Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Wednesday, August 13, 2008

Lagi warga uNiLLy's ke luar negara

tahniah diucapkan kepada pasangan Rozita bibi binti ismail dan Nashrul Fazli bin Mohd Nasir yang ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Melbourne Universiti,Australia oleh kementerian Pengajian Tinggi.

Sdr Nahsrul yang dtemui pada majlis kesyukuran malam tadi menyatakan rasa syukur kerana mendapat peluang ini."InsyaAllah saya akan melanjutkan pelajaran disana PHD dalam bidang BIOMEDICAL ENGINEERING" begitu juga dengan isteri tercintanya rozita yang juga akan melanjutkan pelajaran ditempat yang sama."isteri saya Rozita akan melanjutkan pelajaran juga disana tapi mungkin bukan dalam masa terdekat ini kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara disana terlebih dahulu.dan selepas itu baru dia akan memulakan pelajaran dalam bidang MASTER IN EDUCATION atau MASTER IN BIOLOGY"

Ditanya mengenai perbelanjaan disana katanya " semua pebelanjaan saya ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi manakala isteri dan anak saya pula ditanggung oleh Universiti Malaysia Perlis" katanya yang mengadakan majlis doa selamat di rumah mentuanya di Bandar sunway malam tadi. mereka dijangka akan berlepas ke Australia pada Ahad ini tepat jam 9:30 malam dari KLIA. dan akan berada dia KLIA mulai pukul 6:00 petang kepada sesiapa yang ingin berjumpa atau mengucap selamat jalan bolehlah pergi singgah KLIA petang ahad ini! Marilah kita doakan kejayaan pasangan ini disana! ...amin..

1 comment:

Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."