Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Sunday, March 1, 2009

update terkini dari arena futsal kepong - kejohanan piala KIMMA


TAHNIAH NAIB JUARA KEJOHANAN FUTSAL
ABC CUP 2009 anjuran KIMMA .



kemaskini 6.20 pm: saudara najib dayan baru dihubungi sebentar tadi menyatakan kesedihan yang sangat kerana usaha mereka nyaris-nyaris membawa pasukan menjadi juara. namun mungkin takde rezeki tahun, bole cuba lagi di tahun hadapan..

kemaskini 5.35 pm : saudara razali yang dihubungi sebentar tadi pula menyatakan kegembiraan yang tidak berbelah bahagi kerana pengurusan baru berjaya membawa pasukan sehingga menjadi naib juara.

kemaskini 5.25 pm : saudara Abdul Rahim (Timbalan Presiden) yang baru di hubungi sebentar tadi telah menyatakan bahawa beliau akan mengadakan sidang media tergempar sebentar lagi untuk mengucapkan tahniah dan memberi semangat kepada pasukan dan pengurusan baru yg telah berjaya membawa pasukan mencapai tahap ini.

kemaskini 5.15 pm : Farhan, berjaya mendapat Anugerah Penjaring Terbanyak Kejohanan. Tahniah Farhan.


kemaskini 4.30 pm : perlawanan akhir yang begitu rancak.. tp sayang seribu kali sayang, pasukan Unilly Senior tewas di perlawanan akhir. hanya mampu memenangi hadiah naib juara.


kemaskini 4 pm : Pasukan Unilly berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir.

kemaskini 3.30pm : Pasukan Senior Unilly telah berjaya melangkah ke separuh akhir, manakala pasukan junior tewas dan tidak layak ke pusingan suku akhir.

kemaskini 3pm : Pasukan Senior Unilly telah berjaya melangkah ke pusingan suku akhir perlawanan, manakala pasukan junior telah melangkah ke pusingan ke dua. jika pasukan junior menang dalam perlawanan seterusnya, mereka juga akan mengikut jejak langkah pasukan senior untuk melangkah ke pusingan suku akhir... sama2 kita doakan..

uNiLLY's SENIOR
  • Najib
  • Bukhari
  • Ali
  • Farhan
  • Hafiz
  • Halim
  • Jabir
  • Salim(bilut)
UNILLY JUNIOR

  • Jabran
  • Zahir
  • Ismail(man)
  • Asyraf
  • Pudin
  • Nasir
  • Roslan
  • Syafiq(kuang)

1 comment:

Anonymous said...

yeaahhhh!!!! menang jugak korang akhirnye!!!!

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."