Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Thursday, February 26, 2009

ulasan perlawanan persahabatan senior...


laporan perlawanan persahabatan semalam (25hb.02.2009).


rata2 pemain menunjukkan permainan yang agak baik.
ada beberapa aspek dan kekurangan antara pemain yang harus diperbaiki dengan kadar yang segera sebelum tibanya kejohanan KIMMA nanti:-


1)Najib (penjaga gawang)
* banyak peningkatan dari segi blocking dan rebahan badan apabila 1 by 1.
* balingan bola juga kebanyakannya tepat pada rakan.
* cuma perlu beri tumpuan pada pihak lawan yang memiliki rembatan2 dari jarak jauh yang padu dan laju lebih2 lagi jika terdapat halangan2 vision @
blockers.
* banyakkan bersuara kerana dia adalah pemain yang dapat melihat semua pemain. pemain lain juga harus mengambil perhatian.


2) Bukhari (pertahanan)
* prestasi semakin menurun dan banyak bola lepas dari lekangan.
* rembatan juga tidak tepat.
* kadang2 tinggal tempat.
* fitness kurang.
* tingkatkan usaha dan bersungguh dalam larian dan pass bola


3)Ali (serangan)
* juga perlu belajar cara2 permainan d
* banyak menuggu bola.masih lagi ditakut lama. ubah2 sikit.
* kurang membantu di bahgian pertahanan. (turun-naik)
* tidak cuba untuk merembat malah masih lagi pass member sedangkan 1 by 1 dengan goalkeeper lawan atau mempunyai ruang yang agak luas untuk membuat menghasilkan gol.
* ketepatan bola kurang menyengat di hadapan.



4)Farhan (serangan/pertahanan)
* tahap permainan baik
* cuma perlu lebih alert dan tumpu pada pihak lawan yang dapat memintas.
* kawalan bola agak baik dan perlu peka pada passing dengan tepat dan laju.

keputusan Champions League malam tadi..

Chelsea 1 - 0 Juventus
12' [1 - 0] D. Drogba

Real Madrid 0 - 1 Liverpool
82' [0 - 1] Y. Benayoun

Sporting Lisbon 0 - 5 Bayern Munich
42' [0 - 1] F. Ribery
57' [0 - 2] M. Klose
63' [0 - 3] F. Ribery (pen.)
84' [0 - 4] L. Toni
90' [0 - 5] L. Toni

Villarreal 1 - 1 Panathinaikos
59' [0 - 1] G. Karagounis
67' [1 - 1] G. Rossi (pen.)

Tingkatkan prestasi!!!.....

Itu arahan pengurus skuad UNILLY FC, sdr Razali kepada bekas pemain kebangsaan,sdr Bukhari....
Menurutnya,sdr Bukhari atau lebih dikenali sebagai 'BOO' perlu meningkatkan prestasi atau berkemungkinan hilang tempat dalam kesebelasan utama UNILLY FC.
Menurut sdr Razali, tempoh masa empat hari yang tinggal sebelum PIALA KIMMA membuka

tirai pada 1 March ini seharusnya dipergunakan sepenuhnya oleh sdr Bukhari untuk membuktikan kemampuan sebenar.....
"Kita masih beri dia peluang dan dia perlu bekerja keras untuk meningkatkan prestasi.

Aksi hambar sdr Bukhari, dalam beberapa aksi persahabatan sejak kebelakangan ini berterusan ketika UNILLY SENIOR bertemu dengan pasukan MAIN GILER FC malam semalam....
sdr Razali menyifatkan cabaran yang diberikan pemain-pemain muda MAIN GILER FC begitu baik sehingga memaksa barisan pertahanan UNILLY SENIOR berkerja keras
.
"Ini cabaran yang baik untuk benteng pertahanan kita. Dari situ kita boleh nilai kemampuan mereka...tetapi walaupun tewas pada perlawanan itu penolong pengurus,sdr Najib tetap berbangga dengan semangat juang rakan-rakannya walau pun semua telah letih baru balik dari kerja...sdr Najib berkata "Kita amat letih kerana baru balik dari kerja tetapi kita dapat memberi cabaran kepada pasukan MAIN GILER FC itu...kami hanya dibezakan 3 gol sahaja dan berharap dapat menunjukkan prestasi sebenar kami pada piala kimma nanti.."

barisan mantap!!

sdr asraf selaku presiden dan timbalannya sdr Rahim akui begitu gembira dengan senarai yang dikemukakan dan dengan cukup yakin menyatakan ianya adalah pasukan yang mantap!

menurut sdr asraf "saya yakin dengan berisan pemain yang dikemukakan oleh pihak pengurusan. saya dapati setiap pemain yang dipilih punyai watak dan tugasan yang telah dikenal pasti... jadi apa yang perlu sekarang ialah pemai perlu membuktikan bahawa keyakinan pihak pengurusan pada mereka bukan sia sia!!

sementara itu sdr rahim pula berkata " saya sangat bangga dengan semangat juang yang berkobar berkobar dikalangan para pemain yang terpilih ini! diharap mereka akan membuktikan pada kita semua bahawa pilihan yang dibuat oleh pihak pengurusan bukan sekadar melepas batuk ditangga!"

tambahnya lagi " kepada para pemain yang tidak terpilih kali ini diharap anda terus berusaha untuk merebut tempat dipasukan utama. adalah tidak dinafikan kami akan membentuk pasukan ketiga sekiranya kedua dua pasukan ini mencapai sesuatu pada kejohanan ini... semua ini dalam perancangan kami untuk tahun ini!"

para pemain akan menjalani latihan terakhir jumaat ini sebelum berlepas ke ipoh pada malam itu juga untuk bertemu presiden dan naib persiden untuk mendengar amanat dari mereka seterusnya pulang pada hari sabtu selepas jamuan suai kenal pengurusan yang akan diadakan di kediaman tuan presiden di ipoh.

kami yakin dengan pilihan kami!

pengurusan skuad uNiLLy's menyangkal dengan tomahan yang dilemparkan oleh pasukan junior f.c yang merasakan mereka dipermainkan dan dirbudak budakkan.

menurut sdr Razali " kami membuat pemilihan berdasarkan persembahan yang kami teliti sebelum ini ..... dari apa yang kami perhatikan calon yang sesuai untuk dijadikan penjaga gol ialah sdr Nasir sendiri dan sdr pudin.

bagi kami ... kami yakin pada kebolehan anda! cuma anda perlu yakin terhadap kebolehan anda sebelum turun selaku pemain uNiLLy's f.c terlebih dahulu. keyakinan pada diri sendiri adalah penting bagi memastikan semangat untuk mencapai sesuatu berterusan!"

sementara itu penolong pengurus sdr najib menyokong apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan. katanya "kami amat teliti... kami yakin pasukan junior mampu pergi lebih jauh berdasarkan congakkan yang kami lakukan sebelum ini... percayalah!!!"

peminat diseru turun beri sokongan!!


sdr salim selaku penyelaras kelab penyokong uNiLLy's f.c merayu agar warga unilly dapat meluangkan masa untuk bersama sama menyokong pasukan kita pada kejohanan piala KIMMA ahad ini. katanya " pada tahun lalu kehadiran penyokong kita boleh dibanggakan . terima kasih pada yang sudi meluangkan masa.. diharap lebih ramai lagi hadir memberi sokongan pasukan kita ini!! "

sementara itu saudari ina yang juga bertindak selaku penyelaras kelab ini berharap agar wanita juga tidak ketinggalan untuk hadir memberi sokongan katanya "kepada wanita... anda juga dijemput.. tak semestinya lelaki sahaja yang kami jemput! pastikan anda hadir memberi sokongan kepada pasukan kita. pada tahun lalu kehadiran wanita juga boleh dibanggakan. di harap anda dapat bersama kami! terima kasih!!!!"

2 orang baru bakal pamer aksi



kehadiran dua pemain baru iaitu sdr halim (morocco) dan roslan ( syria) dalam kem uNiLLy's jelas memberi satu semangat kepada dua dua pasukan bertanding dalam kejohanan KIMMA kali ini. ini kerana pada kejohanan sebelum ini kedua dua pemain ini tidak dapat bersama kerana melanjutkan pelajaran di luar negara disamping menjalani latihan disana.

apakah kehadiran mereka kali ini akan memberi satu semangat baru kepada para pemain untuk mencapai sesuatu.??? apakah kepakaran yang mereka pelajari diluar sana mampu ditagih unyuk memastikan piala KIMMA dapat didakap kali ini???

sama sama kita berdoa untuk kejayaan pasukan kita bersama!!!

Wednesday, February 25, 2009

senior adakan perlawanan persahabatan mengejut malam ini!!

sebentar tadi ketua pasukan uNiLLy's senior sdr bukhari menyatakan pasukan merekan bakal mengadakan perlawanan persahabatan mengejut malam ini dengan sebuah pasukan terkemuka dari kepong di sport planet sungai buloh.

katanya " kami ketika ini masih punyai sedikit kelonggaran di beberapa posisi yang kami ingin perbetulkan bagi memastikan pasukan kami sentiasa mantap di semua posisi. "

tambahnya lagi " pasukan yang akan berentap dengan kami khabarnya bukan calang calang pasukan... jadi kami mahu pastikan yang terbaik sebelum berdepan dengan mereka!"

tayangan keganasan di gaza


kepada warga unilly yang berkesempatan dijemput hadir untuk menyaksikan tayangan keganasan di gaza bersama sama ust Badrol Amin di:

tempat : masjid al-faizin desa jaya, kepong
waktu : selepas solat maghrib
tarikh: 26/2/09 (Khamis)

program dijangka akan dimulakan dengan solat magrib , solat hajat , dan solat tasbih serta bacaan yasin diikuti tayangan keganasan di Gaza.

diharap dapat meluangkan masa... sebarang pertanyaan sila hubungi sdr yaakob!

Piala FA: Selangor 1 KL 1 (Agg 2-1)

sumber: selangorfc.com

PERLAWANAN kedua pusingan kedua Piala FA di Stadium Shah Alam malam tadi berkesudahan dengan Selangor mencatat keputusan seri 1-1 dengan Kuala Lumpur.

Namun Selangor dikira menang menerusi agregat 2-1 dan layak ke suku akhir untuk bertemu Perak pada 3 dan 7 Mac depan.

Beraksi di hadapan hanya...[seterusnya]


keputusan champion leauge... sebentar tadi!

European Cups - Champions League
February 24

FT Arsenal 1 - 0 AS Roma
37' [1 - 0] R.v. Persie (pen.)

FT Atletico Madrid 2 - 2 FC Porto
3' [1 - 0] M. Rodriguez
22' [1 - 1] L. Lopez
45' [2 - 1] D. Forlan
72' [2 - 2] L. Lopez

FT Inter Milan 0 - 0 Manchester U.

FT Lyon 1 - 1 Barcelona
7' [1 - 0] Juninho
67' [1 - 1] T. Henry

sekitar majlis perkahwinan abdul rahman dan sharifah



beberapa keping gambar untuk tatapan umum sekitar majlis perkahwinan sdr Abdul Rahman dan Shahrifah....

p/s: sorry...gambar baru dapat... dan ni jer yang dapat.... kalau ada lagi nanti aku tambah! tq...

cabaran getir menanti junior fc..-man

setelah majlis undian pada hari ahad lepas skuad junior menghadapi saingan yang dijangka segit..ini kerana pasukan junior diundi dengan 2 pasukan yang merupakan 'orang' baru dalam kejahonan ini...dua pasukan itu ialah DX Fc dan KIMMA terengganu..


menurut salah seorang pemain junior sdr man "kami tidak mahu memperlekeh mereka kerana kita tidak tahu tahap kekuatan mereka kerana baru pertama kali kita berdepan dengan mereka " tambahnya lagi "kita berharap agar pemain kita dapat memberi persembahan yang tebaik ini secara tidak lansung dapat menharumkan nama unilly dipersada bola sepak malbari...malah lebih jauh dari itu!!"

adakah kami di sabotaj?? -nasir


Pemain pertahanan pasukan uNiLLy's junior f.c sdr nasir menyatakan rasa kecewanya apabila mendapati pasukan mereka tidak mempunyai penjaga gol dalam senarai yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan.

katanya " kami mahukan penjelasan dari pihak pengurusan apakah kerana kami ''junior'' kami di permainkan??? adakah kami di sabotaj?? " katanya dengan nada yang agak marah! tambahnya lagi " buat masa ini kami dalam kebingungan untuk menentukan siapa yang patut mengalas tugas yang berat itu!"

disingkir!!!




Kem uNiLLy's terus dikejutkan dengan beberapa perubahan drastik yang dilakukan oleh pengurusan baru yang bertindak tidak menyenaraikan beberapa bekas pemain yang sebelum ini mewakili pasukan uNiLLy's pada kejohanan sebelum ini.. berikut disenaraikan nama pemain dan sebab tidak disenaraikan....


Tasrif - gagal ujian kecergasan

hafiz - belum pulang dari bulan madu

syafiq- menghadapi peperiksaan

yaakob- terus belot dan menyertai My team

fadhil- kecederaan kaki yang serius

razak- simpan tenaga

nizam- sering dilanda kecederaan.... kalo tak caya klik kat >>>> sini dan baca sendiri

nizamuddin- dipecat serta merta kerana tidak hadir pada hari kejohanan sebelum ini

nordin- rekod bolos yang tidak boleh diterima pada kejohanan sebelum ini.

ikbal- gagal ujian kecergasan

hehehehe..... jangan marah!!

JUNIOR OPTIMIS HADAPI PIALA KIMMA........

Ketua pasukan Junior uNiLLy's sdr Zahir menyatakan rasa optimisnya bagi menghadapi Piala KIMMA sabtu ini ketika ditemui pada majlis undian pasukan malam tadi. katanya "kami adalah pasukan yang baru dibentuk menjelang kejohanan ini..maka kami masih mencari formula dan keserasian.."

tambahnya lagi "minggu lalu pasukan ini menunjukkan keyakinan dan semanggat juang yang tinggi apabila menang tiga dan seri 1 perlawanan dari lima perlawanan persahabatan yang dijalankan...pekembangan ini nyata mengembirakan skuad.."

namun begitu sebagai seorang pemain senior dalam pasukan ini sdr zahir mengakui masih ada kekurangan dalam persefahaman semasa dalam permainan..tetapi mereka yakin latihan terakhir pada jumaat ini adalah masa terbaik untuk mereka mencapai persefahaman mantap untuk menghadapi kejohanan ini...

apa yang mengemberikan kem uNiLLy's junior ialah dengan kembali nya sdr shafiq kuang yang pastinya akan menyaksikan barisan pertahanan yang lebih mantap

ketika ditanya harapannya terhadap pasukan ini katanya "saya amat mengharapkan agar para pemain dapat mendengar arahan dan bermain bersungguh-sungguh demi membawa maruah dan nama unilly ke peringkat yang lebih jauh!!" katanya dengan penuh semangat.

Senarai pemain ke piala KIMMA

Debaran siapa pemain yang terpilih untuk mengemudi 2 pasukan uNiLLy's pada perlawanan piala KIMMA sabtu ini terjawab...ternyata beberapa perubahan drastik telah diambil oleh Sdr Razali dan Sdr Najib bagi memastikan pasukan yang dihantar adalah satu pasukan yang mantap setelah mendapat perkenan Tuan Presiden Sdr Asraf dikediamannya malam tadi. semoga para penyokong dan pemain gembira dengan pengumuman ini.






uNiLLY's SENIOR
  • Najib
  • Bukhari
  • Ali
  • Farhan
  • Hafiz
  • Halim
  • Jabir
  • Salim(bilut)




(harap maaf dua lagi gambar pemain gagal diperolehi)

UNILLY JUNIOR

  • Jabran
  • Zahir
  • Ismail(man)
  • Asyraf
  • Pudin
  • Nasir
  • Roslan
  • Syafiq(kuang)

Tuesday, February 24, 2009

selamat hari lahir..


BLOG uNiLLy's mengucapkan.....selamat hari lahir kepada Mastura binti Kassim (24 feb 2009) semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta berbahagia disamping keluarga tercinta..


ucapan dari uNiLLy's..

Selamat hari Lahir yg ke 27, buat isteriku tersayang mastura.. Semoga ceria2 selalu..

dari pada: IKBAL THE BOSS
ikbal_mim@yahoo.com
Kg. Laksamana

Monday, February 23, 2009

tahniah buat pasangan Ali dan mumtaz


Blog uNiLLy's mengucapkan tahniah kepada pasangan Ali bin veerankutty dan mumtaz yang dikurniakan cahaya mata pada 9 feb 2009 (anak perempuan) NUSAIBA AINI binti MOHAMMAD ALI seberat 3.158kg
semoga kelahiran ini akan Allah akan terus menambahkan lagi rezeki kepada mereka.. dan semoga Anak ini akan menjadi anak yang solehah dan berjaya! amin....

Saturday, February 21, 2009

Malam ini!!

Malam ini akan diumumkan barisan pemain ynag akan mewakili UNILLY FC ke piala KIMMA...

berang!!!!


penolong pengurus,sdr Najib berang dengan sikap segelintir pemain UNILLY FC yang tidak bersikap profesional terhadap keputusan yang diputuskan olehnya...atas sebab itu kemungkinan pertukaran pemain akan dijalankan bagi menguatkan n mengimbangi kedua-dua pasukan UNILLY FC... ini juga bagi memecahkan pemain yang berpuak-puak...katanya ini boleh membawa kesan terhadap keserasian dan persefahaman para pemain....katanya "saya adalah penolong pengurus jadi saya juga berhak untuk bersuara jika tidak suka boleh keluar dari pasukan saya,saya hanya perlukan pemain yang berdisiplin dan mengikut arahan sahaja"..tegas sdr Najib yang sangat marah terhadap kelakuan segelintir pemain.......ADAKAH TELAH BERLAKU PERPECAHAN DIDALAM PASUKAN UNILLY FC????tunggu BERITA dr TUAN PRESIDEN>????
Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."