Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Sunday, March 15, 2009

kepada pengkritik blog... dengar sini baik baik....

salam....

setelah sekian lama saya mendiamkan diri walau mendengar pelbagai kritikan dan tomahan terhadap saya dan blog ini kini saya rasa sudah tiba masanya saya tampil menjelaskan dan mahu pengritik pengkritik ini juga tampil menyatakan mengapa pendirian mereka sebegini...

pelbagai tomahan yang saya dengar... antaranya menyatakan...

blog ini hanya memaparkan berita keluarga keluarga tertentu dan tidak langsung menitik baratkan tentang keluarga lain...

jawapan saya:

saya telah banyak kali memberitahu kepada wakil wakil keluarga masing masing melalui sms/e-mail/ym dan sebagainya sekiranya punyai sebarang info/ berita/ atau apa jua untuk dikongsi bersama di blog ini agar disampaikan kepada saya melalui sms/ e-mail atau telefon terus...
kalau anda perasan saya juga ada siarkan iklan bertajuk sampaikan... untuk anda berkongsi sebarang maklumat
namun saya tidak menerima sebarang respon dari pengkritik ini...

ingin saya jelaskan sebarang berita yang disiarkan oleh saya bukan berita kosong atau direka... selepas mendapat maklum balas dari orang terbabit baru akan saya siarkan...

saya memulakan blog ini dengan tujuan merapatkan silaturahim diantara satu sama lain... sekiraya ada yang tidak senang dengan cara saya... saya minta tampil... nyatakan pendirian dan sebab anda...

dan segala apa cara sekali pun saya mendapatkan berita adalah dengan inisiatif saya sendiri tanpa dibiayayi oleh sesiapa dan saya juga tidak mengharapkan apa apa dari anda... ini adalah perjuangan ikhlas saya untuk warga unillys...

saya juga ada memasukkan data mengenai seluruh warga unilly's menerusi ruangan info keluarga
namun ruangan ini tidak dapat disiapkan sepenuhnya kerana waktu yang terbatas...
insyaallah saya telah menyerahkan tugas ini kepada pn shahbina untuk disiapkan...

saya ingin mencabar pengritik ini agar tampil dan buktikan pada saya yang saya hanya memihak pada keluarga tertentu... dan pengkritik ini telah saya jelaskan beberapa bulan yang lalu mengenai masalah saya untuk mendapatkan berita dan waktu yang terbatas dan kurang nya komunikasi dari pihaknya.... namun saya mendapati pengkritik ini terus bermain api seakan akan mahu berpuak puak...dan memecah belah...

sekiranya anda rasa... cara saya salah atau tidak betul... tegur cara baik... bukan kutuk tak tentu pasal... cuba siasat dulu dimana kesilapan dari terus menuduh...

saya boleh buktikan beberapa ramai yang sering menghubungi saya melalui e-mail/ sms/ mms dan pelbagai cara untuk menyampaikan berita... mengapa anda tidak???? adakah anda anak raja??? anak sultan??? atau anda mahu saya selalu terpacak dihadapan rumah anda untuk mendapat berita dari anda????

sedar la... ini adalah hanya sumbangan dari saya.. bukan tugas wajib dari saya!!

selepas menerima kritikan .. saya menambah beberapa lagi rakan blogger untuk menyemarakkan lagi blog ini dari sepi tanpa berita... namun pengkritik ini tidak henti henti mengkritik blog ini dan saya....

apa masalah anda yang senbenar nya????

apa yang anda mahu??

kalau sedar ...mintak tuan punya diri ni (pengkritik) tampil beri kenyataan dengan apa cara sekali pun.... jangan terus cerita cerita belakang jer....

kepada yang baca berita ni harap dapat tinggalkan komen anda... apakah tindakkan saya salah?? dimana kesilapan saya?? apa perlu saya lakukan???

17 comments:

::Sha-be:: said...

sabar jali, kenapa boleh jadi mcm nie, pada pendapat aku sepatutnya kita semua warga unilly harus m'hargai SUMBANGAN ikhlas jali dlm usaha dia merapatkan silatulrahim, berkongsi info n sama2 maju.aku setuju, INI BUKAN TUGAS WAJIB JALI, dia pun ada keluarga, anak, bini, kerjaya n aktiviti sosial lain tuk diuruskan, tapi dia tetap m'beri sumbangan terhadap unilly 24/7!!! satu usaha n p'gorbanan yg harus dihargai BUKAN DIKUTUK!!! kenapa masih ada lagi diklangan unillly yang 'B'mulut Joyah Masuk Kampung' nie, aku ingat dizaman serba moden nie dah tak ada 'internet bergerak' rupa nya dah jd 'maxis broadband' semakin wireless pulak si joyah2 n samdul2 nie. dah lah, korang nie tak penat ker nak kutuk org, bukan dapat gaji pun...cuba belajar buang sifat busuk hati 2, ker korang nak aku anjurkan kelas khas tuk orang yang ada masalah busuk hati nie.....hahaha....KEPADA JALI: TERUSKAN KEIKHLASAN KO TUK BERJASA DEMI UNILLY, BUKAN SEMUA 'BANG' KO PUN, BUAT APA KO NAK PEDULI PADA YG DOK 'BANG' KO SEDANGKAN RAMAI LAGI YG BERHARAP PADA JASA N USAHA KO NIE...TERUSKAN SEMANGAT!!!CHA-YO...CHA-YO RAZALI YUSOF!!!

Anonymous said...

huhuhuhu...sdeynyeee gan ko jali...kikiki...

ape yg CHA-YO2 nie????.....eeeee

nk chaayaaa g wat sdiri laaa jgn order kat jali....ni bkn restoran....kikiki

::Sha-be:: said...

KO NIE MASALAH BAHASA BETUL LAH NAJIB...CHO-YO2 TU BAHASA KOREA MAKSUD NYA 'TERUSKAN USAHA'. MEH AKU BUAT KELAS BAHASA KOREA TUK KO NAJIB...AKU SUKA BUAT KELAS...HEHEHHE

Anonymous said...

pedulikkan jek orang nak cakap ape....diorang tu sebenarnye jealous!!! huhuhu...suruh bagi berita tak nak, pastu pandai plak komen blog tak update....ape la korang....aku rase tak patut nak cakap banyak sbb blogger pun tak bergaji...so paham paham je la....

Anonymous said...

adoi!...
asyik nk wat kelas jeee....

susah la cmnie.....

Anonymous said...

biase la tu sdr jali...
dorg nie tau nak ckp bukan2 jer..
xpayah layan lah..

lau wat kelas bahase korea
jgn lupe pggl ek, nak join la
hehehe

::Sha-be:: said...

kang aku buat kelas betul2, tak datang siap lah...hahaha. najib wajib masuk ye...wakakaka

Anonymous said...

aku xminat korea....
nasir la yg minat...
smua cite korea die tgk....
ajar die sorg ckup....

Anonymous said...

shah bie ngan najib ni tak sudah sudah... apa kene korang ni??

Anonymous said...

hidup blogger blogger unilly!

::Sha-be:: said...

apa kah??? aku ok jer si najib tu ha..pening aku...lain aku tulis lain dia jawab...sbb tu aku nak buat kelas tuk dia....wakakaka

::Sha-be:: said...

oh nash ko pung minat cerita korea ye....bagus...bagus...boleh geng lah kita...boleh kita tukar2 cd yek...

Anonymous said...

bole2, bole jer nak tukar cd...
hehehe
tp kelas korea tu jgn lupe lak pggl
huhuhu

Anonymous said...

Jali,
Watever org nak komen, you have done a great job. Blog ni mmg sgt informatif & efektif utk warga unilly & public utk tau apa2 yg penting & interesting pasal family kita.
Keep up the good job!
& lantak piii la kat pengkutuk2 yg tak contribute pun tp nak kondem je tau..ntah apa2 ntah >(

Anonymous said...

Hidup Alianka!!!!

::Sha-be:: said...

uik...alianka??? sapa jali ker? kelakar pulak? aku ingat dia bujang trang tang tang...wakakaka

Anonymous said...

amboi.....
suamiku always maintain bujang trang tang tang....

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."