Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Sunday, May 11, 2008

porto juara!

(kemaskini 4:30pm 11/5/08)

pasukan porto seperti dijangka sebagai 4 pasukan pilihan separukh akhir menepati ramalan para peminat dengan menjuarai unilly champion cup 2008 sebentar tadi di frenzy futsal centre sg buloh. kejayaan ini lebih manis dengan kehebatan barisan benteng pertahanan dan penjaga gol yang hanya melepaskan 1 gol sahaja sepanjang kejohanan! tahniah buat pasukan porto yang beraksi cukup baik dan memberikan persembahan yang benar benar memukau para penonton yang hadir!
pasukan stuttgurd pula menjadi naib juara kali ini, keyakinan mereka untuk mengekalkan kejuaraan lepas tersasar dengan kehebatan benteng porto! perlawanan porto dan stuttgurt yang berlangsung selama 14 minit berkesudahan dengan 1-1. akhirnya pemenang ditentukan dengan sepakkan penalti yang menyaksikan porto dapat mengesahkan kejuaraan mereka! pengurus mereka sdr syed yang gembira dengan kejayaan ini megistiharkan akan mengkaji imbuhan yang akan diberikan dan juga akan menaikkan gaji para pemain!


manakala tempat ketiga dan keempat juga tidak kurang hebatnya apabila menyaksikan pasukan malaysia yang sebelum ini kehilangan 5 pemain nyata tidak memberi sebarang kesan untuk mereka dengan pemain baru untuk menyesuaikan diri diantara satu sama lain dalam tempoh terdekat! malaysia yang bertemu pasukan pilihan fenerbache nyata memberi saingan yang cukup hebat menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan 1-1 yang akhirnya juga membawa kepada penentuan sepakkan penalti yang berkesudahan dengan malaysia melakarkan kejayaan manis dengan menundukkan pasukan pilihan fenerbache.

saya akan sentiasa update dari masa kesemasa laporan laporan kejohanan. cuma sekarang ni penat sikit, so mungkin malam ni atau esok... gambar gambar dan koleksi video juga akan saya muatkan dalam blog ini secepat mugkin... teruskan bersama saya lagi dalam blog ini! terima kasih!

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."