Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Friday, June 27, 2008

tahniah buat insp jabir...


satu lagi kejayaan terbaru dicipta apabila impian sdr jabir untuk bergelar sebagai anggota polis tercapai apabila ditawarkan sebagai inspektor. sdr jabir ketika ditemui mengesahkan tawaran itu dan bersyukur impian nya untuk bergelar anggota polis tercapai.... katanya "saya bersyukur kepada Allah kerana impian saya tercapai terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan pada seluruh ahli keluarga saya yang memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam mencapai cita cita saya ini... tanpa mereka siapalah saya.....harapan saya ialah nak berusaha untuk menjadi pegawai polis diperingkat tertinggi sampai ketua polis negara!" katanya dengan begitu bersemangat! ditanya bilakah beliau akan mula bertugas.. katanya" saya perlu melalui latihan di pulapol jln semarak selama 6 bulan" dan seterusnya akan diserapkan kemana mana balai yang akan ditentukan kelak.
di tanya apakah beliau bersedia dihantar ke kawasan kawasan pendalaman seperti sabah sarawak atau yang jauh dari kl... katanya "terima je lah.... yang penting keje dulu...!.. lepas dah keje saya nak melanjutkan pelajaran untuk memudah kan saya mencapai cita cita saya"
ditanya mengenai mendirikan rumahtangga katanya ketika ini saya tidak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga lagi...calon pun belum ada lagi tapi nak cari jugaklah... hehehe... tapi kalau ibu bapa saya suruh kawin.... kawin je laaa... hahahaha" katanya lagi

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."