Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan...


Blog uNiLLy's mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua warga uNiLLy's. Diharap kita dapat memenuhkan bulan yang mulia ini dengan amal ibadah yang menjadi bekalan buat kita nanti..

Semoga kehadiran bulan yang mulia ini akan menyemarakkan lagi semangat ikatan kekeluargaan diantara kita semua.

InsyaAllah Blog uNiLLys telah merancang beberapa program menarik sepanjang bulan yang mulia ini.. semoga pihak kami mendapat sokongan padu dari anda semua...

diantara program yang dijangka akan dilaksanakan sepanjang bulan puasa dan ambang syawal ialah..

  • Majlis berbuka Puasa dan solat Tarawikh di Surau Malabar Hidayatul Islam
  • Majlis Berbuka puasa Belia uNiLLy's (lokasi akan diumum)
  • Program Gotong Royong membersihkan Kubur (lokasi akan diumum)
  • Rakaman ucapan AidilFitri warga uNiLLy's
  • Rakaman ucapan Aidilfitri diperantauan
  • Program Kacau Dodol
  • Takbir Rumah kerumah dimalam Raya ( rumah yang akan diziarah akan diumum)
  • Solat Aidil Fitri di Surau Malabar Hidayatul Islam
  • Ziarah Kubur (raya pertama)
  • BBQ (malam raya pertama)
Diharap Kami mendapat kerjasama dan sokongan yang padu dari semua warga uNiLLy's....sebarang cadangan dan idea dapat disalurkan pada kami bagi memeriahkan lagi program kami..

Urusetia Program
  • Jaafar
  • Razali
  • Tasrif
  • Rosman
  • Najib
  • Zahir
  • Nasir
  • Farhan (BMW)
  • Razak (sunway)
  • Man
  • Roslan
  • Bukhari
  • Nordin
  • Ridzuan
  • Zainal
Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada kami di unilly_2008@yahoo.com

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."