sdr halim yang menuntut di morocco telah pulang ke tanah air petang tadi.. kehadirannya disambut oleh pakcik dan makcik disamping kakaknya yang hadir untuk menjemputnya pulang..
halim yang bertolak ke morocco hampir 4 tahun lalu baru pulang dan tidak sempat menatap buat kali terakhir wajah ayahnya yang kembali kerahmatullah 2 setengah tahun lalu.
"alhamdulillah.. segalanya selesai dengan baik disana.. ketika ini saya sudah memohon untuk menyambung keperingkat master disana..sekiranya diterima saya akan kembali kesana semula dalam tempoh sebulan lagi.. " katanya yang kelihatan masih 'slim' seperti dulu lagi....
tambahnya lagi "dikesempatan aidilfitri ini saya mahu bertemu sanak saudara... saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang sentisa mendoakan dan menyokong saya... hanya Allah dapat membalas budi anda..."
No comments:
Post a Comment