mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Wednesday, August 18, 2010

Program Belia uNiLLy's sepanjang ramadhan dan Syawal

Alhamdulillah mesyuarat pertama yang dirancang malam ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan dan sokongan yang baik dari kalangan belia uNiLLy's banyak idea dan cadangan yang bernas dikemukakan dalam perbincangan tersebut.

Terima kasih kepada semua yang hadir :

Najib, Zahir, Nasir , Roslan , Man , Farhan ,Bukhari , Nordin , Zainal ,Rosman , Rizwan , Tasryif, Abd Rahman, Amat

Insyallah jawatankuasa sebulat suara telah menentukan tarikh dan tempat untuk beberapa program yang dirancang seperti berikut:


1) Majlis Berbuka puasa Belia uNiLLy's

Tarikh : 31 ogos 2010 (selasa)
Tempat : Seoul Garden 1 utama , Damansara
Waktu : 6:00 PM
Harga : RM 40.00 (+-)

Sesiapa berminat sila daftar nama dan sahkan kehadiran anda kepada sdr Zahir dan Najib



2) Gotong Royong Perdana uNiLLy's


Jawatankuasa penganjur bersetuju untuk mengadakan program gotong royong tahun ini di 2 lokasi berbeza atas pemintaan ramai.

Tarikh : 4 September 2010 (Sabtu)
Waktu : 7:00 Pagi -11:00 Pagi
Tempat : Tanah Perkuburan Islam Selayang Lama

akan diketuai oleh : Najib , Roslan , Nasir , Man

Tarikh : 5 September 2010 (ahad)
Waktu : 2:00 Ptg- 6:00 Ptg
Tempat : Tanah Perkuburan islam Sungai Buloh

Akan diketuai oleh : Tasryif , Bukhari , Farhan dan Nizam (B.b.s.b)

Diharap Semua pihak akan bekerjasama dengan kami dalam menjayakan program ini. sebarangan bantuan dan sumbangan adalah dialu alukan sila hubungi ketua kawasan yang dilantik.

* Kami amat mengharapkan sokongan dari anda semua harap dapat sebarkan kepada semua kaum kerabat... harap maklum!

3) Rakaman ucapan Aidil Fitri

Beberapa Kumpulan yang ditetapkan akan memulakan tugas bila bila masa mulai sekarang untuk merakamkan ucapan aidilfitri bagi siaran Blog uNiLLy's mulai 10 ramadhan terakhir seperti tahun lalu.

Kumpulan 1

Razali , Najib , Rosman , Abd Rahman ,Jaafar ,Tasryif , Zahir , Nasir ,Roslan ,nordin , Ridzuan , Zainal , Amat

(melibatkan jumlah yang ramai- kru terpaksa ditambah)

Kumpulan 2

Bukhari , Farhan , Ali

Kumpulan 3

Razak (sunway ) , Yahya , Azman

4) Program Kacau Dodol

Seperti setiap tahun Program kacau dodol kali ini telah ditetapkan untuk diadakan di

Tempat : Surau Malabar Hidayatul Islam Tmn Wilayah Selayang
Masa : 10:30 malam
Tarikh : 4 September 2010 ( sabtu ) >>> "hari yang sama gotong royong diadakan"

Semua dijemput hadir .. sebarang bentuk sumbangan samaada makanan untuk petugas atau keperluan barang masakkan adalah sangat di alu alukan..

untuk keterangan lanjut sila hubungi : Abd Rahman , Najib , Nasir


5) Takbir Malam Raya


Pihak jawatankuasa buat kali pertama bercadang mengadakan takbir rumah kerumah warga uNiLLy's dimalam raya

jawatankuasa sebulat suara bersetuju mengadakan takbir malam raya dibeberapa rumah yang menjemput dan dipilih mengikut ketua keluarga.

antara rumah yang bersetuju dan telah pun menjemput kami ialah :


  • Tn Hj Abdullah (Kg Laksamana)
  • Tn Hj Yusof ( Tmn Selayang )
  • Mohammad Bin Hanifah @ Man kaka ( Tmn Selayang)
  • Tn Hj Ismail (Kg Nakhoda)
  • Pn Zainab (Tmn Jasa Utama)
  • Tn Hj Mohammed (Gombak)
Belum mengesahkan
  • Tn Yusof (Bandar Baru Sg Buloh)
  • Tn Sulaiman Meerah ( Bkt Rahman Putra)
  • Bukhari (paya jaras)
6) BBQ Aidilfitri

Program BBQ tahun ini ditetapkan diadakan pada hari pertama aidilfitri berbanding tahun sebelum ini yang mengadakan program ini pada malam aidilfitri ini bagi membolehkan program takbir yang akan diadakan buat julung kali berjaya.

Destinasi yang ditetapkan ialah

Tempat: Kediaman Tn Hj Abdullah Ahmad Kutty (Kg Laksamana)
Masa : 8:00 malam
Tarikh : Hari raya Pertama

antara juadah yang di rancang ialah Kambing dan ayam

Pihak kami amat berharap segala perancangan ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama dari semua warga uNiLLy's

Sebarang cadangan atau bantahan sila e-mailkan kepada saya di unilly_2008@yahoo.com atau hubungi saya di talian 012-690 8244 (razali) 017 2075298 (najib)

terima kasih!

"SILA SEBARKAN"

3 comments:

bukhary said...

tang takbir raya: Dipersilakan ke rumah aku..

najib said...

majlis berbuka puasa mgkin ade pembetulan tarikh n tmpt....aku akan confirmkn scpt mgkin...

mohd razali said...

kenapa ??

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."