Saya cukup kecewa dari awal lagi kerana meraka ini tidak mahu berbincang dengan senior senior sebelum membuat sesuatu keputusan. begitu juga dengan cara pemilihan pemain juga jelas dibuat mengikut pilihan hati mereka tanpa dirujuk dan dibincang dengan pihak lain!
saya ucapkan syabas kepada pasukan uNiLLy's kerana berani tampil dengan pemain muda. apa yang saya harapkan ialah pada pemain muda ini mendapat pendedahan yang lebih bagi menghadapi saingan akan datang!
tahniah kerana berjaya memalukan standard pasukan unilly di luar sana... teruskan ber'poyo'... inilah padah kalau semua ikut kepala sendiri tanpa bincang dengan orang lain!
walaupun kecewa dengan keputusan tetapi saya bangga anak anak muda mampu memberi saingan pada kejohanan ini... harapan saya ialah jangan hampakan harapan kami pada kejohanan akan datang!
Saya berasa sungguh kecewa dengan kekalahan pasukan kita ini. pada khamis lalu sayabertanya kepada kepten pasukan unilly star iaitu adik saya sendiri mengenai prestasi pasukan.. dia kata team unilly power dan harapan untuk menjadi juara adalah cerah... tapi sekarang habukkk pun tarak!! malam tadi naib pengurus sdr rahim telh memberi peruntukkan tambahan bagi pasukan kita ini dengan harapan mereka akan mencapai sesuatu.. namun semuanya musnah begitu sahaja! saya ada mengajak kapten pasukan unilly agar menyertai kami trip ke pulau toman.. tetapi dengan angkuhnya dia menolak dengan alasan nanti penat dan boleh kalah . so.. sekarang tak pegi pun sama jugak yang pasti saya dan rakan rakan lain yang ke tioman lah untung kerana dapat menikmati keindahan pulau tioman... apa pun buat masa ini ucapan saya pada mereka ialah "better luck next time"
kecewa kerana pasukan unilly tidak mendapat kejayaan diharapkan walaupun ramai dikalangan unilly's adalah pemain yang berkebolehan... apa pun cuba lagi pada kejohanan akan datang!
bagi saya ... jangan salahkan ketiadaan penyokong punca anda tewas.. kalau macam tu macamana nak pergi jauh.. kalau nak harapkkan penyokong.. susahlah.. salahkan diri sendiri! cuba fikir dimana kesilapan, bincang dengan orang orang yang lagi tua dari anda.. tanya pendapat mereka.. suruh orang berkecuali pilih pemain pasukan bukan kita suka suka pilih. sebab dari apa yang saya lalui sebagia penulis blog ini ramai yang tidak berpuas hati dengan pemilihan pemain.. bukan sebab nak menyakiti sesiapa tetapi inilah realiti. cub bila buat sesuatu warwarkan pada semua.. minta pendapat.. pasti ada yang sudi memberi idea dan tenaga.. kerana kita satu keluarga... muzakarrah adalah penting demi menjamin kesehateraan dalam keluarga. maaf kalau ada ang tersinggung!
pulihkan segera harapan warga unilly pada anda... lakukan sesuatu demi menjamin martabat unilly dikembalikan pada kejohanan akan datang!
pada awalnya apabila saya mengikuti perkembangan mereka menerusi blog unillys saya cukup yakin mereka mampu melakukan sesuatu. selepas tamat kejohanan saya mendapat tahu bahawa kedua dua pasukan kita tersingkir.. kecewa sungguh! lakukan sesuatu dari kita terus dimalukan!
walaupun saya mampu berbangga anak saya sdr zahir menjaringkan 3 gol dalam kejohanan ini.. tetapi ini belum cukup bagi saya untuk mendabik dada kerana harapan yang saya letakkan pada anak saya adalah lebih tinggi. saya harap mereka lakukan sesuatu! ubah sebelum parah... ubah demi maruah!
buang masa betul... kalau macam ni baik aku jer main lagi ok....
cuba lagi dalam kejohanan aka datang.. saya yakin dengan kemampuan anda
kedua dua pasukan telah menunjukkan satu persembahan yang mantap dan menarik walaupun mereka kalah... mereka harus diberikan pujian kerana mereka masih muda dan telahbuktikan pasukan mereka mampu memberi saingan sengit
tahniah! saya juga pada kesempatan ini ingin meminta maaf kepada pasukan unilly kerana tidak menyertai asukan unilly sebelum ini kerana terikat dengan majikan saya.. harap semua faham.. dan jangan marah kat saya! 3 pasukan dari syarikat saya .. satu naib juara d lagi bertemu sesama sendiri di suku akhir!
saya berharap barisan pimpinan dapat melakukan perubahan dalam pasukan sama ada dari segi pemain, strategi atau apa juga demi memastikan kita menjuarai piala GEPIMA! saya mahukan piala GEPIMA!!!
saya masih bersedia menabur bakti bersama pasukan unilly... sekiranya diberi peluang saya akan lakukan yang terbaik.. bukan saya nak mengecilkan sesiapa .. cuma nak menawarkan diri.. tapi kalau ada yang anda rasa lebih baik dari saya.. saya ok jer...
kami kecewa kerana pasukan unilly terkandas diawal awal saingan.. namun harapan kami ialah agar anda tidak putus asa dan terus berusaha demi kejayaan kita bersama
kecewa! itu yang mampu saya katakan pada barisan pemain kita.. namun diharap selepas ini kita dapat melakukan perubahan demi kebaikan pasukan kita... cuba dapatkan bantuan dari yang berpengalaman.. "malu bertanya sesat jalan"! selamat berjaya!
saya sedih kerana tidak dapat bersama pasukan unilly pada kejohanan kali ini .. harapan saya agar semua pemain lebih menumpukan perhatian pada latihan dan percaturan pemain semasa perlawanan selepas ini!
tahniah kerana anda berani! namun usaha yang lebih mendalam perlu dilakukan.. tanyalah pendapat veteran kita yang lebih berpengalaman dan arif dalam arena ini!
saya mandapati permainan mereka cukup bagus...akan tetapi ada yg lebih bagus dari kita... kita perlu tambahkan usaha lagi untuk memantapkan team kita dan berjuang habis2 di masa hadapan untuk menaikkan nama unilly...
bincang dengan semua yang dok kutuk korang ni .... tanya pendapat diorang.. tak semestinya kita perlu tubuh 2 pasukan jer lagi banyak lagi bagus... kalau boleh liga yang seperti yang anda semua katakan dulu
No comments:
Post a Comment