Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Monday, October 19, 2009

Manchester United kembali terajui liga,Chelsial tewas gol dahsyat manakala Liverfool dimalukan dan Arsenal mudah...

Manchester United kembali menguasai Liga Perdana England seperti biasa selepas kemenangan mudah 2-1 ke atas Bolton Wanderers di Old Trafford semalam...Keputusan itu telah memusnahkan impian Chelsial untuk terus bermegah sebagai pendahulu selepas mereka tewas secara memalukan 1-2 kepada Aston Villa.

Di awal permainan, Chelsial dilihat begitu yakin untuk meraih tiga mata apabila mengejutkan lawan seawal minit ke-15 menerusi Didier Drogba tetapi hasrat mereka itu berkecai apabila Villa bangkit daripada ketinggalan untuk menghasilkan dua gol DAHSYAT menerusi Richard Dunne (minit ke-32) dan James Collins pada minit ke-52..."kami tewas dengan gol-gol yang agak dahsyat"'kata Razali bekas pemain Chelsial didalam FIFA 09 aku...haha

Bagi United, kejayaan memintas Chelsial bertindak sebagai peringatan kepada pencabar mereka agar melupakan hasrat untuk menjuarai Liga Perdana England. “Kami beraksi sebagai juara dan momentum cemerlang ini tiada siapa mampu menggugat,” kata Pengurus United, Alex Ferguson.

Pada aksi di Old Trafford itu, United mendahului seawal minit kelima menerusi gol sendiri pertahanan Bolton, Zat Knight sebelum Antonio Valencia menjadikan 2-0 pada minit ke-33. Begitupun penyerang Bolton, Matthew Taylor berjaya membuat gol pada minit ke-75 untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi aksi hebat pertahanan kental United dan aksi tangkas penjaga gawang terbaik dunia Edwin Van Der Sar membuatkan keputusan itu kekal sehingga tamat permainan.....

Liverfool pula tewas memalukan seperti pasukan Chelsial 0-1 kepada Sunderland...ini adalah kekalahan keempat bagi Liverfool dan kini kedudukan Benitez sebagai pengurus pertama yang akan ditendang makin jelas selepas hanya mengutip 15mata dari 9perlawanan..."pemain kami disunda oleh belon penyokong Sunderland"kata Yaakob,pemegang saham Liverfool didalam mimpi....

Sementara Arsenal menang bergaya 3-1 ke atas lawan mudah Birmingham di Emirates...Perlawanan lain menyaksikan Everton seri 1-1 dengan Wolverhampton, Portsmouth tewas 1-2 kepada Tottenham di tempat sendiri sementara Stoke City menang 2-1 ke atas West Ham. –

14 comments:

bosan said...

cite bosan la...balik balik ayat sama

najib said...

xleh wat per da...tu je sesuai...pasni lg gempak skit aku tkr laa...haha

baim's said...

aisey minggu nieee mu atas mg depan chelsea plak... last2 chelsea jugak atas nnt.....

ancelotti said...

tahun lepas scolari pun mcm ini jugak...ini mcm bahaya laa saya punya kerja....

mikel alonso said...

korang citer la ape yg korg nak, aku cume nak tengok diorg main..janji game best..kalah menang tu adat..kadang2 main gempak pasing cantik pun kalah gak..nasib pun penting gak..anyway enjoy the game

taikunn said...

celsie memg diciptakan untuk cakap gempak jerr bro..main tukar2 pengurus tu memang dah tercatat dalam perlembagan celseaa..kah3..tak lama lagi celsea ambik k.devann..lagi bguss..3 piala dah daalam tangan..ancoloti hanya letak tangan dalam ulu sluar..kah3

faizal said...

mana penyokong liverpool dan chelsea.diam ke.......taikun tahun lepas kalah ngan aston vila pun tukar pengurus.k devan pun tak layak pimpin chelsea.anne cuci kereta boleh la

AYAM"mani" said...

saya boleh jadi pengurus chelsie laaa

RAVI CAR WASH said...

saya layak pegang jawatan pengurus chelshitt..

hairan pulak said...

mane razali ekk???

manz kacak said...

woi..liverpool akan come back la wait n see didalam mimpi aku...hehehe...kalah lg...bodoh punya rafa 4 game kalah....

faizal said...

razali tk berani bersuare cuba team dia menang kecoh satu kampung hehe

jabran@4 said...

tul..tul..tul..diam je dia ye

manz kacak said...

aku da bgg da.. nie komen terakhir aku, x abis2 ade org tiru name aku.. 'toooootttttttt'..

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."