satu tabung bantuan telah dilancarkan bagi menampung beban ustaz addu yang sebelum ini telah mengalami kecederaan yang serius selepas diserang oleh orang yang tidak bertanggungjawab semasa beliau bertugas.
Beliau yang pulih setelah hampir sebulan terlantar dihospital telah dihantar pulang ke india bulan lalu dan belum diketahui bila akan kembali semula ke malaysia.
oleh kerana itu sdr rahim mengambil inisiatif dengan memulakan tabung bantuan bagi ustaz demi meringankan beban beliau sepanjang berada dikampungnya.
menurut sdr Rahim anggaran bantuan adalah lebih kurang RM15000.00. katanya "kita akan cuba mengisi tabung bantuan ini sebanyak mungkin dan kami menganggarkan lebih kurang RM15000.00 dari keluarga unilly... insyaAllah.."
ustaz Addu yang terkenal dikalangan warga unilly sering menjadi tetamu undangan sesuatu majlis dirumah mereka untuk membaca doa selamat disamping beliau juga mengadakan kelas mengaji bagi kanak kanak secara percuma. semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti insan lain... amin
kepada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan bantuan yang anda mampu pada bulan yang mulia ini sila hubungi sdr Rahim di talian +6012-506 3369
No comments:
Post a Comment