mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Thursday, February 26, 2009

Tingkatkan prestasi!!!.....

Itu arahan pengurus skuad UNILLY FC, sdr Razali kepada bekas pemain kebangsaan,sdr Bukhari....
Menurutnya,sdr Bukhari atau lebih dikenali sebagai 'BOO' perlu meningkatkan prestasi atau berkemungkinan hilang tempat dalam kesebelasan utama UNILLY FC.
Menurut sdr Razali, tempoh masa empat hari yang tinggal sebelum PIALA KIMMA membuka

tirai pada 1 March ini seharusnya dipergunakan sepenuhnya oleh sdr Bukhari untuk membuktikan kemampuan sebenar.....
"Kita masih beri dia peluang dan dia perlu bekerja keras untuk meningkatkan prestasi.

Aksi hambar sdr Bukhari, dalam beberapa aksi persahabatan sejak kebelakangan ini berterusan ketika UNILLY SENIOR bertemu dengan pasukan MAIN GILER FC malam semalam....
sdr Razali menyifatkan cabaran yang diberikan pemain-pemain muda MAIN GILER FC begitu baik sehingga memaksa barisan pertahanan UNILLY SENIOR berkerja keras
.
"Ini cabaran yang baik untuk benteng pertahanan kita. Dari situ kita boleh nilai kemampuan mereka...tetapi walaupun tewas pada perlawanan itu penolong pengurus,sdr Najib tetap berbangga dengan semangat juang rakan-rakannya walau pun semua telah letih baru balik dari kerja...sdr Najib berkata "Kita amat letih kerana baru balik dari kerja tetapi kita dapat memberi cabaran kepada pasukan MAIN GILER FC itu...kami hanya dibezakan 3 gol sahaja dan berharap dapat menunjukkan prestasi sebenar kami pada piala kimma nanti.."

2 comments:

bukhary said...

maklumlah..da berumahtangga..hak3.
ok2..mmg aku akui yg aku nie dh slow bila men ftsl nie..aku pn x tau. tp aku akn kembali lg dgn menunjukkan peningkatan prestasi dlm KIMMA kali nie..

man said...

Bagus bo, hidup unilly!!!

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."