Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Friday, February 13, 2009

uNiLLy's Fc tolak pelawaan PERKIM


pasukan uNiLLy's f.c menegesahkan untuk menolak pelawaan pasukan PERKIM untuk bergabung pada kejohanan piala KIMMA kali ini. menurut presiden uNiLLy's f.c sdr Asraf yang menyambut hari lahirnya hari ini:

" pasukan kita sudah cukup mantap dan saya rasakan kita perlu mencuba nasib dengan tenaga dan kepakaran yang kita sedia ada tanpa mengharapkan bantuan dari luar terlebih dahulu."

tambahnya lagi " bukan saya mahu bersikap bangga dengan pemain yang kita ada sekarang tetapi saya mahu menang atau kalah biarlah ianya pasukan kita yang sah..."

sementara itu wakil dari PERKIM sdr Abas (kepong) menyatakan sedikit terkilan kerana pelawaan mereka ditolak... namun begitu katanya "pihak kami sentiasa membuka pintu kepada pasukan uNiLLy's fc untuk mengadakan perbincangan pertukaran pemain atau sebarang perlawanan persahabatan demi masa depan pasukan kita bersama"

tambahnya lagi yang masih menyimpan hasrat untuk bergabung dengan pasukan uNiLLy's f.c "walaupun kami menawarkan untuk menanggung segala perbelanjaan tetapi mereka tetap tidak mahu meneruskan idea ini."

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."