Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Thursday, April 30, 2009

gambar majlis perkahwinan khairul anwar dan roslina





Gambar -gambar majlis perkahwinan pasangan Khairul anuar bin mohamad dan Roslina binti Abdul Halim

yang akad Nikahnya diadakan pada 7 Feb 2009

Kenduri di rumah pengantin perempuan pada 8 mac 2009

Kenduri di rumah pengantin lelaki pada 22 mac 2009


p/s maaf gambar lewat dipaparkan disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum


Pesta kerjaya

TEMPAT : DEWAN SRI SIANTAN , JLN SUNGAI TUA, BATU CAVES
WAKTU : 10:00 PAGI ~ 6:00 PTG
TARIKH : 1 MAY 2009

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA!!!!!

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI DI TALIAN TOLL FREE : 1-800-88-3973

Wednesday, April 29, 2009

Keputusan Pendapat Anda

Dalam satu pool yang dijalankan 36% dari 89 yang mengundi mahukan program seterusnya yang perlu diadakan ialah futsal... tidak kurang juga pada yang mahukan kelainan dengan mahukan program paintball...

InsyaAllah kedua dua program ini sedang dirangka.. dijangka kejohanan futsal uNiLLy's akan diadakan seawal bulan may atau jun ini... harap sabar menanti sebarang info mengenai kejohanan ini di blog ini....

berikut ialah keputusan undian...


apakah program seterusnya yang dicadangkan...



Futsal 36% (32 votes)

Paint Ball 31% (28 votes)

Tresure Hunt 13% (12 votes)

Badminton 8% (7 votes)

Rock Climbing 7% (6 votes)

Family Day 3% (3 votes)

Sukaneka 1% (1 votes)





Total Votes: 89

Tuesday, April 28, 2009

video majlis pertunangan razak sharifah

Aksi unilly's di final piala F.A












agaknye laa kan sapelaa hantu hantu unilly's ni????? hehehe









Monday, April 27, 2009

Anugerah pelajar cemerlang

http://www.sabah.edu.my/smk.putatan/apc2002/apc3d.jpg

kepada seluruh masyarakat malbari yang mengambil UPSR , PMR , dan SPM tahun 2007 dan 2008 yang mendapat keputusan cemerlang dalam ....
  • UPSR (4 A dan 5 A)
  • PMR (6A dan Keatas)
  • SPM (5 A dan Keatas)


Persatuan Malbari Malaysia (PMM) berbesar hati untuk menyampaikan anugerah pada pelajar pelajar ini.

kepada sesiapa yang punyai info atau diri anda sendiri layak menerima anugerah tersebut sila call @ sms kan
  • Nama penuh
  • Keputusan penuh
  • NO kad Pengenalan
  • Alamat Sekolah anda
kepada sdr Zahiruddin di talian 013 -4040179 /012-9786077 atau e-mailkan di unilly_2008@yahoo.com secepat mungkin.....

anugerah ini terbuka kepada seluruh warga malabari malaysia....

sebarang info terkini akan sentiasa dikemaskini di blog uNiLLy's .... sekian harap maklum

Kelantan Vs Selangor[1:1][25/04/09][TM Malaysia FA Cup 2009 Final]

The Best Short Video

Semua kene tengok video pendek ni sampai habis..!




huhuhu... tak tau la kalau takde keinsafan jugak!!!!
pada yang suke membazir tu.. sedar la sikit.. baik beri pada yang memerlukan!!!

Blog uNiLLy's genap setahun hari ini!

1st Year FLICKR Anniversary by Margot-.

terima kasih kepada semua warga unilly's yang terus menyokong Blog uNiLLy's ini.. hari ini genaplah setahun usia blog ini...
dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dah silap sepanjang mengendalikan blog uNiLLy's ini!

teruskan menyokong blog ini .....

ikhlas dari..

Mohd Razali...

Sunday, April 26, 2009

we're the champion!!

Anwar Ibrahim di Stadium Bukit Jalil by Anwar Ibrahim.

akhirnya selangor menjadi juara piala f.a kali ini... dengan penentuan sepakkan penalti. saya dan beberapa wakil dari uNiLLy's turut tidak ketinggalan untuk menjadi sebahagian dari sejarah pada malam tadi... insyaallah saya akan uploadkan beberapa gambar dan video celoteh penyokong unillys di stadium bukit jalil malam tadi.


nak baca ulasan perlawanan kat bawah ni.....

SELANGOR JUARA PIALA FA 2009!

VIVA SELANGOR! VIVA SELANGOR! VIVA SELANGOR!

Selangor akhirnya berjaya meranapkan impian Kelantan untuk menjulang Piala FA apabila berjaya menumbangkan pasukan Red Warrior tersebut dengan kelebihan penalti 4-1 setelah perlawanan sbenar tamat dengan kedudukan 1-1 di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.

Pe… Continue

Wednesday, April 22, 2009

Maid ini melampau



parents, beware if u have a maid at home. Cannot leave all the responsibilities to the maid. Pity the children.

Tiket final buat pembaca Blog uNiLLy's


sempena ulangtahun pertama Blog uNiLLy's dijangka sekali lagi akan menawarkan 10 tiket percuma untuk menyaksikan perlawanan akhir namun segalanya akan dapat dijanjikan pada hari jumaat ini.

kepada sesiapa yang berminat sila confermkan pada sdr najib atau zahir sebelum jumaat ini. pada separuh akhir piala f.a sebelum ini Blog uNilly's telah menghadiahkan 15 tiket percuma buat warga unilly's dan insyaallah saya akan cuba dapatkan seberapa yang boleh untuk diberikan pada yang berminat!

sekian...
-Team blogger uNiLLy's

Tuesday, April 21, 2009

JOM FINAL!!!!!


Kepada sesiapa yang nak join kita pergi stadium boleh la hubungi
najib : 0172075298
zahir : 0129786077
tiket rm20(lelaki shj)....
perempuan tidak dibenarkan...

KEJOHANAN BOWLING GEPIMA


PERTANDINGAN BOWLING PIALA PUSINGAN
KETUA PENGARAH KBS
GEPIMA 2009

Anjuran

BIRO BELIA GEPIMA PUSAT
&
GEPIMA CAWANAGAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Dengan Kerjasama


GEPIMA PUSAT, KBS, PDRM, JBSWP, BREM MALL KL, &
MEDIA MASSA

__________________________________________________________


Yuran Penyertaan : RM 75.00 (SATU Pasukan)

Tarikh Tutup Penyertaan : 05-05-09



Sebarang pembayaran boleh dibuat secara Tunai / Wang Pos atau Cash Banking kepada:

Nama : PERGERAKAN BELIA INDIA MUSLIM MALAYSIA (GEPIMA)
No. Akuan Bank : 14014010114315
Nama / Alamat Bank : Bank Islam Cawangan Raja Laut

*** Bukti pembayaran (salinan slip bank) mestilah difakskan kepada pihak kami sejurus sahaja pembayaran dibuat.jika gagal buktikan slip pembayaran, pasukan tersebut tidak boleh menyertai pertandingan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: 03 – 4041 7445 (Pejabat) 03 – 4042 7445 (Faks)

Man 016-3813448

Sunday, April 19, 2009

selangor dan chelsea mara ke final piala F.A selepas MALUKAN lawan 2-1

SELANGOR KE FINAL PIALA FA! BENAM PERLIS 2-1

Selangor mara ke Final Piala FA sekaligus mengulangi pencapaian musim lalu apabila berjaya membenam cabaran Perlis 2-1 di hadapan 18,000 penyokong di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Gol-gol Selangor dijaringan oleh Amri Yahyah pada separuh masa pertama dan juga separuh masa kedua.

Amri Yahyah juga dipilih sebaga pemain terbaik untuk perlawanan ini.

warga uNiLLy's juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan tersebut selepas Blog uNiLLy's ini menghadiahkan 10 tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan ini sempena ulang tahun pertama blog ini.... insyaallah tengok la kalau final ada peruntukkan tiket saya akan offer lagi..... hehehe

chelsea ke final piala f.a! malukan arsengal 2-1

http://www.londontown.no/reiseshop/img/chelsea_logo.jpgsementara itu chelsea juga mara keperlawanan akhir piala F.A selepas memenangi perlawanan menentang pasukan arsengal yang hampir dimalukan dengan jumlah gol yang besar! dalam perlawanan yang berkesudahan 2-1 dan akan menunggu lawan yang tidak kire siapa sama ada man utd atau everton di perlawanan akhir kelak...

yang sedihnyer sekarang arsengal dah ikut jejak langkah liverfool.. apabila terlepas satu piala... hahaha lepas ni apa pulak ek??? hahaha...

aku ada cadangan terbaik la.. apa kata kita buat surat kat F.A.M mintak jemput liverfool dan arsengal main kat liga malaysia... sebab diorang dah takmampu nak capai apa apa kejuaraan selagi pasukan sehebat chelsea ada.

so kalau kedua dua team ni main kat liga malaysia conperm diorang dapat piala punye.... tapi kalau tak dapat jugak macamana ek???? hahahaha kene hantar liga kerela la kot.... wakakakakaka

arejug dan rakan rakan........SATU DUNIA KETAWA!!!!!

tolong komen sikit cadangan aku.... amacam???


yang bestnyer kedua dua team fav aku ni sama lak pencapaian .....
  • masuk final
  • menang 2-1
  • piala f.a
  • lawan kene buli masa main sebab poyo sangat wakakakaka
  • score last minit la lebih kurang... hehehehe walaupun peluang banyak.. nak wat suspen la katakan.....

Friday, April 17, 2009

Tiket perlawanan separuh akhir piala F.A




Bersempena ulang tahun pertama Blog uNiLLy's kali ini iaitu pada 27 april 2009 ini.. Blog uNiLLy's menawarkan 10 tiket v.i.p untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua piala F.A diantara pasukan selangor bertemu perlis di stadium shah alam pada malam esok iaitu 18 april 2009 (sabtu)


10 warga uNiLLy's yang pertama menghubungi sdr najib ditalian 017-2075298 akan diberikan tiket istimewa untuk menyaksikan perlawanan tersebut.


kepada penyokong setia selangor... ni ada link baru yang gempak untuk anda!
>>>>> selangorfanatik


berminat untuk memindahkan program video tape anda ke vcd atau dvd??? sila klik pada gambar dibawah untuk maklumat lanjut.

WALIMATUL URUS - JEMPUTAN MAJLIS PERKAHWINAN




Assalamualaikum Wbt Kepada Semua Rakan-rakan di blog uNiLLy's
Majlis Perkahwinan Antara Saya, arejug & sharifah akan Di Adakan Pada 2 & 3 Mei 2009 Bertempat Di Bandar Sunway. Majlis Nikah Dan Persandingan Bagi Pihak Rumah Sharifah Akan Di Adakan Pada 2 mei 2009, Manakala Majlis Persandingan Dirumah Saya Pada 3 Mei 2009. Seluruh Warga uNiLLy's Di Jemput Hadir.



(klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)

anda berminat untuk membeli kismis,minuman berkabonat , nata de coco dan pelbagai lagi barangan sila pada gambar dibawah

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."