
khabar gembira diterima dari pengurusan yang mengumumkan akan menggunakan khidmat jurulatih bagi memantapkan pasukan pasukan kita.. kemungkinan besar calon jurulatih ialah jurulatih import yang juga pernah melatih pasukan bola sepak unilly's 10 tahun lalu..iaitu
mr Issa Diabate dari negara Mali. beliau yang menghadiri kejohanan piala GEPIMA barkata pemain pemain kita punyai potensi yang cukup besar untuk berjaya! " dari pada apa yang saksikan hari ini .. saya dapati mereka hebat hebat belaka..! saya rasa pasukan ini mampu pergi jauh sekiranya mempertingkatkan lagi beberapa teknikal permainan" katanya yang juga menjadi agen pemain import liga malaysia. tambahnya lagi " ketika ini saya sedang berusaha untuk mewujudkan akedemi bola sepak selangor dengan kerjasama kerajaan negeri... perbincangan dengan MB dan pegawai majlis sukan selangor (MSS) sedang diatur insyaAllah sekiranya berjaya saya akan memastikan pemain unilly diserapkan disana! apa yang saya mahu ketika ini ialah semua warga unilly yang berminat dalam sukan ini hadir pada seisi latihan yang akan diumumkan kelak. perancangan pertama saya ialah mewujudkan liga dan seterusnya memilih pemain berkualiti dari setiap pasukan untuk dibentuk sebagai pasukan utama unilly!"
Beliau dijangka akan memulakan latihan bersama pasukan unilly's dalam masa terdekat!
2 comments:
satu tindakan yg bk kita kita dpt mengunakn khidmat jurulatih ini sy yakin bhwm pasukan kita mampu pergi jauh
cam adik beradik jer
Post a Comment