
lagi gambar di ruangan gambar unilly'sprogram kacau dodol telah berlangsung dengan jayanya pada malam sabtu lalu dengan kehadiran yang memberangsangkan dari kalangan warga unilly tidak kira tua mahupun muda...
alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... tugas 'kepala' kali ini diberikan pada sdr abd rahman dan sdr najib yang menurunkan resepi hebat masing masing! syabas pada mereka kerana dapat mengendalikan program ini dengan berjaya. program yang dijadualkan berlangsung selepas solat tarawikh tetapi telah diawalkan bagi mengelakkan kelewatan berlaku kerana tempoh 8 jam diperlukn untuk menyiapkan dodol ini. sdr najib,abd rahman, salim, jabran, nasir telah memulakannya selepas solat isyak lagi...
selepas solat tarawikh kehadiran mula bertambah dari masa kesemasa... dan lebih kurang jam 12:30 malam pihak wartawan sinar hadir untuk membuat liputan program kacau dodol ini
program kacau dodol ini telah selesai sepenuhnya pada jam 5 pagi kemudiannya saki baki warga yang hadir telah ke restoran abdullah untuk bersahur... terima kasih kepada hj abdullah yang bertindak selaku penganjur kali ini kerana menyediakan tempat dan makan kepada para petugas...
lagi gambar di ruangan gambar unilly's
No comments:
Post a Comment