Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Friday, June 27, 2008

tahniah buat insp jabir...


satu lagi kejayaan terbaru dicipta apabila impian sdr jabir untuk bergelar sebagai anggota polis tercapai apabila ditawarkan sebagai inspektor. sdr jabir ketika ditemui mengesahkan tawaran itu dan bersyukur impian nya untuk bergelar anggota polis tercapai.... katanya "saya bersyukur kepada Allah kerana impian saya tercapai terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan pada seluruh ahli keluarga saya yang memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam mencapai cita cita saya ini... tanpa mereka siapalah saya.....harapan saya ialah nak berusaha untuk menjadi pegawai polis diperingkat tertinggi sampai ketua polis negara!" katanya dengan begitu bersemangat! ditanya bilakah beliau akan mula bertugas.. katanya" saya perlu melalui latihan di pulapol jln semarak selama 6 bulan" dan seterusnya akan diserapkan kemana mana balai yang akan ditentukan kelak.
di tanya apakah beliau bersedia dihantar ke kawasan kawasan pendalaman seperti sabah sarawak atau yang jauh dari kl... katanya "terima je lah.... yang penting keje dulu...!.. lepas dah keje saya nak melanjutkan pelajaran untuk memudah kan saya mencapai cita cita saya"
ditanya mengenai mendirikan rumahtangga katanya ketika ini saya tidak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga lagi...calon pun belum ada lagi tapi nak cari jugaklah... hehehe... tapi kalau ibu bapa saya suruh kawin.... kawin je laaa... hahahaha" katanya lagi

Wednesday, June 25, 2008

khabar dari Tasmania



semalam dlm kesibukan aku sempat online ym, secara kebetulan sepupu aku Nana yg kini belajar medik di Tasmania juga online. sempat bertanya khabar serta upload gambar dia disana. Semoga Nana success dlm pelajaran dan pulang dari tasmania dengan gelaran DR. IZZAH FARHANAH. bersama ini saya sertakan beberapa gambar nana disana supaya menjadi inspirasi untuk yg lain dapat mencontohi nana berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.-(IHSAN BLOG BAIM KAJANG)

Sunday, June 22, 2008

selamat pengantin baru


selamat pengantin baru diucapkan kepada yasmin (anak sulung kepada sdr hamzah bin koya dari batu caves) dan pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan pada 21 jun 2008 di lurah bilut.. pahang!
semoga sentiasa diberkati dan dirahmati Allah serta kekal bahagia hingga ke anak cucu cicit..... amin!

piala f.a

para pemuda unilly pada malam tadi beramai ramai telah ke stadium shah alam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak piala f.a akhir diantara selangor bertemu kedah yang berkesudahan selangor tewas tipis 3-2 kepada kedah!
sementra itu pasukan unilly f.c telah memutuskan untuk tidak menyertai kejohanan piala y.b amiruddin sahri dun batu caves pada 22 jun 2008 kerana menghadiri majlis cukur jambul anak sdr jalil dan habibah serta majlis doa selamat sempena berpindah kemahligai impian baru keluarga hj abdullah bin ahmad kuty... kami meminta maaf atas segala kesulitan dan meminta supaya... anda smua hadir beramai ramai pada majlis itu di kg laksamana pada 22 jun ini...(pagi ini)
t.q

bowling...

malam tadi warga unilly telah mengadakan satu perlawanan bowling yang dirangcang pada saat saat akhir.. ramai yang sempat menghadirkan diri... insyaallah selepas ini saya berharap lebih kerap lagi diadakan permainan ini kerana semangat dikalangan para pemuda unilly nampaknya begitu mendalam... kalau diteruskan mungkin boleh pergi lebih jauh! apa pun saya jangkakan kejohanan selepas ini mungkin ialah bowling... apa lagi jom kita berlatih bersama sama... baru ada fight! hehehe

Friday, June 13, 2008

nama PSSM ditukar...

(kemaskini 8:00pm )
berkuat kuasa mulai tepat 12:00 malam ini nama pssm akan ditukar sertamerta iaitu dari (persatuan suami suami malang ) kepada ( persatuan suami suami malbari) ini berikutan ketika ini suami suami malang semakin berkurangan dalam keluarga unilly... heheheh... tapi masih ada la lagi.. apa pun kita harap semuanya akan merdeka sedikit masa lagi!

bersempena dengan penjenamaan semula ini PSSM akan mengadakan satu perkemahan di satu tempat dan tarikh yang akan ditetapkan dalam masa terdekat ini...kata penaung pssm sdr rahim sebentar tadi! beliau juga berkata kepada sesiapa yang punyai idea dan pendapat untuk tempat perkemahan yang best diminta sms ke no hp beliau secepat mungkin. terima kasih!

Thursday, June 12, 2008

futsal & bola sepak

latihan futsal dan mesyuarat penubuhan team 9 sebelah akan diadakan seperti biasa di:

tempat: sport planet di sg buloh

tarikh : hari jumaat

masa :10:00pm


semua dijemput hadir!

p/s pembetulan latihan dan mesyuarat yang saya nyatakan dalam berita sebelum ini bukan pada hari khamis tetapi jumaat. harap maaf... kesulitan amat dikesali!

Wednesday, June 11, 2008

team sembilan sebelah

senarai pemilihan pemain sembilan sebelah telah hampir selesai.. kalau ada lagi yang nak join sekali saya cadangkan kita buat 2 team jer! apapun kita akan membuat keputusan malam esok di sport planet sg buloh pada jam 10:00mlm seperti biasa semasa latihan futsal... talong hadir dan berikan reaksi anda..ini penting kerana saya tgk ada comment yg tanya cemana nak join... dan macam macam lagi pertanyaan..so pada semua yang nak join.. kalau kita ada palyer lebih kita buat 2 team! semua datang esok... setiap pasukan akan dikenakan bayaran rm150.00 dan hadiah bagi juara sehingga rm2500.00 dan pas masuk vip untuk menyaksikan semua perlawanan pasukan bola sepak selangor untuk semua pemain. menarik dan lumayan kan? so apa lagi.... datang esok!..salam................

kembali....

harap maaf.. pada semua sebab saya tak update berita dalam blog ini lebih kurang seminggu disebabkan kerja kerja yang perlu diselesaikan...
so.. sekarang ni saya kembali... so lepas ni adalah lagi berita... apa pun saya harapkan semua pihak bersama sama menyampaikan sebarang maklumat yang ada secepat mungkin pada saya untuk disebarkan pada semua sama ada melalui e-mail atau sms!-razali

Saturday, June 7, 2008

ESPNsoccernet Euro Fantasy

Dear Football Fan,

Are you up to the challenge?

Your friend arejug has already entered the fantastic FREE TO PLAY
ESPNsoccernet Euro Fantasy competition and thinks that they have
selected a much better team than you could ever manage!

What do you reckon? Are they having a laugh? Can you prove yourself a
better manager?

We thought so...

Here's what to do - click the link below to get started:

1: Go to http://euro2008fantasy.soccernet.com/

2: Click on Register and go through the registration and team
selection process - it's totally free to play

3: Once you are on your team line-up page click on Mini League and
type the following information in the Join A Mini League boxes:

League Name: eurostar08
Password: 123456

You should now be ready to compete with and hopefully beat arejug!

ESPNsoccernet Fantasy Games HQ

http://euro2008fantasy.soccernet.com/



All content (c)2008 cleverTV Limited

Friday, June 6, 2008

mesyuarat & latihan futsal

malam ini latihan futsal akan diadakan seperti biasa pada jam 10:00mlm di sports planet dan diikuti mesyuarat

agenda mesyuarat
  1. membincangkan mengenai penubuhan liga unilly secepat mungkin!
  2. membincangkan mengenai penubuhan pasukan sembilan sebelah bola sepak sempena piala Y.B. AMIRUDIN SAHRI (DUN BATU CAVES)
-banyak respon positif yang diterima dari kalangan warga unilly mungkin ada 2 pasukan atau 1 yang terbaik sahaja... harap semua hadir dan memberi pandangan dan sokongan dalam perbincangan ini. kejohanan dijadualkan berlangsung pada 22 jun 2008 dan hadiah amat lumayan... so kita mesti cuba yang terbaik!

p/s saya tak dapat hadir... saya akan menyerahkan borang kepada sdr zahir... kalau nak 2 team pun ok jugak!

Wednesday, June 4, 2008

pertandingan bola sepak piala y.b. amirudin sahri (dun batu caves)

salam saya selaku wakil pihak penganjur ingin menjemput para pemuda unilly agar membentuk satu pasukan 9 sebelah bagi menghadapi piala y.b amirudin sahri pada 22 jun 2008

tarikh tutup : 12 jun 2008...
tarikh undian kumpulan: sabtu 14 jun 2008
masa: 4:00 petang
tempat : dewan kg baru batu caves

tempat perlawanan: padang bola sepak taman batu caves

saya berharap sangat sdr najib, zahir, nizam, nasir,bukhari bersama sama membincangkan sesuatu untuk membina satu pasukan yang mantap! tolong buat secepat mungkin...

kami mahukan unilly mengukir nama ditahap yang lebih tinggi! sila bertindak segera! borang ada pada saya!

Tuesday, June 3, 2008

tahniah buat sarinah dan suami




alhamdulillah keluarga unilly semakin berkembang lagi... hahahah terbaru pn sarinah selamat melahirkan baby girl seberat 2.85kg pada pukul 1:35pm (2/6/08) di Kelana Jaya medical centre.. Semoga ibu & baby sihat sejahtera... tentunya orang yang lebih gembira ialah (jamilah amai and abdullah ka) ibu bapa pn sarinah yang baru beberapa hari lalu menerima cucu(aqil qayyum)...kini tambah satu lagi... yang kesemuanya 8 cucu...syukur! dan tahniah diatas kelahiran ini... semoga kehadiran cucu cucu ini akan mengukuhkan lagi ukhwah kekeluargaan diantara satu sama lain disamping dimurahkan rezeki lagi selepas ini...amin!

Monday, June 2, 2008

AQIL QAYYUM


Alhamdulillah, setelah berbincang dengan isteri, putera kami namakan dengan nama Aqil Qayyum. Maksud nama ini adalah Aqil - terpelajar, Qayyum - Abadi / kekal. Aqil Qayyum - kebijaksanaan Abadi. nama ini juga telah dipersetujui oleh semua ahli keluarga kami. InsyaAllah esok saya akan ke jabatan pendaftaran untuk mendaftar kelahiran dan membuat surat beranak serta mykid.-- BERITA IHSAN DARIPADA http://baim783.blogspot.com/

'aku mahu mencari lima jenis orang'!

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya :

'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?

' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

  • Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
  • Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
  • Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
  • Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  • Kelima, orang yang suka minum arak.'
Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."