Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Sunday, May 25, 2008

personaliti minggu ini


salam hormat buat semua.. setelah hampir 2-3 minggu saya kurang aktif disebabkan masalah kesihatan. minggu ini saya ingin memperkenalkan segmen baru dalam blog ini iaitu 'personaliti minggu ini'. di mana saya akan cuba mendapatkan serba sedikit mengenai tokoh tokoh atau personaliti dalam keluarga unniammu...

Untuk minggu permulaan ini saya mulakan dengan memperkenalkan personaliti pertama saya iaitu Fatimah bt unniammu yang juga puteri sulung kepada papa unniammu dan mama kaujoo. mama fatimah atau lebih mesra dengan dengan panggilan 'batu caves mama' dilahirkan pada 1919 yang kini usianya mencecah 89 tahun juga antara insan yang paling tua dalam keluarga uniammu ketika ini.
mama batu caves telah mendirikan rumah tangga pada usia 13 tahun bersamaan 1932 dengan jejaka malbari yang bernama koya.(gambar) hasil perkongsian hidup mama dengan papa koya telah dikurniakan 9 putera dan 2 puteri.

  1. veerankutty (1936)
  2. abu bakar (1941)
  3. kassim (1944)
  4. yusof (1946)
  5. zainab (1948)
  6. mohammed (1949)
  7. abdul kadir (1954)
  8. musa (1956)
  9. hamzah(1959)
  10. mohd abbas (1961)
  11. kathijah (1963)
mama adalah seorang yang sangat penyabar dan amat perihatin terhadap perkembangan semasa keluarganya.. hasilnya kesemua anak anak beliau terlibat dalam perniagaan restoran dan kedai runcit dan rata ratanya berjaya dalam perniagaan mereka... tradisi ini masih diwarisi oleh cucu cucunya yang meneruskan perniagaan hingga ke hari ini! tidak kurang hebat juga apabila ada diantara cucunya yang berjaya dalam bidang pelajaran sehingga ke tahap 'master' dan dalam persediaan keperingkat PHD!

mama juga terkenal dengan keupayaanya mengubati kanak kanak dan orang sakit sejak dahulu lagi.. setelah papa kembali ke rahmatullah ... mama meneruskan kehidupan dengan anak anak... sehingga kini mama masih gagah mengharungi hari tua beliau..

ketika ditemuramah dirumah anaknya ... kata mama" apa yang saya mahukan sekarang ialah seluruh warga unilly ini perlu bersatu... jangan lah kita bermasam muka diantara satu sama lain kerana hidup ini adalah singkat wang dan harta hanya mimpi indah dunia.... perhubungan yang baik sahaja akan mengekalkan memori indah kita sehingga bila bila! jadi harapan saya ialah kepada sesiapa yang ada salah faham diantara satu sama lain tu... selesaikanlah dengan cara baik... jangan sampai anak anak anda pun ikut sama cara anda... itu tidak betul... cukup lah... hentikan semua...marilah kita bersatu" kata mama dengan suara lantang!

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."