menaiki kereta
sdr leman, razali, salim dalam perjalanan
kami tiba di mersing lebig kurang jam 6:00 pagi dan terus menunaikan solat subuh di surau berhampiran..
7:00 pagi kami bersarapan di sebuar restoran malbari di bandar itu dan selepas itu terus ke jeti untuk ke pulau tioman
bot kami dijadualkan 7:45 pagi dan perjalanan kami untuk sampai ke pulau sanglang di tioman memakan masa 2 jam
pada awal perjalanan semua begitu ceria... sejam kemudian.... hehehe semua dah mabuk laut.. bermulalah episod wekk wekk wekkk.....
kami tiba di pulau sanglang yang cukup indah dan menawan kalbu itu lebih kurang jam 10:00 pagi.. setiba di pulau kami mengmbil 3 bilik yang selesa untuk kami berehat. selepas selesai 'chek in' kami terus pergi bersarapan semula... almaklumlah perut kosong dah.... hehehe
selepas itu kami berehat sehingga jam 3 petang .. makan tengahhari... dan mulakan aktiviti kami..

bermula dengan mandi manda di laut yang ke 10 terindah didunia itu... memang seronok!!!
dalam masa yang sama kami adakan perlawanan bola sepak pantai... ketika perminan sedang rancak.. dua warga itali mahu menyertai kami dalam perlawanan itu... permainan menjadi cukup rancak dan begitu seronok! tidak lama selepas seorang warga korea pula menyertai kami diikuti 2 orang warga cina! saya rasa kalau pasukan futsal unilly kita datang mesti mendapat pendedahan berguna... kalau tak caya tanyalah pada yang ada di sana... semua cukup terhibur dengan permainan yang mereka tunjukkan!
selepas penat bermain bola sepak pantai kami tidak melepaskan peluang untuk bermain bola tampar... waktu tu semua dah tak larat... penat giler... hehehhe
tiba waktu maghrib kami pulang ke bilik dan bersiap untuk makan malam. tidak seperti ditempat tempat lain... disini waktu 'happening' adalah waktu malam dimana pelbagai jenis makanan disediakan terutamanya ikan bakar.. dan lain lain... kami tidak melepaskan peluang keemasan untuk mencuba pelbagai jenis masakan yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara!

pada keesokkan hari awal jam 7:00 pagi kami bersarapan dan memulakan aktiviti yang menjadi kegilaan pelancong di pulau ini... iaitu.. 'snookerling'... mengalami sendiri keindahan dasar laut yang sememangnya sesuatu yang kita tidak patut kita ketinggalan...

selesai menghayati keindahan ciptaan ilahi kami bersiap sedia untuk berangkat... sebelum itu masing masing shopping barang untuk kenang kenangan..
kami bertolak lebih kurang jam 1:30 tghari. dan sampai 2 jam selepas itu...
kesimpulannya.. memang seronok... bagi yang belum pernak ke pulau tioman.. boleh lah mencuba destinasi yang menarik ini... terlalu banyak pengalaman kami disana yang tak sempat saya nak berkongsi bersama.. insyaAllah.. tengoklah video dan gambar yang akan saya uploadkan dari masa ke semasa


No comments:
Post a Comment