Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Saturday, August 23, 2008

SELAMAT DATANG JURULATIH!


Assalamualaikum w.b.t..
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan sejuta terima kasih kepada pemain-pemain dan penyokong-penyokong semua kerana atas dorongan dan komitmen semua pasukan Unilly's f.c kita dapat melakarkan kejayaan walaupun ditempat ke-3. Diharapkan kita semua akan mengecapi lebih banyak kejayaan pada masa-masa akan datang. Untuk para pemain-pemain Unilly's junior pula, jangan jadikan kekalahan pada kejohanan GEPIMA tempoh hari sebagai satu titik noktah!. Kita semua perlu bangkit dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Buat pengetahuan semua, pemain-pemain Unilly's f.c sekarang ini bukanlah sesuatu yang kekal. Ianya akan berubah-ubah mengikut prestasi dan peningkatan permainan masing-masing. Sebagai contoh; mungkin saudara Razak dari pasukan junior akan menggantikan saudara Zahir di bahagiaan serangan pasukan senior sekiranya ada peningkatan dalam permainan saudara Razak. Ini semua akan berlaku sekiranya semangat pemain-pemain junior tidak pudar dalam hati masing-masing. Kemungkinan boleh terjadi tempat saya digantikan oleh saudara Tasrif sekiranya ada peningkatan dan kepantasan dalam permainan beliau. Ini semua boleh berlaku dan tiada halangan bagi mereka yang layak berada dalam pasukan senior. Tambahan pula kita semua akan menerima dan akan dilatih oleh seorang Jurulatih yang berpengalaman. Mungkin beliau akan dapat kenalpasti segala kekurangan dan kelebihan setiap pemain kita. Apa pun kita teruskan matlamat kita untuk mencapai kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.

terimakasih..

yang benar
bukhari..
SELAMAT DATANG JURULATIH!

No comments:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."