mengekalkan memori indah kita sehingga bila bila! jadi harapan saya ialah kepada sesiapa yang ada salah faham diantara satu sama lain tu... selesaikanlah dengan cara baik... jangan sampai anak anak anda pun ikut sama cara anda... itu tidak betul... cukup lah... hentikan semua...marilah kita bersatu" kata mama dengan suara lantang!

tahniah!

seorang lagi warga unillys akan melanjutkan pelajaran di IPTA di utara iaitu di arau perlis. tahniah buat saudari nazirah yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang sains fizikal di matrikulasi arau mulai esok. semoga harapan dan cita-citanya tercapai. amin...

Saturday, May 24, 2008

Takutlah ghibah

Takutlah ghibah(mengumpat) ia lebih buruk dari zina. lelaki berzina lalu bertaubat,Allah menerima taubatnya... sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpanya itu memaafkannya!..... nauzubillah! di kesempatan ini saya ingin meminta maaf sekiranya saya mengumpat atau terumpat anda semua samaada secara kebetulan atau tidak.... saya hanya insan yang lemah sesungguhnya manusia itu sering kali melakukan kesilapan... sekali lagi saya ingin memohon ampun dan maaf pada semua.. sampaikan sampaikanlah pada teman teman yang lain... sama samalah kita bermaaf-maafan


Thursday, May 22, 2008

RAHSIA TAHI LALAT

Masyarakat pada zaman dahulu mengenalseseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.malbari pulak tak taulah cemana..... ini Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.


Bagian Badan Firasat
bibir atas kanan banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah tercapai cita-cita
biji mata kanan suka serong dan pembohong
biji mata kiri pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri baik budi, murah rezeki
punggung kanan agak mengalami kesulitan
punggung kiri malas dan suka duduk
betis kanan suka berhibur, boros
betis kiri rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutt kiri kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang jujur, sabar dan tekun
kening kanan cerdas dan cekap
kening kiri cerdas, sopan santun
tengah kening keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri suka berpoya-poya
ketiak kanan dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri kehendak kuat
batang hidung banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung banyak rezeki
dagu bawah kanan jujur dan baik hati
dagu bawah kiri bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) bakal beristeri 2
tumit kanan jujur dan banyak kawan
tumit kiri baik budi
alis kanan suka menolong, baik hati
alis kiri ramai yang suka
pangkal peha kanan kemahuan kuat
pangkal peha kiri suka kerja apa pun
telapak kaki kanan tak mudah mengeluh
jari kaki kanan suka menolong
jari kaki kiri berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan setia dan taat pada atasan
lengan kiri menepati janji dan rajin
pipi kanan ramai teman
tengah-tengah pipi kanan ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri ramai teman
ubun-ubun kurang jujur
pusat cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri beroleh kemliaan
pinggang kanan sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri disayang pasangan hidup
dada kanan dapat mengatasi masalah
dada kiri berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri baik budi pekertinya
siku tangan kanan kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri baik hati, suka menolong
jari tangan kanan serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah agak malas
kelopak mata kiri bawah agak bodoh, kurang bijaksana


Tuesday, May 20, 2008

blog warga unilly

kepada semua warga unilly yang punyai blog atau website sendiri dialu alukan untuk menghantarkan link website/blog anda pada email unilly_2008@yahoo.com saya akan membuka satu link di blog unilly yang dapa memudahkan semua berhubung diantara satu sama lain.

anda juga amat dialu alukan untuk menghantar sebarang bentuk berita,nasihat, pesanan, sebarang ucapan, resepi masakkan, jemputan majlis keramaian atau idea idea dan pendapat ,di email saya ini supaya saya dapat menambah baikkan blog ini dari masa kesemasa!

kepada sesiapa yang menerima sebarang berita yang anda rasa perlu dimasukkan di blog harap kalau boleh sms jer kat no hp saya atau pun email secepat mungkin


p/s jangan hantar email fwd! (yang tiada faedah)

tahniah buat zakiah & mohd khairul(ittachu)

TAHNIAH KEPADA SITI ZAKIAH ABU BAKAR YG TELAH SELAMAT MELAHIRKAN BABY
GURL PADA 15 MAY 2008. SEMOGA REZEKI DAN KESIHATAN KELUARGA ZAKIAH DAN
SUAMINYA MOHD KHAIRUL BERTAMBAH BAIK.

Saturday, May 17, 2008

bukan rasuah! tapi kami sengaja tewas pada lyon!


dalam sidang akhbar mengejut yang diadakan oleh sdr razali bersama semua wakil pemain lewat malam tadi akuinya "memang kami sengaja tewas dengan jaringan yang besar pada lyon! itu adalah antara lakonan kami dan bantahan kami pada salah seorang wakil pihak penganjur yang sayangkan man utd di lyon! itu yang kami mahu... biar dia malukan pasukan kesayangannya (man utd) sendiri...
pada kami sebenarnya bukan susah nak menang dgn lyon...tetapi kami mahu ajar 'orang' ini! sedangkan dgn stuttgurt dan fenerbache pun kami sengaja kalah tipis... ini kan lyon yang diwakili para pemain mentah-mentah belaka!... ini semua lakonan kami! dan cara kami membantah! itu sahaja! jadi kepada penyokong kami harap cara ini sebenarnya untuk 'mengajar' pihak penganjur yang 'sombong' itu sahaja...so jangan marah dengan prestasi kami kali ini... jumpa lagi musim depan...insyaAllah!"

nama man utd dibubarkan!

terkini!!!!!
pasukan unilly's man utd secara rasminya mengumumkan pembubaran nama 'man utd' dari pasukan mereka kerana mereka menolak logo syaitan pada lambang mereka!
dalam sidang media tergempar yang diadakan malam tadi sdr razali berkata"kami dari awal menyatakan kebencian kami terhadap man utd, kami juga telah memohon pada pihak penganjur agar menukar nama pasukan kami beberapa kali.... tetapi ditolak tanpa alasan.." sebagai menunjukkan bantahan dari kami.. kami sengaja tewas dalam kesemua perlawanan kami...buat apa kami nak menangkan pasukan ada lambang syaitan?" ditanya kenapa sebelum hari perlawanan, man utd begitu yakin dalam berita berita yang disiarkan diblog unilly dan tidak menunjukkan bantahan, katanya " kami tidak mahu mengeruhkan keadaan sebelum kejohanan berlangsung...biarlah kami yang menanggungnya....walaupun kami sengaja tewas tetapi kami tidak mahu dibelasah kerana kami masih menghormati pasukan chelsea dan liverpool kerana kami memakai jersi chelsea dan menggunakan khidmat pemain liverpool.... anda boleh tanya mengapa menghormati chelsea yang menggunakan khidmat pengurus israel... jawapan saya senang sahaja... saya hormati chelsea bukan kerana pengurusnya.. bahkan pengurusnya bukan selama lamanya akan bersama chelsea..tapi lambang syaitan akan kekal selama-lamanya bersama man utd" tambahnya lagi "selepas ini kita akan berbincang untuk memutuskan nama baru pasukan kami... yang penting sebagai umat islam ...buat apa kita nak mengagung agungkan pasukan yang mengagungkan logo syaitan tu... betul tak? anda semua bagaimana?" katanya dengan nada yang tegas.

anda semua bagaimana? nyatakan pendirian anda wahai umat islam yang tercinta... hantarkan comment anda...... hahahahah

malaysia hebat!





pasukan malaysia yang rata ratanya diwakili muka baru iaitu sdr azmi dan rakan rakan selepas semua wakil malaysia menarik diri pada saat akhir.. nyata memberikan saingan yang cukup mantap! dan menyelamatkan maruah pasukan malaysia.... walaupun pada mulanya pasukan ini bukan pilihan tetapi semuanya berubah apabila satu pasukan baru dibentuk pada saat akhir yang berjaya mencuri tumpuan 'kaki bola' di frenzy futsal tempoh hari dengan persembahan diluar jangkaan mereka! pasukan menjadi naib juara kumpulan b dan seterusnya mendapat tempat ke3 kejohanan selepas menewaskan pasukan pilihan fenerbache! adalah tidak mustahil untuk menyatakan pasukan malaysia juga sebenarnya punyai peluang ke final! tetapi stuttgurt nyata tidak membiarkan mereka dimalukan! apapun janji pasukan malaysia...." nantikan kami musim hadapan! kali ini kami membuat persiapan saat akhir... tapi musim depan...awas semua!"

uniammu f.c puas!


para pemain uniammu f.c ternyata berpuas hati dengan persembahan mereka tempoh hari.. ketika ditemuai para pemain berkata" walaupun kami tidak diberi harapan oleh sesiapa tapi kami berjaya menunaikan janji kami dalam blog unilly untuk menggegar lawan ! kami sangat berpuas hati dendan pencapaian kami yang memduduki tempat ketiga dalam kumpulan b! oleh itu kami ingin memberi sedikit amaran kepada pasukan lain agar lebih bersiap sedia musim depan kerana kami pasti akan mempertahankan maruah unniammu f.c. kepada porto tahniah anda juara musim ini! tapi musim depan ......... lupakan !!!"








(para pemain uniammu f.c selepas tamat kejohanan)

alahai real madrid!!



ketua pasukan real madrid,sdr abbas dengan nada sedih mengatakan bahawa pada kejohanan unilly cup dia dan penrancang tengahnya iaitu sdr razak menghadapi masalah gaut..ini menyebabkan pengurus terpaksa menyerahkan tugas penyerang kepada sdr jamal disebabkan sdr jamal terlepas dari penyakit itu setelah menerima rawatan daripada sdr basir n sdr abdul rahim minggu lepas... tetapi sungguh menyedihkan apabila real mdrid terpaksa menerima hakikat apabila hanya mampu menang 1 perlawanan sahaja lebih teruk lagi apabila kami menjadi pasukan belasahan akibatnya pasukan kami dibolosi 18 gol! penjaga gawang veteran kami sdr hassan nyata tidak lagi berbisa! apapun kami berjanji akan bangkit pada kejohanan akan datang!

terbukti!



sdr najib telah membuktikan kepada penyerang utama fenerbahce iaitu sdr man bahawa stuttgart akan menewaskan fenerbahce pada perlawanan pembukaan group A..perlawanan itu dimenangi stuttgart dengan jaringan 2-0..pada perlawanan itu sdr man tidak dapat menembusi kubu terakhir stuttgart menyaksikan kehebatan sdr najib yang mengawal dengan mantap pintu gawangnya dari dibolosi...

stuttgart cabar porto!


stuttgart telah mencabar porto untuk perlawanan ulangan finaL unily cup..tetapi ini untuk mengutip dana peruntukan amal jariah bukan untuk membalas dendam..ini kerana para penonton amat terhibur dengan corak permainan kedua-dua pasukan yang dikatakan ala brazil vs argentina..amacam porto? are u ready????

latihan futsal

(kemaskini 1:00am 17/05/08)

kepada semua yang berminat untuk bersama sama kami untuk latihan futsal anda dijemput hadir setiap hari jumaat... tempat akan diberitahu di blog ini pada setiap hari jumaat harap maklum!



hari: jumaat (setiap minggu)
masa 10:00 malam
tempat : akan diberitahu setiap hari jumaat samaada di frenzy futsal /planet sport/ sri damansara

jogging sambung balik!

kepada semua pemuda unilly diharap dapat menghadirkan diri mulai isnin ini, seperti biasa kita akan kembali menjalankan acara jogging seperti biasa setelah berehat lebih seminggu! diharap semua dapat menwar-warkan kepada yang lain!

hari : setiap hari (mulai isnin ini)
masa : 8:45
tempat : taman metropolitan kepong

Thursday, May 15, 2008

kecewa tapi bangga-najib



`najib berasa sedih dan kecewa kerana stuttgart telah tewas kepada porto pada final unily cup melalui penentuan sepakan penalti 2-1 apabila masa sebenar perlawanan telah tamat dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1..tetapi dia berbangga kerana setelah menghadapi 2kejohanan unilly cup dia tidak pernah kecundang..rekod tanpa kalah selama 13perlawanan dipegang oleh najib dan ikbal sahaja..najib berkata"saya sedih kerana tidak dapat mengekalkan kejuaraan tetapi saya masih mengekalkan rekod tanpa kalah iaitu 13perlawanan bg 2kejohanan,saya amat berharap dapat melebarkan rekod ini kepada 20perlawanan pada kejohanan akan datang"..

Wednesday, May 14, 2008

futsal liga unilly

saya telah menerima respon yang baik dari kalangan warga unilly sebaik sahaja berita tentang pasukan bola sepak unilly disiarkan... saya tertarik dengan permintaan sdr jaafar dan nizam yang mencadangkan agar diadakan liga futsal unilly. dimana setiap minggu perlawanan akan diadakan dan sekurang kurangnya dengan 5 kumpulan untuk permulaan... saya rasa ini satu idea yang baik dan mungkin juga titik permulaan kita kearah yang lebih cemerlang! saya merasakan perkara ini perlu disegerakan ... kepada yang berminat saya sarankan supaya memberikan sokongan yang penuh kepada kami!

saya juga berharap agar sdr jair, sdr najib ,sdr nasir berbincang dengan segera usul ini dan membawa ke ajk futsal unilly untuk dibincangkan!

Tuesday, May 13, 2008

pasukan bola sepak unilly

setelah kejayaan unilly champion cup baru baru ini... kini satu idea baru telah tercetus untuk menubuhkan pasukan bolasepak unilly yang mantap. setelah tamat kejohanan tempoh hari ... saya mendapati ramai dikalangan para pemain kita menunjukkan permainan yang cukup hebat dan cadangan yang saya terima dari kalangan veteran ialah untuk menubuhkan sebuah pasukan yang mantap! jadi kepada para pemain tempoh hari.. anda dijemput untuk memberikan nama dan no telefon anda kepada wakil bola sepak kami iaitu

sdr zahir - 012 978 6077
013 404 0179

sdr najib - 017 207 5298

sdr nasir - 012 603 7466

adalah amat diharapkan para pemain dapat memberi maklum balas secepat mungkin. insyaallah kami bercadang menjadikan pasukan ini satu pasukan yang hebat dan mantap oleh kerana itu kami memerlukan 22 pemain yang benar benar mampu memberikan komitmen kepada pasukan demi membawa nama unilly ini keperingkat yang lebih tinggi. di harap para pemain pasukan pasukan futsal yang membaca berita ini agar dapat menyampaikan masej ini kepada semua kerana kami akan mengumpulkan semula para pemain ini untuk pemilihan di satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

pasukan bola sepak ini akan dijalankan secara profesional dengan penaja penaja dikalangan unilly juga bersedia membantu dari segi kewangan dan lain lain. diharap dapat memberikan perhatian dan hubungi wakil kami segera! terima kasih!

aksi terlampau!


bekas penyerang berbisa sdr abd rahim nyata memberikan aksi yang terlampau hebat apabila perlawanan klasik veteran pada kejohanan unillys champion ahad lalu! menurut sdr rahim" saya cukup berbangga kerana dapat beraksi dalam perlawanan yang cukup bersejarah ini! saya berharap dengan penampilan saya ini akan terubat lah rindu peminat peminat saya terhadap saya" katanya yang menjaringkan gol sendiri pada saat akhir perlawanan itu. ditanya pengalaman menjaringkan gol sendiri... katanya "ia sesuatu yang biasa saya lakukan apabila sudah bosan dengan pasukan saya!" katanya lagi

cadangan bercamping..


sdr mutalib semasa kejohanan unilly champion cup ketika ditemui menyatakan hasratnya untuk menganjurkan camping dalam masa terdekat ni...katanya"masa tengah rehat tadi, timbul idea nak buat camping lepas kahwin Asmida
maybe in middle june, location JandaBaik
Berminat sila reply... kalau ada sambutan kita buat kalau takde kita gohead next project.
Ada satu tempat dijanda baik begitu privicy
ada chalet,dewan, tepi sungai serta boleh buat junggle tracking pada waktu malam
serta kalau nak daki gunung nuang pun boleh (nak makan nasi dalam buluh???) cecah ikan sungai yang baru dikail????
Ini hanya cadangan sahaja just nak tengok respoon....." katanya ketika ditemui...

jemputan untuk warga unilly

Assalamualaikum

Walimatul Urus

Mohamad Bin Meerah dan Khalijah Bte K. Moidu
dengan segala Hormatnya mempersilakan

Semua ahli keluarga Unilly
untuk memeriahkan majlis pernikahan puteri kami

Hasmidah Binti Mohamad

dengan

Nausad Bin Mohideen

pada hari Sabtu, 24 Mei 2008 bersamaan dengan 19 JamadilAwal 1429H

di kediaman kami beralamat -

No. 28, Jalan 5/11, Bandar Tasik Kesuma,
43700 Beranang Selangor D.E.

Semoga dengan kehadiran semua akan menyerikan lagi majlis kami.
Terima Kasih dan Wassalam




Aturcara Majlis:
11.30pg - 12.00 t/hari : Nikah
12.00t/hari - 5.00 ptg : Jamuan Makan

Turut Mengundang:
Seisi keluarga

Untuk Pertanyaan sila hubungi :
Azman : 012-920 6955
Hamidah : 012-201 6695
Yahya : 012-278 6731
Tasyrif : 012-912 8795

saya tak jangka!


sdr mutalib menyatakan kekecewaannya kerana terlepas 16 gol sepanjang perlawanan kumpulan B...
katanya" saya cukup tidak menyangka akan terlepas gol yang sebanyak ini kerana sebelum ini saya tidak pernah mengalami nasib sebegini... apa pun pasukan lawan kami cukup hebat dan para penyerang pasukan lawan memang hebat hebat belaka! saya bangga unilly punyai pemain pemain yang cukup berbakat dan berharap para pemain yang punyai bakat ini supaya meneruskan lagi latihan dan usaha untuk menjadi pemain yang dikenali... kenapa tidak wakil unilly di pasukan kebangsaan?" katanya yang bangga dengan kemampuan para pemain unilly di kumpulan a dan b

keputusan dan kedudukan keseluruhan....








nizam berang!


sdr nizam dari man utd nyata berang dengan sikap pemain man utd yang tidak membantunya dibahagian serangan... katanya" saya sedikit kecewa apabila saya menguasai bola saya dikawal 3 pemain lawan dan tiada siapa yang dapat membatu saya... ini menyebabkan kami terpaksa menukar strategi beberapa kali" apapun katanya pada mulanya apabila bertemu stuttgurt kami hanya tewas 1-0 walaupun pasukan lain spt boca jr tewas 6-1 , fenerbache 2-0. "ini menyebabkan kami mula yakin cuma masalah kami ialah serangan tidak mendapat sokongan itu sahaja!" tambahnya lagi "walaupun tidak memenangi sebarang perlawanan tetapi kami tewas dengan jumlah gol yang tipis sahaja... seperti 1-0 dgn stuttgurt, fenerbache 1-0, boca jr 2-1, dan lyon 4-1... itu pun pada perlawanan dengan lyon kami sedikit tertekan kerana penjaga gol gantian sdr faizal tercedera!...gol bolos kami 8 akibat terlepas gol yang banyak ketika perlawanan dgn lyon...iaitu 4 gol! apa pun kesimpulan yang saya boleh buat ialah man utd kalah tapi chelsea dan liverpool penyelamat maruah man utd! terima kasih!" tambahnya lagi

adebayor unilly kecewa....


adebayor unilly sdr razak nyata kecewa dengan persembahan pasukannya yang menjadi pasukan belasahan... dengan melepaskan 13 gol dan hanya mampu menjaringkan 4 gol sahaja... "sesuatu diluar jangkaan kami... saya tak paham kenapa pasukan saya menjadi mangsa belasahan walaupun pada mulanya saya jangkakan man utd yang akan dibelasah!" menurutnya lagi "inilah kali pertama saya mengalami kekalahan yang seteruk ini dalam hidup saya, kekalahan ini akan saya jadikan pengajaran yang berguna kepada saya untuk diperbetulkan pada masa akan datang, tahniah kepada sdr tasrip dan rakan rakan dari porto kerana menjuarai kejohanan kali ini.... anda memang layak!" katanya dengan nada yang sedih...

strategi kami menjadi


"strategi kami berlakon bagaikan tidak serasi dan tidak bersatu nyata menjadi dan pihak lawan terperdaya dengan helah kami... "kata sdr tasrip ketika di temui pada hari kejohanan! "sebenarnya tiada apa diantara kami seperti yang digembar gemburkan sebelum ini di blog unilly ... sebenarnya ia adalah strategi kami supaya tidak dianngap sebagai pencabar digeruni, terima kasih jugalah kepada blog unilly yang memaparkan kami dalam keadaan yang amat menyedihkan.... hahaha kepada yang tertipu.... kami simpati terhadap anda! cuba lagi tahun depan!" kata sdr jabir pula

aksi perlawanan akhir unilly champion cup

stuttgurt vs porto dari kiri NAJIB, IBRAHIM, SALIM , IKBAL, HAFIS, YAAKOB, SYED,BUKHARI,TASRIP,SYAFIQ,JABIR,NORDIN


















































































































































Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."