Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Wednesday, February 18, 2009

Peluang terbaik Razali bentuk persefahaman pemain


Pengurus UNILLY FC, sdr Razali menganggap 20 februari 2009 ini tepat pada masanya...
Selain dapat mengenal pasti kebolehan pemain, perlawanan persahabatan empat penjuru ini juga menjadi medan terbaik untuk dia menguji persefahaman di kalangan pemain.


sdr Razali berkata, kehilangan beberapa pemain berkualiti dan kehadiran pemain baru menyukarkan tugasnya untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap.
Lantaran itu, dia terpaksa memikirkan formula terbaik bagi menyesuaikan pemain dengan taktikal dan corak latihan yang akan digunakannya.


Namun dengan adanya persahabatan seperti ini, dia berpeluang untuk mengintai kemampuan sebenar pemain-pemain ini bagi menghadapi saingan Piala Kimma...
"Saya yakin peluang UNILLY FC untuk memenangi gelaran juara cukup cerah kerana kami memiliki ramai pemain berpengalaman dan muda yang sedang meningkat naik...


"Selepas beberapa minggu menjalani latihan bersama, saya nampak ada sedikit peningkatan yang ditunjukkan. Mereka mempunyai keazaman dan semangat juang yang cukup tinggi.
"Tetapi kemampuan mereka belum lagi diuji dan saya merasakan perlawanan persahabatan ini diadakan tepat pada masanya," kata bekas penolong pengurus Unilly jr itu ....


Meskipun tidak meletakkan sebarang sasaran, sdr Razali yakin dengan barisan pemain yang ada, mereka mampu memberikan persembahan yang terbaik.
Pada masa yang sama sdr Razali juga berpeluang untuk menguji kemampuan anak-anak buahnya yang terpaksa beraksi tanpa tiga pemain utama yang mengikuti latihan bersama skuad kebangsaan iaitu sdr Tasrif,sdr Razak dan sdr Nizam....




berita disediakan oleh: NAJIB(cool)

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."