Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Monday, March 2, 2009

keputusan penuh (uNiLLy's senior) kejohanan abc Cup 2009

piala yang terlepas dari gengaman sebelah tangan kita.... namun begitu naib juara menerima medal berserta wang tunai RM 700.00


beberapa aksi pasukan uNiLLy's Senior semasa sedang beraksi pada kejohanan ABC cup anjuran KIMMA yang menyaksikan pasukan kita menjadi naib juara buat kali pertama selepas piala ini diperkenalkan.

pada tahun lalu pasukan kita telah tersingkir pada pusingan awal disebabkan tiada persiapan rapi dan perancangan yang betul bagi pasukan ini. namun selepas pelbagai kritikan, teguran dan rintangan yang dilalui pasukan unillys ini akhirnya membawa kepada susatu yang amat bermakna buat kita semua!

tahniah buat semua yang terlibat demi memastikan nama uNiLLy's tercatat dipersada arena sukan di bumi malaysia yang tercinta ini!!

kemenangan ini adalah hasil usaha sama semua pemain tidak kira dari pasukan senior atau junior kerana kedua dua pasukan ini diwujudkan bagi memastikan satu persaingan yang sihat dapat diwujudkan dikalangan mereka yang akhirnya terbukti kini!!!

jika diimbas kembali selepas kejohanan piala kimma pada tahun lalu.. pelbagai tomahan dan kritikkan dilemparkan pada mereka sehingga ramai yang tampil menawarkan diri untuk mewakili pasukan ini yang akhirnya pasukan ke-2 (unillys junior) telah diwujudkan.

sikap tuduh menuduh pula mula menular dikalangan para pemain. sehingga ramai mula kurang senang dengan cara ini. namun kesemua kekalutan ini akhirnya berakhir dengan pengabungan kedua dua pasukan ini.

bermula dari usaha tersebut beberapa pertukaran diantara kedua- dua pasukan sering dilakukan pada setiap kali latihan dan kejohanan bagi memastikan kekuatan yang seimbang dapat dicapai. alhamdulillah suara dari seluruh warga uNiLLy's akhirnya menjadi kenyataan sekarang!!!


keputusan bagi pasukan uNiLLy's senior

uNiLLy's senior vs MM a FC (3-2)
gol: Farhan 3

uNiLLy's senior vs Clasia A (3-0)
Gol: Bukhari , Ali , Hafiz

uNiLLy's senior vs PJ1 (3-0)
gol: Salim , Halim , Jabir
pusingan ke-2

uNiLLy's senior vs Myteam (2-1)
gol: Bukhari , Farhan

suku akhir

uNiLLy's senior vs Sangan F.c (2-1)
gol : hafiz , Farhan

separuh Akhir

uNiLLy's senior vs MMU A (4-1)
gol: Farhan 2, Ali , Bukhari

Akhir

uNiLLy's senior vs Pemuda MMU (0-2)


hidup uNiLLy's!!!!

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."