berita disediakan oleh : Razak
Penolong pengurus UNILLY FC yang baru,sdr.najib berazam mahu kembali menjulang pasukan gergasi MALBARI itu dan dengan kehadiran ramai pemain muda, dia yakin usaha itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan....

"Saya berani memberi jaminan bahawa masa depan pemain muda ini memang cerah dan mereka berpeluang membarisi kesebelasan utama asalkan menunjukkan kesungguhan ketika latihan, perlawanan persahabatan termasuk mempunyai disiplin tinggi," katanya....
"Apa yang saya nampak ialah pemain yang sedia ada ini mempunyai bakat serta kesungguhan. Itu adalah elemen yang cukup penting," katanya.
"Saya kena melihat kepada kemampuan pemain. Saya perlu mengkaji terlebih dulu kekuatan serta kelemahan mereka dan daripada situlah baru saya akan menetapkan formasi yang akan kami gunakan," katanya....
sdr.najib berkata, secara peribadi, dia mengimpikan untuk membawa pulang piala kimma ini tetapi terpaksa akur dengan hakikat bahawa semua impian itu bergantung kepada persembahan pemain....
No comments:
Post a Comment