
Al-Fatihah... sebentar tadi Mama Batu caves ( Fatimah Binti uniammu ) telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 11:00 malam. Allahyarhamaah yang terlantar sakit tua sejak beberapa bulan lalu menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman anaknya (Hj Mohammad) di pinggiran Batu Caves.
Mama yang lahir pada tahun 1919 kini berusia 90 tahun di akhir hayatnya dan merupakan warga uNiLLy's yang paling tua dan kini adiknya Nabisah sahaja waris tunggal uniammu papa yang masih sihat walafiat.
jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Lama sebelum solat zohor. semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkannya dikalangan golongan orang orang yang beriman.... amin!!
3 comments:
Takziah diucapkan kepada warga unilly terutama keluarga rapat beliau.. Al Fatihah
Salam takziah
salam takziah.
Post a Comment