Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Wednesday, March 4, 2009

Kita telah buktikan pada pihak Pengurusan!!!!

Tahniah dan syabas!!! kepada pasukan Unilly Senior kita!
Walaupun kita kalah di saingan akhir Piala KIMMA, tapi saya tetap berpuas hati dengan persembahan pasukan kita.

Peningkatan prestasi secara mendadak dan komitmen pemain akhirnya menghasilkan pulangan yang amat membanggakan! Rata-rata permainan pemain Unilly Senior meningkat! Segala kesilapan dan teguran yang lalu telah membuatkan pasukan kita untuk menunjukkan yang kita bukan calang-calang pasukan dari Unilly's yang pernah dilahirkan. Pemain-pemain kita juga telah menimba pengalaman yang berguna iaitu dapat beraksi pada perlawanan akhir Piala KIMMA. Laluan ke final juga agak perit banyak saingan dari pasukan yang bertanding....

Syukur Alhamdulillah pada Allah s.w.t. kerana kita dapat mengatasi semua rintangan dan halangan dengan begitu baik dan cuma nasib sahaja yang tidak menyebelahi kami. Game memang kita punya, tapi pihak lawan hanya dapat dengan serangan balas sahaja. Ini membuktikan kita adalah pasukan yang paling kental pada kejohanan kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah pada Unilly Jr. Mereka harus di puji atas semamgat lawan mereka dan teruskan usaha untuk memantapkan lagi pasukan kita ini.Saya pun mengharapkan agar pasukan kita ini akan teruskan usaha bagi memantapkan lagi team bagi menghadapi sebarang kejohanan atau perlawanan persahabatan yang akan datang...

ikhlas dari

bukhari....

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."