Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Wednesday, November 11, 2009

uNiLLy's Bakal sertai Futsal Jelajah Selangor!!!

Pengurusan pasukan futsal memulakan tugas yang diamanahkan presiden dengan mengumumkan bakal menyertai kejohanan Futsal Jelajah selangor 2009 yang dianjurkan oleh sekretariat Belia Negeri Selangor dengan kerjasama persatuan Bola Sepak Selangor.

Boleh dikatakan ini merupakan satu kejohanan yang terbesar yang pernah disertai pasukan kita.
menurut sdrRazali kejohanan ini sudahpun bermulasejak 31 oktober laluyang melibatkan PBT dinegeri selangor. Pasukan uNiLLy's akan menyertai kejohanan ini melalui Majlis Perbandaran selayang (MPS) pada 15 November ini (ahad)

Juara Kejohanan ini secara automatik akan dilantik sebagai Wakil kepada majlis perbandaran tersebut untuk ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Stadium melawati Shah Alam pada 12 disember 2009!

Menurut sdr Razali " pihak pengurusan mempunyai keyakinan yang cukup tinggi dengan kebolehan anak muda unilly's dalam menghadapi kejohanan ini. " sementara itu sdr Jaafar pula mengesahkan 2 pasukan akan dihantar mewakili uNiLLy's " Presiden mengarahkan kami untuk menghantar 2 pasukan bagi mencapai sesuatu yang terbaik!"

menurut sdr Jaafar presiden mahukan pasukan uNiLLy's menjuarai kejohanan yang dijadualkan minggu ini dan barjanji akan hadir memberi sokongan bagi memastikan semangat para pemain terus tinggi!

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."