Listen to Quran
mutiara kata uNiLLy's...

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan. Bukan pada manisnya ucapan di bibir, Tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya....."

Apakah Cadangan Lokasi anda bagi Grand Family day Disember 2010 ini?

Thursday, January 29, 2009

mesyuarat kelab sukan ditunda!

mesyuarat kelab sukan dan rekreasi terpaksa ditunda diatas sebab sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan .. kepada hari dan berikut

hari: sabtu
masa:9:00 malam
tempat: kediaman Hj Abdullah
tarikh: 31/01/09

harap maklum!!!

Monday, January 26, 2009

malam penghargaan dan tokoh maal hijrah PMM






pada 24 januari 2008 persatuan malbari malaysia telah mengadakan satu majlis penghargaan kepada beberapa VIP yang mendapat anugerah datuk dan juga penyampaian sijil penghargaan kepada beberapa tokoh maal hijrah yang juga terdiri dari pada wakil dari uNiLLy's iaitu sdr Hj Abdullah dan juga sdr Yaakob.. di Kelab Darul Ehsan ampang.. tahniah buat mereka.. semoga anugerah ini akan terus memangkin semangat mereka untuk berbakti pada masyarakat....

mesyuarat kelab sukan dn rekreasi

mesyuarat kelab sukan dan rekreasi unilly akan diadakan pada

hari : rabu
masa : 9:00 malam
tempat: restoran de maju bt caves

semua ajk yg dilantik diminta hadir..........

Tuesday, January 20, 2009

ishaal night meriah....


ishaal night yang dianjurkan oleh persatuan malbari malaysia yang diadakan di dewan sivik telah berlangsung dengan meriah sekali dengan kehadiran begitu ramai malbari yang hadir untuk menyaksikan sendiri persembahan dari para penyanyi dan pelawak dari kerala yang membuat persembahan "mappila pattu" ternyata persembahan yang cukup bertenaga telah dipersembahkan oleh mereka! warga unilly juga tidak ketinggalan dalam mengikuti persembahan ini...... tahniah pada pihak penganjur! harap selepas ni ada lagi persembahan sebegini...

Sunday, January 4, 2009

resepi masakan hari ini.....



  • NASI DAGANG
  • NASI PAPRIK
  • CLAYPOT YEE MEE
  • NASI TOMATO
  • PERATHAL AYAM
  • LAKSA JOHOR
  • MEE BANDUNG MUAR
  • MEE REBUS
  • PASTA PENNE 3 WARNA
  • TOMATO BREDIE
  • NASI BUKHARI AYAM



UNTUK MENDAPATKAN RESEPI MASAKAN INI SILA KLIK >>>> DISINI

Saturday, January 3, 2009

ucapan dari warga uNiLLy's


Saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua ahli keluarga unilly. All the best for the year 2009




ibra41@streamyx.com

Ibrahim Mohamed
Banting

Chikungunya

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?
Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?
? Demam panas mengejut
? Sakit teruk pada sendi
? Ruam pada badan
? Sakit kepala
Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari). Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya
Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

017 890 8297

TAHNIAH! simcard anda telah berjaya cabutan BERTUAH wang RM18,000 dari “POWER ROOT” SDN BHD. Sila hubungi office ditalian 017 890 8297. Terima kasih.

ini adalah sms yang aku terima beberapa hari lepas oleh individu yang tak bertanggungjawab. Bodoh betul mamat nih. muakakakakakak, nih lagi satu bahalol cuba nak tipu orang malaysia. Mana-mana orang yang cuba call no tu memang sama sama ngok ler… mana lak Power Root baik hati sangat buat cabutan bertuah guna no simcard. kui kui kui . setahu aku peraduan power root RM1,000,000 tu pun kena beli barang baru boleh join peraduan. bangang punya manusia.
Mutiara Kata uNiLLy's

"Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba - hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya...."