Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Friday, September 26, 2008

suasana airilfitri unilly's

pihak akhbar sinar meminta warga belia unilly hadir malam esok dengan berpakaian baju melayu @ baju raya selepas solat tarawikh di restoran de maju batu caves untuk merakamkan suasana hari raya aidilfitri unilly's

-harap maklum

latihan pertama...

sdr Halim dijangka akan turun berlatih bersama sama para pemain futsal unilly's yang lain malam ini.. apakah kelibat dan kehebatan pemain yang menjalani latihan di morocco selama ini?
sama sama kita tunggu malam ini......

latihan futsal

kepada semua pemain futsal malam ini latihan futsal akan diadakan seperti biasa dari jam 11:00 malam hingga 1:00 pagi di sport planet sungai buloh

harap maklum latihan futsal akan berehat selama 2 minggu dan para pemain diminta kembali semula berlatih dua minggu selepas ini.

-ketua pasukan-

3 mama berbuka puasa bersama



3 mama iaitu 2 beradik mama batu caves dan mama bandar baru dan ipar mereka mama selayang dipertemukan dalam majlis berbuka puasa khas untuk mama berbuka puasa bersama sama di rumah hj yusof di taman selayang. ketiga tiga mama ini dihidangkan pelbagai masakan tradisional malbari antaranya seperti 'kai pathiri' , ' chakka kanyi' , 'vaika kanyi' , 'cheregum kanyi' , 'koi kari' , dan banyak lagi nama yang saya sendiri tak tau sebut.... hahahaha... jelas mama mama semua kelihatan puas selepas dihidangkan dengan juadah berbuka hari ini.

ucapan dari unilly's



Kami Sekeluarga Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Warga Unilly. Mohon maaf dari hujung rambut hingga Hujung kaki,

''selamat hari raya * maaf zahir & batin"


Thanks
Talib Ali & Hasnah Mohd

Thursday, September 25, 2008

ADAKAH atau MUNGKINKAH ..... ada yang akan Mendoakan Kita?????

.:WAJIB BACA:.

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.

Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!

Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya.

Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.

Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.

Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.

Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besarberupa TV siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.

Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.

Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.

Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.

Melihat peristiwa itu, tampa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyadari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.

Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini,penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!

Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?

Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya.. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.

Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.

Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.

Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.

Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.

Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.


"Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.

Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.

Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya.'Ya TUHAN KAMI mencintai-MU dan memerlukan- MU, terangilah hati kami ...AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN "

sumber-http://fahrisha.blogspot.com/

qiamulail...

kem ibadah qiamulail akan diadakan di surau malabar hidayatul islam pada jumaat malam sabtu jam 3:00 pagi (malam ke 27) .. kepada sesiapa yang punyai kelapangan dijemput hadir bersama sama mengejar malam lailatulkadar...insyaAllah!

ucapan dari unilly's


Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga unilly serta mereka mengenali diri kami. Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terlajak tutur kata dan sebagainya kepada seluruh kerabat Unilly. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Ikbal & Mastura
Taman Ehsan, Kepong
ikbal_mim@yahoo.com

Wednesday, September 24, 2008

Qiamulail bersama ust Badrul Amin

Kepada warga uniLLy's yang berminat untuk menyertai kem Qiamulail bersama Ustaz Badrul Amin yang akan diadakan di:

pada: rabu malam khamis (malam ke 25)

tempat: Masjid firdaus (berhampiran pejabat tanah daerah gombak b.b.s)

masa : 3:00 pagi - 5:00 pagi (sahur)


pada : jumaat malam sabtu (malam ke 27)

tempat : surau al-nur Bangi

masa : 3:00 pagi - 5:00 pagi (sahur)


harap pada sesiapa yang berkesempatan dapat menghadirkan diri diketika ramadhan semakin hampir meninggalkan kita kali ini....

sebarang pertanyaan sila hubungi sdr Yaakob bin kassim (desa jaya) di talian:012-6786203

halim pulang...




sdr halim yang menuntut di morocco telah pulang ke tanah air petang tadi.. kehadirannya disambut oleh pakcik dan makcik disamping kakaknya yang hadir untuk menjemputnya pulang..
halim yang bertolak ke morocco hampir 4 tahun lalu baru pulang dan tidak sempat menatap buat kali terakhir wajah ayahnya yang kembali kerahmatullah 2 setengah tahun lalu.

"alhamdulillah.. segalanya selesai dengan baik disana.. ketika ini saya sudah memohon untuk menyambung keperingkat master disana..sekiranya diterima saya akan kembali kesana semula dalam tempoh sebulan lagi.. " katanya yang kelihatan masih 'slim' seperti dulu lagi....
tambahnya lagi "dikesempatan aidilfitri ini saya mahu bertemu sanak saudara... saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang sentisa mendoakan dan menyokong saya... hanya Allah dapat membalas budi anda..."

Tuesday, September 23, 2008

ucapan kepada unilly's


Deepa oli paravathum!
Inbam yendrum pongathum!
Selvam yendrum peregathum!
Amaithi yendrum nilaikathum!
AIDIL FITRI SiRÄKÄTHÜM; AIDIL FITRI NAL VALTEKAL…

dari pada:-
Mr. X
mrx_88@yahoo.com
Batu Caves

ucapan kepada unilly's


Ucapan Selamat Pengantin Baru Kepada Noorul Neezah Binti Ismail Yang Akan Melangsungkan Perkahwinan Pada 11 Oktober 2008.

ikhlas dari:-
Jiehan

ucapan dari unilly's



















saya mohd razali bersama isteri rafidah dan anak amir firas dan amira firzanah ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri ..maaf zahir dan batin terutamanya pada ma..wapa.. dan seluruh keluarga kami... tidak lupa juga pada warga unilly's. dikesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf pada semua sekiranya ada yang tersinggung sepanjang saya mengendalikan blog ini... diharap kehadiran bulan yang mulia ini akan lebih bererti dengan kita bersama sama bersatu membentuk keluarga unilly yang lebih kukuh dan harmoni...amin...!

"pagarilah diri kita dengan doa..ikatkanlah hati kita dengan zikir..
buatlah mimpi dengan amalan...bukalah mulut dengan al-quran
sinarilah kehidupan dengan kejayaan...."
eid mubarak!

ucapan dari unilly's


saya zainal dan isteri dari batu caves ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh warga unilly's terutamanya pada ibu bapa dan keluarga kami.. pohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap diantara satu sama lain.. semoga kehadiran hari lebaran ini akan lebih mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kita semua... amin! salamat hariraya aidilfitri... maaf zahir & batin!

MALAM TADI, PERISTIWA ANEH MALAM 23 RAMADAN-ref malaysiakini

ramadhan.jpg (image)


[ramadhan.jpg]

Ramai yg mengatakan malam Lailatulqadar telah berlalu pada malam 21 Ramadan (hari Sabtu malam Ahad yang lalu). Kalau mengikut kiraan para ulamak, memang ada kebenarannya iaitu kalau berpuasa bemula pada hari Isnin, Lailatulqadar akan berlaku pada malam 21 Ramadan. Selain daripada itu, ianya juga boleh berlaku pada lain2 malam ganjil seperti malam 23, 25 27 dan 29. Namun begitu ketepatannya tidak dapat dinyatakan dengan tepat dan kita digalakan melipatgandakan amalan di malam sepuluh terakhir pada bulan ramadan. Namun suatu peristiwa aneh berlaku pada malam 23 Ramadan malam tadi apabila adik aku yg baru balik bercuti dari Sarawak mengalami peristiwa yg tak pernah dilihatnya sebelum ini.


Peristiwa berlaku malam 23 Ramadan malam tadi (malam Selasa);

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Baru malam tadi sampai dari Sarawak, penat pun tak hilang lagi.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.



Kiriman emel asal: Mohd Syehab Kadim, Wednesday, September 10, 2008 8:27 AM
________________________________________________________________________________________

sumber:-
http://kulatlapok.blogspot.com/2008/09/malam-tadi-peristiwa-aneh-malam-23.html


hahahahahahah.....................

ucapan aidilfitri

kepada sesiapa yang berminat untuk membuat ucapan aidilfitri diharap dapat menghantar kepada saya melalui email atau sms kan pada saya dengan segera. adalah lebih digalakkan sekiranya disertakan gambar pilihan anda sendiri... terim kasih. segala ucapan anda akan disiarkan secepat mungkin selepas saya menerima dari anda.

anda juga bolehlah menghantar sebarang bentuk ucapan sama ada ucapan ulang tahun perkahwinan , ucapan hari lahir , ucapan majlis perkahwinan , dan sebagainya...

harap maklum!

malam kebudayaan ditangguh...


malam kebudayaan dan sambutan aidilfitri yang dijadualkan untuk diadakan pada bulan hadapan terpaksa ditangguhkan atas sebab kesuntukkan masa.. ketua program sdr Rahim mengesahkan ketika dihubungi sebentar tadi.. menurut beliau program ini terpaksa ditangguh kerana kesuntukan masa . katanya "kami merancang untuk mengadakan beberapa program program menarik..tetapi ia memerlukan masa yang agak panjang kerana beberapa perancangan perlu persiapan rapi. insyaAllah kami telah menangguhkan program ini ke hari raya aidil adha.. harap maklum"

majlis berbuka puasa unilly's



majlis berbuka puasa unilly's dan solat tarawikh anjuran restoran de maju yang diadakan malam tadi meriah dan mendapat sambutan ramai... boleh dikatakan kehadiran malam tadi adalah yang tertinggi selama bulan puasa ini.. alhamdulillah pihak penganjur berpuas hati dengan kehadiran sanak saudara terutamanya warga unlly's dan berterima kasih pada semua yang hadir...

Monday, September 22, 2008

program kacau dodol


lagi gambar di ruangan gambar unilly's


program kacau dodol telah berlangsung dengan jayanya pada malam sabtu lalu dengan kehadiran yang memberangsangkan dari kalangan warga unilly tidak kira tua mahupun muda...
alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... tugas 'kepala' kali ini diberikan pada sdr abd rahman dan sdr najib yang menurunkan resepi hebat masing masing! syabas pada mereka kerana dapat mengendalikan program ini dengan berjaya. program yang dijadualkan berlangsung selepas solat tarawikh tetapi telah diawalkan bagi mengelakkan kelewatan berlaku kerana tempoh 8 jam diperlukn untuk menyiapkan dodol ini. sdr najib,abd rahman, salim, jabran, nasir telah memulakannya selepas solat isyak lagi...

selepas solat tarawikh kehadiran mula bertambah dari masa kesemasa... dan lebih kurang jam 12:30 malam pihak wartawan sinar hadir untuk membuat liputan program kacau dodol ini
program kacau dodol ini telah selesai sepenuhnya pada jam 5 pagi kemudiannya saki baki warga yang hadir telah ke restoran abdullah untuk bersahur... terima kasih kepada hj abdullah yang bertindak selaku penganjur kali ini kerana menyediakan tempat dan makan kepada para petugas...

lagi gambar di ruangan gambar unilly's

majlis berbuka puasa unilly's

jemputan ke majlis berbuka puasa

Majlis berbuka puasa dan solat Trawikh anjuran Restoran De Maju di surau malabar Hidayatul Islam. Dijemput semua Warga uNiLLy's hadir beramai ramai pada:

22 september 2008 (malam ke-23 ramadhan)
masa: waktu maghrib
hari : isnin

Pihak penganjur mengalu alukan kehadiran anda semua!

majlis berbuka puasa

majlis berbuka anjuran persatuan india muslim malaysia. pada yang berkesempatan.. kehadiran anda dialu alukan

Friday, September 19, 2008

tahniah buat sdr zulkifli dan nurul!



tahniah buat pasangan zulkifli dan nurul yang dikurniakan seorang putera pada 4:55 pagi tadi. berat bayi yang dilahirkan ialah 2.98kg. ketika ini ibu dan anak berada di hospital besar kuala lumpur dalam keadaan sihat.


MESYUARAT AJK MALAM KEBUDAYAAN


Kepada semua ajk yang dilantik diharap dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kedua malam kebudayaan yang akan diadakan pada 20 september ini jam 10:30 malam di rumah lama hj Abdullah tarikh dan tempat sama program kacau dodol diadakan... harap dapat menghadirkan diri.

10 Malam Akhir Ramadhan

.:WAJIB BACA:.


Dalam Shahihain disebutkan, dari Aisyah radhiallahu 'anha, ia berkata: "Bila masuk sepuluh (hari terakhir bulan Ramadhan Rasulullah s.a.w. mengencangkan kainnya menjauhkan diri dari menggauli isterinya), menghidupkan malamnya dan membangunkan Keluarganya." Demikian menurut lafazh Al-Bukhari.

Adapun lafazh Muslim berbunyi: "Menghidupkan malam(nya), membangunkan keluarganya, dan bersungguh-sungguh serta mengencangkan kainnya.

Dalam riwayat lain, Imam Muslim meriwayatkan dari Aisyah radhiallahu anha: "Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh dalam sepuluh (hari) akhir (bulan Ramadhan), hal yang tidak beliau lakukan pada bulan lainnya."

Rasulullah s.a.w. mengkhususkan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang tidak beliau lakukan pada bulan-bulan yang lain, di antaranya:


1. Menghidupkan malam:

Ini mengandungi kemungkinan bahawa beliau menghidupkan seluruh malamnya, dan kemungkinan pula beliau menghidupkan sebahagian besar daripadanya. Dalam Shahih Muslim dari Aisyah radhiallahu 'anha, ia berkata: "Aku tidak pernah mengetahui Rasulullah shallallahu alaihi wasallam shalat malam hingga pagi."

Diriwayatkan dalam hadits marfu' dari Abu Ja'far Muhammad bin Ali: "Barangsiapa mendapati Ramadhan dalam keadaan sihat dan sebagai orang muslim, lalu puasa pada siang harinya dan melakukan shalat pada sebahagian malamnya, juga menundukkan pandangannya, menjaga kemaluan, lisan dan tangannya, serta menjaga shalatnya secara berjemaah dan bersegera berangkat untuk shakat Jum'at; sungguh ia telah puasa sebulan (penuh), menerima pahala yang sempurna, mendapatkan Lailatul Qadar serta beruntung dengan hadiah dari Tuhan Yang Mahasuci dan Maha tinggi." Abu Ja 'far berkata: Hadiah yang tidak serupa dengan hadiah-hadiah para penguasa. (HR. Ibnu Abid-Dunya).


2. Rasulullah s.a.w. membangunkan keluarganya untuk shalat pada malam-malam sepuluh hari terakhir, sedang pada malam-malam yang lain tidak.

Dalam hadits Abu Dzar r.a. disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasalam melakukan shalat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25), dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawasanya beliau mengajak (shalat) keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27) saja."

Ini menunjukkan bahawa beliau sangat menekankan dalam membangunkan mereka pada malam-malam yang diharapkan turun Lailatul Qadar di dalamnya.

At-Thabarani meriwayatkan dari Ali r.a.: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. membangunkan keluarganya pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan, dan setiap anak kecil mahupun orangtua yang mampu melakukan shalat."

Dan dalam hadits shahih diriwayatkan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. mengetuk (pintu) Fathimah dan Ali r.a.ma pada suatu malam seraya berkata: Tidakkah kamu bangun lalu mendirikan shalat?" (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Beliau juga membangunkan Aisyah radhiallahu 'anha pada malam hari, bila telah selesai dari tahajudnya dan ingin melakukan (shalat) witir.

Dan diriwayatkan adanya targhib (dorongan) agar salah seorang suami-isteri membangunkan yang lain untuk melakukan shalat, serta memercikkan air di wajahnya bila tidak bangun). (Hadits riwayat Abu Daud dan lainnya, dengan sanad shahih.)

Dalam kitab Al-Muwaththa' disebutkan dengan sanad shahih, bahawasanya Umar r.a. melakukan shalat malam seperti yang dikehendaki Allah, sehingga apabila sampai pada pertengahan malam, ia membangunkan keluarganya untuk shalat dan mengatakan kepada mereka: "Shalat! shalat!" Kemudian membaca ayat ini: “Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” (Thaha: 132).


3. Bahawasanya s.a.w. mengencangkan kainnya. Maksudnya beliau menjauhkan diri dari menggauli isteri-isterinya.

Diriwayatkan bahawasanya beliau tidak kembali ke tempat tidurnya sehingga bulan Ramadhan berlalu. Dalam hadits Anas r.a. disebutkan:
"Dan beliau melipat tempat tidurnya dan menjauhi isteri-isterinya (tidak menggauli mereka).

Rasulullah s.a.w. beri'tikaf pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan. Orang yang beri'tikaf tidak diperkenankan mendekati (menggauli) isterinya berdasarkan dalil dari nash serta ijma'. Dan "mengencangkan kain" ditafsirkan dengan bersungguh-sungguh dalam beribadah.


4. Mengakhirkan berbuka hingga waktu sahur.

Diriwayatkan dari Aisyah dan Anas r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. pada malam-malam sepuluh (akhir bulan Ramadhan) menjadikan makan malam (berbuka)nya pada waktu sahur.

Dalam hadits marfu' dari Abu Sa'id r.a., ia berkata: "Janganlah kamu menyambung (puasa). Jika salah seorang dari kamu ingin menyambung (puasanya) maka hendaknya ia menyambung hingga waktu sahur (saja)." Mereka bertanya: "Sesungguhnya engkau menyambungnya wahai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Sesungguhnya aku tidak seperti kamu. Sesungguhnya pada malam hari ada yang memberiku makan dan minum." (HR. Al-Bukhari)

Ini menunjukkan apa yang dibukakan Allah atas beliau dalam puasanya dan kesendiriannya dengan Tuhannya, oleh sebab munajat dan zikirnya yang lahir dari kelembutan dan kesucian beliau. Kerana itulah sehingga hatinya dipenuhi Al-Ma'ariful Ilahiyah (pengetahuan tentang Tuhan) dan Al-Minnatur Rabbaniyah (anugerah dari Tuhan) sehingga mengenyangkannya dan tak lagi memerlukan makan dan minum.


5. Mandi antara Maghrib dan Isya'.

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Rasulullah s.a.w. jika bulan Ramadhan (seperti biasa) tidur dan bangun. Dan manakala memasuki sepuluh hari terakhir beliau mengencangkan kainnya dan menjauhkan diri dari (menggauli) isteri-isterinya, serta mandi antara Maghrib dan Isya."

Ibnu Jarir rahimahullah berkata, mereka menyukai mandi pada setiap malam dari malam-malam sepuluh hari terakhir. Di antara mereka ada yang mandi dan menggunakan wewangian pada malam-malam yang paling diharapkan turun Lailatul Qadar.

Kerana itu, dianjurkan pada malam-malam yang diharapkan di dalamnya turun Lailatul Qadar untuk membersihkan diri, menggunakan wewangian dan berhias dengan mandi (sebelumnya), dan berpakaian bagus, seperti dianjurkannya hal tersebut pada waktu shalat Jum'at dan hari-hari raya. Dan tidaklah sempurna berhias secara lahir tanpa dibarengi dengan berhias secara batin. Yakni dengan kembali (kepada Allah), taubat dan mensucikan diri dari dosa-dosa. Sungguh, berhias secara lahir sama sekali tidak berguna, jika ternyata batinnya rosak.

Allah tidak melihat kepada rupa dan tubuhmu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalmu. Kerana itu, barangsiapa menghadap kepada Allah, hendaknya ia berhias secara lahiriah dengan pakaian, sedang batinnya dengan taqwa. Allah Ta'ala berfirman:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.” (Al-A'raaf: 26).


6. I'tikaf. Dalam Shahihain disebutkan, dari Aisyah radhiallahu 'anha: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w. senantiasa beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir dari Ramadhan, sehingga Allah mewafatkan beliau."

Rasulullah s.a.w. melakukan i'tikaf pada sepuluh hari terakhir yang di dalamnya dicari Lailatul Qadar untuk menghentikan berbagai kesibukannya, mengosongkan fikirannya dan untuk mengasingkan diri demi bermunajat kepada Tuhannya, berzikir dan berdo'a kepada-Nya.
Adapun makna dan hakikat i'tikaf adalah:

Memutuskan hubungan dengan segenap makhluk untuk menyambung penghambaan kepada AI-Khaliq. Mengasingkan diri yang disyari'atkan kepada umat ini iaitu dengan i'tikaf di dalam masjid-masjid, khususnya pada bulan Ramadhan, dan lebih khusus lagi pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Sebagaimana yang telah dilakukan Rasulullah s.a.w.

Orang yang beri'tikaf telah mengikat dirinya untuk taat kepada Allah, berzikir dan berdo'a kepada-Nya, serta memutuskan dirinya dari segala hal yang menyibukkan diri daripada-Nya. Ia beri'tikaf dengan hatinya kepada Tuhannya, dan dengan sesuatu yang mendekatkan dirinya kepada-Nya. Ia tidak memiliki keinginanlain kecuali Allah dan ridha-Nya. Sembga Alllah memberikan taufik dan inayah-Nya kepada kita. (Lihat kitab Larhaa'iful Ma'aarif, oleh Ibnu Rajab, hlm. 196-203).

program kacau dodol

program kacau dodol tahun ini akan diadakan di kediaman lama hj Abdullah di lot 344 kg laksamana pada:

tarikh: 20 september 2008
waktu: selepas solat tarawikh
hari: sabtu

semua warga unilly dijemput hadir beramai ramai terutamanya pada para belia... tenaga anda amat diharapkan...pihak akhbar sinar harian mengesahkan akan membuat liputan program ini pada malam itu.

Wednesday, September 17, 2008

17 Ramadhan - perang Badar atau Nuzul Quran?


Terjemahan oleh Ustaz Abdul Kareem as-Saquofi- Imam Masjid Hidayatul Islam

Perayaan 17 ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut. Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al-Quran sememangnya jatuh pada bulan Ramadhan tetapi kebanyakan ulama' berpendapat bahawa tarikhnya adalah pada 27 ramadhan

Peperangan badar berlaku di sebuagh tempat yang bernama Badar pada tahun ke 2 Hijrah. Ianya jatuh pada hari Jumaat 17 Ramadan pada tahun tersebut. Islam sememangnya menerima tentangan dari orang kafir Quraisy sejak dari mulanya lagi, dari masa Islam mula diperkenalkan secara tertutup dan kemudiannya secara terang. Ini akhirnya telah membawa kepada penghijrahan Rasullulah s.a.w dan orang Islam ke Madinah di mana penduduk di sana telah menerima mereka dan juga agama Islam. Walaubagaimanapun keadaan orang Islam yang tinggal di Mekah menjadi semakin teruk dan ini mula merebak ke Madinah.

Perang Badar adalah peperangan yang pertama dalam Islam dan merupakan cara yang digunakan untuk membela keselamatan sosial dan politik mereka. Islam sememangnya tidaklah menggalakkan peperangan melainkan terpaksa. Ianya juga merupakan tindakan untuk mempertahankan kebebasan agama dan menyekat ajaran sesat yang berleluala pada masa itu.

Pada tahun ke 2 Hijrah Rasulullah s.a.w serta sahabat bersetuju mempertahankan Islam di luar kota Madinah. Tentera Islam seramai 313 orang telah keluar untuk menyekat rombongan pedagang Mekah yang sedang pulang dari Syam. Abu sufian yang mengetuai rombongan perdagangan Quraisy itu telah mengikut jalan lain untuk kembali ke Mekah dan sebuah bala tentera melebihi 1000 dan serba lengkap dengan peralatan perang telah datang untuk menentang tentera Islam. Kedua- dua pasukan telah sampai ke temapt bernama Badar pada 16 Ramadhan.

Tentera Quraisy telah bertahan di tempat yang ada air sementara tentera Islam berkhemah di tempat yang lebih kering. Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan menurunkan hujan yang lebat. Ini menyebabkan tempat orang Islam mendapat air sementara , air di tempat musuh menjadi berlumpur dan tidak sesuai digunakan. Rasullullah s.a.w , bagaimanapun telah membenarkan orang Quraisy yang datang,mengambil air untuk kegunaan mereka

Peperangan di Badar hanya berlanjutan untuk satu hari sahaja bermula dengan pertarungan perseorangan diikuti oleh peperangan terbuka. Seramai 70 orang Quraisy yang terdiri dari pahlawan handal dan pemimpin telah terkorban sementara 70 lagi menjadi tahanan perang. Hanya 14 orang Islam sahaja yang telah mati syahid tetapi Allah telah mengurniakan pahala syahid kepada kesemua mereka ynag telah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut.

Peperangan Badar merupakan satu kejayaan besar bagi umat Islam. Ianya telah menukar idoelogi Islam kepada sebuah negara Islam yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak. Peperangan Badar memberi pengajaran kepada kita bahawa melaksanakan sesuatu tugas dengan kepercayaan kepada Allah serta keyakinan pasti membawa kejayaan. Insya Allah-perisik rakyat

malam kebudayaan....

tempat untuk mengadakan malam kebudayaan unillys yang dirancang tempoh hari telah ditetapkan di dewan taman ehsan kepong. ajk yang ditugaskan untuk mengenal pasti tempat untuk mengadakan program ini telah mengesahkan bahawa dewan tersebut boleh digunakan pada tarikh tersebut. untuk rekod tarikh yang dirancang sebelum ini ialah 18 oktober 2008 bersamaan hari sabtu selepas maghrib.

sementara itu sdr Rahim pula menyarankan kepada sesiapa yang warga unilly yang berminat untuk memberi idea untuk program pada malam tersebut adalah dialu alukan. anda bolehlah terus menghantarkan email anda kepada unilly_2008@yahoo.com atau klik disini

Monday, September 15, 2008

pengumuman

mulai hari ini segala bentuk program program dan kalender majlis unilly hanya akan disiarkan diruangan program unilly's sahaja.
jadi kepada sesiapa yang mahu kan info mengenai majlis majlis dan program akan datang unillys sila terus keruangan tersebut! harap maklum!

link resepi sudah dimulakan...


link resepi unillys yang baru diperkenalkan di blog uNiLLy's ini sudah boleh dilayari dengan pengenalan kepada beberapa resepi terkenal dikalangan malbari.. contohnya seperti pattiri, chakkara puttu , erichi kari dan banyak lagi! kepada sesiapa yang punyai resepi untuk dikongsi bersama hantarkan pada saya di mail unilly_2008@yahoo.com

Sunday, September 14, 2008

malam kebudayaan 18 oktober







malam kebudayaan unilly dan juga sambutan aidilfitri unilly yang dicadangkan sebelum ini telah ditetapkan pada 18 oktober setelah satu mesyuarat yang diadakan sebentar tadi sebulat suara menyokong tarikh tersebut.namun begitu tempat untuk mengadakan program tersebut akan diberitahu kelak selepas pengesahan dari pihak dewan diperolehi. Satu A.J.K juga telah dibentuk dalam memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar.
beberapa acara telah dicadang untuk diadakan namun begitu jenis persembahan masih dalam perbincangan. beberapa pemilik restoran juga bersetuju untuk menyumbangkan makanan dan pekerja bagi membantu program berjalan dengan lancar
sementara itu mengenai bayaran yang akan dikenakan masih belum diputuskan dalam perbincangan yang diadakan pada pringkat awal rata rata tidak menyatakan pendirian mengenai perkara ini secara teliti. namum keputusan terperinci akan dapat diketahui selepas mesyuarat kedua diadakan.





















berikut adalah jawatankuasa majlis yang dilantik selepas mendapat sokongan dari jumlah yang hadir.



presiden: sdr Rahim
n.presiden: sdr asraf

setiausaha: mastura
bendahari: zulkifli
ajk: ikbal,jaafar,zahir,najib,razali, tasrif, razak sunway,nasir,bukhari
shabina, ina,ramziyah,rafidah

makanan:
sdr rahim
sdr asraf
restoran de maju
restoran abdullah
sdr yaakob

program kacau dodol

program kacau dodol yang dijadualkan untuk diadakan pada 27 september 2008 telah dipercepatkan dari tarikh diumumkan sebelum ini. ini kerana pihak penganjur barkata masa yang lebih lama diperlukan bagi memastikan dodol kali ini dapat dibuat dengan sempurna kerana tempoh 3 hari sebelum raya adalah tidak mencukupi.
jadi kepada semua warga unilly diharap dapat menghadirkan diri pada

pada: 20 september 2008
hari: sabtu
masa: selepas solat tarawikh
tempat: di rumah lama hj Abdullah

p/s:wartawan sinar mengesahkan akan membuat liputan program ini.. kepada anda semua hadir la ramai ramai... jangan hilang lepas ambil gambar dah la...hehehe

razak dan ikbal juara bersama


setelah pemilihan dilakukan oleh beberapa pengadil dan pemerhati rata rata begitu tertarik dengan design baju yang dicipta oleh sdr razak dan logo yang dicipta oleh sdr ikbal. maka pihak penganjur sebulat suara bersetuju mengabungkan kedua dua hasil karya ini dengan menjadikannya satu design dan memilih sdr razak dan sdr ikbal sebagai pemenang kepada pertandingan mencipta baju dan logo unilly pada tahun ini.... kepada semua peserta yang memberi sokongan dengan menghantar design masing masing diucapkan ribuan terima kasih kerana menunjukkan satu hasil karya yang menajubkan. walaupun rata rata pembaca blog unilly memilih design bernombor 032 tetapi pengadil punyai alasan tersendiri untuk memilih design 025... kata mereka walaupun design 032 menarik tetapi ia tidak membawa apa apa maksud kepada kekeluargaan tetapi design 025 pula menunjukkan sesuatu yang ceria,sukan,sihat dan sesuai untuk apa jua situasi.. manakala logo unilly pula dipilih kerana menunjukkan susasana hidup berkeluarga. mereka sebulat suara menyokong pengabungan logo dan design kedua dua peserta tersebut.

Friday, September 12, 2008

3 ruangan terbaru Blog uNiLLy's

Blog uNiLLy's telah melangkah setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan 3 lagi ruangan terbaru khas buat warga unillys semua iaitu ruangan info keluarga unilly's , resepi masakan unilly's dan program @ kalender terkini unilly's.

tujuan ketiga tiga ruangan ini diperkenalkan adalah bagi memudahkan semua warga menerima info yang tepat dan jelas mengenai seluruh aktiviti dan perkembangan dalam keluarga.

diharap anda semua akan terus memberikan sokongan pada saya dalam merealisasikan semangat kekeluargaan yang kita bina bersama

apa yang saya perlukan sekarang ini ialah info, aktiviti ,atau apa jua berita yang anda tahu agar segera menyalurkan pada supaya semua dapat menerima maklumat dengan pantas dan berkesan. janganlah berharap bahawa hanya orang orang tertentu sahaja akan menyalurkan maklumat pada saya. saya perlukan bantuan anda semua.. harap anda bersama membantu saya memudahkan anda dan warga unilly yang lain menerima maklumat keluarga.

sekiranya anda punyai resepi resepi masakan malbari atau apa apa masakan istimewa sila hantarkan pada saya untuk dikongsi bersama oleh semua warga unilly's

ucapan aidilfitri

kepada semua warga unilly kini anda berpeluang menyampaikan ucapan aidil fitri kepada semua sama ada pada yang tersayang atau tidak tersayang...hehehe melalui BLOG uNiLLy's
apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada ruangan ucapan pada sebelah atas kanan blog dan hantarkan maklumat seperti diperlukan kalau boleh hantarkan sekali gambar terkini anda@ famili atau sesiapa yang mahu anda tujukan ucapan ini. terimakasih.
segala ucapan yang diterima akan mula disiarkan di blog unilly mulai 23 september 2008. harap maklum!

latihan futsal

latihan futsal malam ini seperti biasa jam 11:00 malam hingga 1:00 pagi di sports planet sungai buloh... kepada warga unilly yang berkesempatan sila hadir beramai ramai.majulah sukan untuk unilly!

Thursday, September 11, 2008

mesyuarat pembentukan ajk program

mesyuarat pembentukan ajk program aidilfitri akan diadakan pada hari sabtu jam 10:00 malam di restoran de maju batu caves. kepada anda yang ingin turut serta membantu kami dialu alukan untuk turut serta.. terima kasih!

Wednesday, September 10, 2008

undi semula....

harap maaf.. segala undian anda untuk pilihan baju telah terpadam atas sebab teknikal... minta
semua undi semula.. semua penyertaan sudah pun di upload kan... hanya 3 hari sahaja tempoh untuk mengundi sebelum pengadil membuat keputusan... sila war warkan pada warga yang mengundi sebelum ini untuk membuat undian semula...harap maklum!

Lagi Warga uNiLLy's cemerlang...


lagi warga uNiLLy mencatat sejarah tersendiri dengan menjuarai cabaran Roti Canai FFM-Malaysia 2008 peringkat negeri pahang. Juara Muhammad khairul Abdul Latiff,25 (ittachu) mengunakan krativitinya dengan mengunakan dapur sepanjang 6 meter dan memasak sehingga 50 keping murtabak bersaiz besar dalam satu masa. Menurutnya penggunaan dapur bersaiz besar itu bukan sahaja dapat menjimatkan masa malah pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan murtabaknya yang tebal dan gebu yang dijual RM 4.00 sekeping. jika anda ada kelapangan bolehlah mengunjungi gerai di bazar ramadannya di stadium darul makmur kuantan. (laporan dari akhbar KOSMO 8 september 2008)

Tuesday, September 9, 2008

undian baju unillys

kini anda boleh mengundi pilihan baju baju yang dihantar oleh beberapa peserta untuk pertandigan cipta baju unilly di ruangan 'gambar unillys'
untuk perhatian ada beberapa lagi pilihan masih belum saya upload kan. mungkin malam ini semuanya akan lengkap... kami mahu pandangan anda mengenai jenis baju baju yang dihantar pada kami. sila tinggalkan komen diruangan komen di bahagian gambar unilly tersebut. terima kasih!

34 design baju unilly diterima


sebanyak 34 design baju unilly tidak termasuk logo di terima sehingga 7 september 2008 jam 11.59pm. design-design ini akan diadili pada sabtu ini oleh beberapa pengadil yang telah ditetapkan. insyaAllah pada keesokkan harinya keputusan akan diumum. sebelum itu satu undian dikalangan pembaca akan diadakan bagi menilai pilihan pembaca. perlu diingat.. undian ini tidak ada kena mengena dengan keputusan pengadil... jadi kalau peserta undi seratus kali pun tapi kalau tak memenuhi citarasa pun memang tak boleh nak tolong lah...

tabung bantuan..


satu tabung bantuan telah dilancarkan bagi menampung beban ustaz addu yang sebelum ini telah mengalami kecederaan yang serius selepas diserang oleh orang yang tidak bertanggungjawab semasa beliau bertugas.

Beliau yang pulih setelah hampir sebulan terlantar dihospital telah dihantar pulang ke india bulan lalu dan belum diketahui bila akan kembali semula ke malaysia.
oleh kerana itu sdr rahim mengambil inisiatif dengan memulakan tabung bantuan bagi ustaz demi meringankan beban beliau sepanjang berada dikampungnya.

menurut sdr Rahim anggaran bantuan adalah lebih kurang RM15000.00. katanya "kita akan cuba mengisi tabung bantuan ini sebanyak mungkin dan kami menganggarkan lebih kurang RM15000.00 dari keluarga unilly... insyaAllah.."

ustaz Addu yang terkenal dikalangan warga unilly sering menjadi tetamu undangan sesuatu majlis dirumah mereka untuk membaca doa selamat disamping beliau juga mengadakan kelas mengaji bagi kanak kanak secara percuma. semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti insan lain... amin

kepada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan yang anda mampu pada bulan yang mulia ini sila hubungi sdr Rahim di talian +6012-506 3369

Monday, September 8, 2008

jamuan aidilfitri dan malam kebudayaan unilly's


sdr Rahim memberi cadangan agar malam kebudayaan dan jamuan aidilfitri diadakan serentak di dewan sri Siantan selayang pada bulan oktober depan. tambahnya lagi cadangan tersebut termasuk mengenakan caj berpatutan bagi perseorangan atau 1 meja. bagaimana pendapat anda.. berikan komen anda. menurut beliau sekiranya warga unilly bersetuju satu jawatankusa majlis akan dibentuk dalam masa terdekat untuk menanjurkan program ini.
Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."