mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Monday, October 26, 2009

SAINGAN SENGIT EPL

Man U bukan lawan Liverpool

Fernando Torres of Liverpool celebrates scoring the opening goalManchester United terpaksa akur dengan kekalahan ketiga berturut – turut mereka di tangan Liverpool setelah The Reds memastikan kemenangan pertama mereka dalam lima perlawanan dengan menumbangkan juara bertahan itu 2-0 di Anfield.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan semula harapan Liverpool untuk bersaing merebut kejuaraan liga dengan Fernando Torres sekali lagi menjadi wira Liverpool menerusi jaringan pertama beliau. Jaringan kedua Liverpool terhasil setelah David Ngong bijak menggunakan peluang melalui serangan balas ketika United ghairah menyerang.

Rafael Benitez yang berani menurunkan Torres yang tidak cerdas sepenuhnya menyifatkan 80% kecerdasan Torres sudah mampu untuk menewaskan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic. Torres berjaya menghasilakan jaringan yang menarik dengan menewaskan asakan Ferdinand yang mahu menghalangnya.

Sementara itu, Vidic mencipta hatrik dengan menerima kad merah dalam tiga perlawanan berturut – turut menentang Liverpool manakala Mascherano yang pernah dilayangkan kad merah bertemu United dua tahun lepas turut dibuang padang.

“Liverpool adalah pasukan yang lebih baik dan saya tidak mahu bercakap selain itu. Mereka bermain dengan baik dan mencipta kemenangan dan ia merupakan permainan yang mengecewakan buat kami. Kami tidak cukup bagus,” kata Alex Ferguson.

Arsenal akur kebangkitan West Ham

Carlton Cole of West Ham United wins the ball ahead of Thomas Vermaelen of Arsenal Arsenal gagal memanfaatkan peluang untuk meneruskan kemenangan kelima berturut – turut liga setelah West Ham United bangkit dari ketingalan dua jaringan untuk mengikat keputusan 2-2.

Arsenal ternyata terlalu gah buat tuan rumah setelah Robin van Persie dan William Gallas meletakkan The Gunners dihadapan dengan 2-0 pada babak pertama. Namun Carlton Cole kembali meletakkan harapan penyokong tempatan dengan jaringan pertma sebelum Alessandro Diamanti menyudahkan penalti pada lewat perlawanan.

West Ham terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain setelah Scott Parker dilayangkan dua kad kuning namun keputusan yang diperolehi adalah cukup baik. Robert Green menjadi wira West Ham dengan menyelamatkan beberapa percubaan maut daripada pasukan pelawat bagi menafikan tiga mata penuh Arsenal.

Arsene Wenger ternyata kecewa dengan keputusan yang diperolehi namun menyifatkan pasukannya tidak bernasib baik. “Ia mengecewakan. Kami bermain dengan baik namun saya percaya ia nasib yang tidak baik kepada kami dengan beberapa keputusan yang dibuat. West Ham bermain bersungguh – sungguh menyebabkan kami sukar bermain,” kata Wenger.

Chelsea belasah Blackburn

Frank Lampard menjadi pemain utama Chelsea yang membawa kelabb itu kepada kemenangan besar 5-0 menumbangkan Blackburn Rovers sekali gus berjaya memintas Manchester United di persada liga.

Gael Givet yang menjaringkan gol sendiri pada babak pertama menjadi pemangkin kepada kemaraan The Blues pada babak kedua. Lampard berjaya menjaringkan gol pertama liga beliau musim ini dengan menyempurnakan hantaran kemas Drogba sebelum Michael Essien menjadikan kedudukan 3-0.

Hadiah sepakan penalti memberi peluang kepada Lampard menjaringkan jaringan kedua sebelum Drogba menambah seatu lagi gol untuk melangkapkan kemenangan besar 5-0.

5 comments:

najib said...

akhirnya razak besuara...

FAIZAL said...

BAGUS LA RAZAK.SEKURANGNYA KO BUKAN PONDAN'ASYIK LETAK TEAM YG LAEN.NI BARU LELAKI

peace no war said...

sekali lagi saya merayu utk tidak menggunakan bahasa2 yg tidak sopan...

geram... said...

btul2..aku sokng!!!..da meluat aku tgk kmen2 kat blog ni....

benitez said...

hehehe...

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."