Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Monday, December 8, 2008

majlis korban peringkat uNiLLy's



program ibadah korban uNiLLy's telah diadakan di kediaman sdr Abdullah di kg laksamana pada pagi ini dengan jayanya dengan kerjasama hampir kesemua wakil dari keluarga masing masing berganding bahu menjayakan program ini. sebanyak 3 ekor lembu dan kerbau telah dikorbankan.


program bermula lebih kurang jam 10:30 pagi.. walaupun cuaca hujan yang tidak henti henti sejak awal pagi namun ianya jelas tidak menghalang para petugas untuk hadir memberi sumbangan tenaga kerja mereka.

sementara itu para belia pula yang ditugaskan untuk menjaga lembu dan kerbau memulakan tugas mulai malam aidiladha dengan bersengkang mata memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. syabas buat anak muda uNiLLy's!
lebih kurang jam 1:00 t/hari bungkusan daging mula diedar pada setiap wakil keluarga seperti yang sudah tercatat di kertas yang disediakan.pihak penganjur pula telah memastikan kesemua warga unilly mendapat agihan daging korban ini.


pihak penganjur meminta maaf sekiranya ada yang tidak memperoleh daging korban ini namun segala pengumuman mengenai program ini telah di warwarkan melalui blog uNiLLy's ini, sms dan orang perseorangan. diharap sekiranya ada sebarang kesulitan akan dapat diatasi pada tahun akan datang.



Syabas diucapkan buat pihak penganjur dan tuan rumah sdr Hj Abdullah kerana sudi memberikan ruang untuk mengadakan program ini. serta para sukarelawan kerana menjayakan program julung kali ini.. hanya Allah s.w.t akan membalas segala usaha murni anda tidak lupa juga pada para dermawan semoga anda akan terus dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...amin.... diharap program ini akan diteruskan oleh generasi akan datang buat selamanyanya.


No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."